Friday 23 August 2013

Quick Tips: Ulser

Assalamualaikum



Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa tetiba aku buat entri tentang ulser ni kan. Orang masa hari raya buat lah cerita tentang hari raya ke, cerita ketupat rendang ke, cerita makan lemang kat openhouse rumah kawan kena cirit birit ke, ini tidak... tetiba buat entri pasal ulser. 

Hello hello uolls, disebabkan I pergi beraya lah I dapat ulser ni tauu. Makan actually not makan lah tapi lebih kepada melantak disebabkan juadah yg dihidangkan kat rumah orang sedap-sedap belaka so makan tak hengat dunia, tengah sedap makan dengan gelojoh hampir tak senonohnya, I tergigit lah pipi kanan bahagian dalam tuu so the end of the product dia, bila dah asyik tergigit jee terbentuk lah ulser disituu. Huhuhuhu ulser T.T besar pulak, sakit wuuuuu.

Seperti yang kita ketahui, ulser kalau nak hilang akan mengambil masa lebih kurang seminggu, jadi oleh kerana ulser dalam mulut aku ni terlampau besar sangat, dah dekat 2minggu tak hilang lagi. Bila dah terseksa macam ni, baru lah kurangkan makan, bila makan tu tak gelojoh sangat sebab nanti sakit, pastu mula lah sibuk mencari Mr. Google untuk search "Cara hilangkan ulser" so nah, aku bagi tips kepada uolss yg terseksa sama waktu dengan aku ni.


Beberapa Petua dan  Cara Untuk Hilangkan Ulser Mulut ini ialah:

1. Elakkan makan masakan pedas dan berempah.
2. Elakkan makan makanan yang masam.
3. Minum banyak air.
4. Selalulah berkumur dengan air suam yang sedikit masin.
5. Pastikan mulut sentiasa bersih.
6. Boleh guna ubat penahan sakit macam paracetamol. (penadol)
7. Makan ais-krim ( petua dari blog ini )
Semoga tips yang aku beri ni dapat meringankan beban pesakit ulser hihi :)

Xoxo, Ryne ♡ 

Thursday 22 August 2013

A Story

Assalamualaikum

I just wanna to share a story yang sangat menyentuh hati aku. I got this story from my facebook account, tengah scroll facebook terbaca lah satu artikel ni. Let's read :)


Sayu hati... 

Hari ini saya mandikan dua jenazah. Jenazah yg pertama adalah seorang bayi keguguran dan hanya baru berusia 6 bulan tetapi dah cukup sifatnya.

Yg kedua, saya mandikan anak kecil baru berusia 11tahun. Saya nak share dengan teman2 pasal anak kecil yg mulia ini. Anak ini anak yatim. Hanya ada ibu tunggal, mak saudara dan dua adik perempuan yg masih kecil. Bapanya meninggal empat tahun yg lalu.

Diagnosis (punca) kematian anak ini adalah demam panas. Yg menarik nak dikongsi adalah cerita ibu saudaranya tentang kisah beberapa hari sebelum arwah "pergi buat selamanya".

Arwah asyik mengira duit2 raya yang diperolehinya. Kadang2 sampai lima kali sehari sehingga ditegur oleh ibu saudaranya.

Apabila ditanya, abang nak beli apa? Ditanya kembali kepada ibu saudaranya....Maksu, cukup tak duit ni nak beli baju kurung ibu dgn tudung?

Ibu saudaranya bertanya, kenapa? Anak kecil ini menjawab...dia takut kalau dia mati, tapi ibunya tidak menutup aurat dan tidak berhijab sedangkan dia anak lelaki sulung. Ibu saudara hanya mampu terdiam dan mengalirkan air mata. Hari ini...semasa dia meninggal dunia, anak itu meninggalkan semua duit rayanya bersama sekeping nota...

"Ibuku sayang, duit yg along tinggalkan ini utk ibu. Ibu gunalah utk beli baju kurung yg tidak terbelah. Along harap sangat ibu beli dan pakai tudung. Bukan tudung yg nampak rambut...tapi hanya nampak wajah ibu yg cantik shj. Along syg ibu...along tak nak ibu masuk neraka. Ustazah kata, kalau tak tutup aurat nanti kepala dibakar. Along taknak ibu dibakar api neraka. Along sygkan ibu dan family kita semua... Sayang Ibu, ALONG"...

Kalau anak sekecil ini, takut akan api neraka...takkan kita tidak terasa akan bahangnya dan masih sanggup melakukan dosa kepadanya. Wallahualam.

Alfatihah buat Along Muhammad Fiqry. Terima kasih kepada Maksu yg sudi share cerita ini selepas saya kafankan jenazah along sebentar tadi. Moga Allah ampunkan dosa along, ibunya dan kita semua. Al Fatihah!

Amir Muttakin
Hospital Ampang, Selangor









To be honest while I read this story, I cried. Ummi asked me why I cry? When ummi read the story, she's cry too. Sad story kan. Hmmmmmm there's nothing else that I should tell. Entri ni sebagai selingan untuk kita bersama-sama renungkan :) Al Fatihah....



Xoxo, Ryne ♡  

Sunday 18 August 2013

5 Dont's When You Are Sleeping

Assalamualaikum

I got these from my friend. I think I should share with you guys because seems like even a small things we do, may cause harm to our body. Take note!



1 - DON'T SLEEP WITH WATCH
Watches can emit a certain level of radioactivity. Though small, but if you wear your watch to bed for a long time, it might have adverse effects on your health.


2 - DON'T SLEEP WITH BRA
Scientists in America have discovered those that wear bras for more than 12 hours have a higher risk of getting breast cancer. So go to bed without it.


3 - DON'T SLEEP WITH PHONE
Putting the phone beside your bed or anywhere near you is not encouraged. Though some of us will use phones as alarm clocks, but please put the phone as far as possible. Scientists have proved that electrical items including mobile phone and television sets emit magnetic waves when used. These waves can cause disruptions to our nervous system. Therefore if you need to put your mo! bile phone near you, switch it off first.


4 - DON'T SLEEP WITH MAKE UP
People who sleep with make up might have skin problems in the long run. Sleeping with make up will cause the skin to have difficulty in breathing and problem in perspiring. You will also need a much longer time to go into deep sleep.

Lastly.....


5 - DON'T SLEEP WITH OTHERS' WIFE / HUSBAND
You may never wake up again. 

Xoxo, Ryne ♡ 

Saturday 17 August 2013

First Lady Boutique

Assalamualaikum

I wanna share something specials for the girls only can ahh? Boysss nah gula-gula pergi main jauh-jauh.

Okay this.


Raya ke 5 
Purple dress from First Lady Boutique
Pashmina macam biasa kat kedai biasa jee.


Kalau dah tentang perempuan mesti lah ada kena mengena dengan baju kaaaaaaan ;) Actually aku nak bagitau the best, comfort, nice, beautiful dress in the world bagi aku lah. Dress ni merupakan salah satu baju raya aku. I don't know why I want this dress sangat-sangat tetiba tahun ni teringin sangat nak pakai dress. Sebab orang kata perempuan kalau pakai dress ni nampak gegurl dan ayu-ayu gituuuuuu hikhikhik soo why not this year me look like gegurl sikit kan manis dipandang mata.

Naaaaaa gambar kat atas tu lah dress yang aku beli. Purple colour mehh from First Lady Boutique. Rambang mata bila masuk butik diorang seriously! Cakap jee nak apa semua ada. First Lady Boutique sentiasa mengikut trend sekarang. Macam sekarang ni kan peplum memang tengah hangat kan so kat butik ni macam-macam peplum ada. Lawo-lawo belaka. Kalau cakap tentang jubah/dress, jubah/dress diorang bukan yg jenis biasa-biasa tapi yg luar biasa means yang ikut trend lah. Boutique ni mempunyai pelbagai pilihan warna, cakap jee nak warna apa semua ada. 

Kalau cerita tentang butik ni memang tak habis ahh. Apa kata pergi ke butiknya sendiri dan tengok jadi gila ke tak bila tengok baju-bajunya hahaha takde lah sampai gila tapi memang korang semua akan puas hati macam ni



Ni haaaaaa terbaik diaaaaa


Tak caya lagi? Tak puas hati lagi? Camni lah senang cerita


  

Tengok. sampai Obama keluar takkan tak caya lagi kot.

Nak tau lebih lanjut tentang First Lady Boutique ni boleh click link ni First Lady Boutique.


Xoxo, Ryne ♡ 






Thursday 15 August 2013

Forever ♡ them

Assalamualaikum

Uolllssss hola mola pola *lambai tangan* Seghonok beghayer haaaaa? Berapa kilo dah berat badan naik? Blog ni soalan nak cepumas jee kalah Melodi. Okay lah okay sempena bulan baik ni taknak lah buat dosa, kang free jee dapat dosa kering. Dah molek molek dah minta maaf pagi raya pastu buat lagi kesalahan apaguna minta maaf kalau cenggitu kaaaaaaan. Mesti korang ingat entri kali ni adalah entri raya kan? No I mean entri yg ada gambar-gambar family beramai-ramai pakai baju raya, gambar ketupat lemang serunding rendang nasi impit kuah kacang naaaaaaa semua keluar. Entri kali ni memang entri raya tapi nopee about my family but it's about my friends a.k.a kawan a.k.a sahabat a.k.a teman a.k.a apa lagi?

Since aku dah pindah setahun lepas, diorang setiap kali raya tetap datang rumah aku. Nampak tak betapa setianya kawan-kawan kita ni. Tahun lepas diorang datang beraya dan tahun ni pun diorang masih datang beraya. Petang tadi diorang datang beraya, diorang pun tak inform awal-awal tup tup masa aku tengah lunch si Mieya ni call aku and she said "Nak datang bawak rombongan" Aku dah rasa macam ada orang nak masuk minang jee hahahaha gatal noooo. Biasa lah gegurls ni mesti lah ada kumpulan gossip mereka tersendiri kan so ya kami pun ada. Gossip Girls terdiri daripada me, MieyaZurin, Farah, Milin and Sally nama kitorang pun dah macam ala-ala gossip girls gituuu katakO hahahaha. Tapi kita hanya mampu merancang Allah yang menentukan so yaa yang datang tadi pun Mieya, Farah dan Sally. Zu ada hal dengan family dia, Milin pulak orang dok text dia tapi tak rep.



Ryne, Mieya and Sally


Mieya my best friend in the world :')
Kawan macam ni ak dapek kat tempat lain uolls.
Orang kata kami kembar tang mana kembarnya pun kitorang taktau


Sally, I lap uuuuu :* hahahaha


What did I tell ya huh? The Gossip Girls in the houssseeeee ~


Ryne, Farah and Sally


Me with Farah the tallest girl. 
Terpaksa jengket kan kaki untuk mencantikkan gambar hahahaha >.<


Mieya, Zurin and Milin
Khas untuk Zu dan Milin, tolong jealous :p Hahahahaha


Banyak lagi gambarnya tapi sifat M tu tetiba datang memalam buta cemni. 

"Mana gambar raya dekat kampung Ryne?"

"Mana gambar raya dengan family Ryne?"

"Bila nak buat entri raya tentang family Ryne?"

Ada ada ada. Semua tuu ada. Tapi buat masa ni aku tengah cari masa yang betul-betul sesuai untuk menghupdate semua tuuu. Perlu masa yg panjang dan masa yang betul-betul free. Kalau nak buat entri raya dengan family ni bukan sekejap yeop, lama tauuu. Mau ada part I, part II, part III tauu. Ni pun mungkin buat entri tentang raya just one entri jee sebab lately ni aku busy so just wait and see :)

Xoxo, Ryne ♡ 





Wednesday 7 August 2013

Quick tips : Bibir Kering?

Assalamualaikum



Masalah bibir kering huh? Jangan risau jangan resah, pasti ada jalan penyelesaian untuk melembapkan bibir anda. Eceeehhh ayat kauuuu nurin kemain.

Masalah ni selalu jugak kan berlaku kat kita bila tiba jee bulan puasa kaaaaaan. Salah satu sebab kenapa bibir kering adalah kurang minum air masak. Selalunya masa berbuka mana nak pandang air masak ni kann, air manis-manis tu jugak yang dicapai. Then, bila bibir kering mula lah mengadu merengek tak suka sebab nampak buruk. Bibir bila kering memang buruk, lagi-lagi bila pegang rasa kasar macam kasar kat tumit kaki jeee. Pastu bila dok pegang-pegang jee bibir tuuu, tangan mesti nak tarik-tarik je kulit bibir tuuu pastu lukaaaaa.

"Camne nak mengelakkan bibir kering?"

"Minum air banyak-banyak dah, kering jugak"

"Sapu madu pun bibir kering jugak sebab bila sapu jee madu kat bibir, lidah asyik nak jilat jee"


apa susah


Vaseline kan ada *angkat kening*

Tak payah tunggu seminggu, cukup satu malam jee vaseline dah boleh melembapkan bibir kita :) Tak percaya? Cubalah..... in sha Allah menjadi.


"Orang kata kalau pakai vaseline dekat bibir setiap malam, warna bibir akan menjadi pudar. Betul ke?"


Alaaaa apa susah, tak payah lah pakai setiap malam tapi pakai selang 2 3 hari atau seminggu sekali, kan senang? 

Selamat mencuba ^.^




Xoxo, Ryne  ♡

Tuesday 6 August 2013

Kampung Manis Kampung ~

Assalamualaikum

Alahaii, tak sabar rasanya nak raya kan yuolls? Lusa kita dah raya. Ya Allah, sekejap jee rasanya bulan Ramadhan, pejam celik pejam celik dah raya. Soooo baju raya dah beli? Bagus lah kalau dah beli, mood tu mesti berkobar-kobar tak sabar nak pakai barang-barang raya yg baru tu semua kaaaaaaan. I know lah. I pun tak sabar jugak yuolls hahahahaha >.<

So yaaa alhamdulillah aku dan family selamat sampai di kampung manis kampung yang terchentaaaaa di Sg.Siput, Perak. Yeayyy! Kitorang tiba dalam lebih kurang pukul 10 cemtu lah fehhhhh kesian ayah, balik dari kerja jee terus gerak balik Perak. Masa ayah drive tadi pun ayah banyak kali menguap, penat. Ikutkan hati aku ni, nak jee drive ganti tempat ayah tapi nak buat macam mana, teman takde lesen T.T 

Yang bestnyaaa kitorang berbuka dalam kereta tadi hahahahaha ikutkan perancangan kitorang akan berbuka di RTC, Perak tapi entah kenapa tetiba dekat highway banyak sangat kereta, nak kata jam tak jugak sebab walaupun banyak kereta, kereta-kereta semua tetap bergerak. 




So this is meeeee. Muka kepenatan berjalan jauh ~.~ (jauh sangaaaaaaaaaaat)

Setakat ni family aku jee ada kat kampung, yang lain semua tak balik lagi maybe esok ramai kot yang balik. Hmmmmm, mata dah berat mengantuuuuuuk sangat. Esok nak bangun sahur for the last time huhuhuhu sedih :'( Ohhh yaa, maybe esok nak pergi kampung sebelah ummi pulak. Kampung ummi dengan ayah bersebelahan jeee, dekat-dekat. Jalan kaki pun boleh, ni lah untungnya kahwin satu kampung jeee hahahahaha :D

Okennnggggg, kita jumpa entri akan datang maybe pasal raya pulak kot.

Selamat beradu ^.^

Xoxo, Ryne ♡