Sunday 22 September 2013

30 Fakta Mengenai Perempuan yang Lelaki Patut Tahu

Assalamualaikum

Lelaki-lelaki sekalian, sekali anda menjejaki kaki di blog ini anda perlu terus membaca, jangan sekali-kali buat taktahu kang ada yang kena potong 14 kerat oleh tuan tanah kedaung blog ni sebab tak nak ambil tahu tentang perempuan *muka ganas*

"Hokalohh tentang perempuan ke.. weehh buang masa lah baca benda-benda cenggini. Takde cerita lain ke nak dibuat?"

Well hello guys! Fakta-fakta cenggini lah yang korang perlu tahu supaya korang dapat lebih memahami tentang perempuan. Well, korang pun tahu kan yang perempuan ni banyak songeh, banyak kerenah dia so masa ni lah korang cuba mendalami dan memahami fakta-fakta tentang perempuan ni. Guys, please take note eh.. orang lelaki ni susah sikit kalau benda disuruh. I tau lah, adik beradik i ada 3orang lelaki.. dah kenal sangat perangai lelaki ni macam mana *flip hair* terima kasih :-)




1. Perempuan adalah makhluk yang paling sensitif bila diorang tengah datang bulan. Ni kita panggil sindrom datang bulan (PMS). *amaran: jangan pernah buat kami marah masa ni..

2. Perempuan paling suka berborak. Jadilah pendengar yang setia.



3. Perempuan suka ambil gambar banyak-banyak untuk jadikan kenangan. Jadi tak hairan lah kalau dalam tandas pun mereka nak bergambar..hihihi..

4. Perempuan kalau memuji perempuan lain memang tak akan habis..
        Gadis A : Comel la awak ni
        Gadis B : Tak lah awak lagi lah cantik dari tittew *ala2 manja
           Gadis A : Yeke thanx, tapi kita rasa awak pakai apa pun nampak sweet dear..
        Gadis B : You more sweet la syg..
See kami memang begini..hihihii...


5. Perempuan paling suka makan. Lepas tu mulalah bising berat dah naik.. *diet

6. Bila buah hati mereka tak balas mesej dalam tempoh yang lama, 3 perkara yang berada di fikiran mereka  samada mereka rasa bf mengabaikan mereka, bf marahkan mereka atau bf rasa mereka menjengkelkan atau menganggu.

7. Perempuan sukakan pujian, lebih2 lagi dari seseorang yang mereka sukai.

8. Bila perempuan marah mereka bukan sengaja nak marah tapi sebab mereka sayang dan ambil berat..

9. Perempuan yang paling garang sebelum kahwin adalah isteri yang paling manja.

10. Bila seseorang perempuan jatuh hati, mereka akan mengatakan  kenapa mereka tak berjumpa dengan orang itu lebih awal.

11. Perempuan sukakan lelaki yang bersikap melindungi, tapi jangan terlalu melindungi sampai mengongkong pula..

12. Perempuan tak kan pernah dapat mencari perkara negatif pasal seseorang yang mereka sukai setelah mereka jatuh cinta.

13. Bila perempuan benci kan seseorang jangan terkejut bila bestfriend mereka pun ikut sama benci dekat orang tu.

14. Perempuan bila  melayan bestfriend mereka kalah pasangan bercinta, sampai orang lain pun boleh jealous dengan kemesraan mereka.

15. Bila sedih, perempuan suka dipeluk sebab mereka rasa selamat.

16. Kadang-kadang perempuan suka bagi petunjuk dekat seseorang yang mereka sayang tentang apa yang mereka suka *tetapi tulah lelaki ni tak faham bahasa isyarat. 
                 gf : Awak tau tak saya suka dekat teddy bear (sambil pandang dekat teddy bear dekat kedai)
             bf : biasa je..
             gf : comel :) *dalam hati ( saya nak suruh awak belikan teddy tu lah!!! :') )     

17. Walaupun mempunyai kawan lelaki dan peminat yang ramai tapi dalam masa yang sama dalam fikiran diorang hanya ada seseorang yang mereka sayang sahaja.


18. Bila perempuan mula cemburu mereka boleh jadi detective yang paling berjaya tanpa disyaki oleh si lelaki. Kalau boleh sampai lubang cacing pun mereka selidik.

19. Perempuan  suka banyak berfikir dan suka buat kesimpulan yang bukan2 tentang buah hati mereka.
Tapi sebenarnya apa yang mereka fikirkan tu tak berlaku pun..Risau tak sudah.

20. Walaupun dah banyak baju tapi tetap mengatakan tiada baju untuk dipakai.

21. Perempuan akan berasa cemburu bila ternampak kekasih mereka dengan perempuan lain walaupun sekadar kawan.

22. Jangan tipu kami kerana kami akan selalu dapat tahu.. :)

23.Walaupun bersedih perempuan tetap akan tersenyum. Mereka akan nangis secara senyap dan boleh berpura-pura ceria semula di hadapan orang.

24. Air mata adalah senjata wanita.

25. Bila perempuan senyap secara tiba2 maka hairan lah sebab ada sesuatu yang berlaku disitu.

26. Jangan lupakan tarikh lahir seseorang perempuan sebab perempuan sentiasa menunggu si dia wish happy birthday walaupun tiada hadiah..cukup sekadar mengingat untuk menunjukkan mereka dihargai si dia.

27. Perempuan dapat mengingat walaupun perkara kecil jika dibandingkan lelaki. Sebab tulah bila lelaki mungkir janji mereka akan ingat sampai bila2.

28. Kalau perempuan selalu menghubungi awak tu sebab mereka tak nak lost contact dari awak.

29. Walaupun busy mana tolonglah luangkan sedikit masa untuk perempuan sebab mereka ni agak mudah berkecil hati. Pasti akan ada perasaan sedih. 

30. Bila seseorang perempuan sudah meninggalkan seseorang lelaki ni, takkan ada peluang kedua buat si lelaki tu,Mungkin ada lagi perasaan sayang tapi lebih banyak perasaan benci kerana disakiti. 


Nak buat kain rentang yang bertulis LELAKI YANG MENGAMBIL BERAT AKAN WANITA ADALAH SEORANG LELAKI YANG SEKSI, SWEET, CARING DAN HANDSOME :-) gituuuu kain rentang ko.. kemain panjang menjela.

Bye, handsome :-*

Xoxo, Ryne 

Friday 20 September 2013

Qucik Tips : Makan Buah Sebelum Makan Nasi

Assalamualaikum

Entri sebelum ni tentang resepi sosej telur kannn... okay sekarang lepas dah makan, perut dah kenyang mesti makan dessert untuk mencuci mulut emmm pencuci mulut untuk dessert? Dessert dengan pencuci mulut sama kan? K abaikan....


Selalunya korang makan buah waktu bila? Sebelum makan atau selepas makan? K tak payah jawab, konpem 99% orang akan jawab makan buah selepas makan sebab buah tu merupakan pencuci mulut selepas makan. Okay, let's read these article. 

Buah biasanya dijadikan makanan segar untuk pencuci mulut selepas makan makanan utama.  Namun, amalan ini sebenarnya tidak bagus untuk kesihatan.  Cara yang betul adalah makan buah sebelum menikmati hidangan utama.

Kandungan gula di dalam buah memerlukan masa untuk dicerna. Jika kita makan buah selepas makan, cara ini membuatkan perut kita mengalami masalah pencernaan.  Ini boleh menyebabkan nutrisi makanan yang lain tidak dapat diserap dengan baik di dalam tubuh.  Jadi, walaupun kita makan makanan yang sihat sekalipun, nutrisi yang terdapat di dalamnya tidak dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Buah amat disarankan untuk makan ketika sarapan.  Makan pada waktu pagi dengan potongan buah dan jus berbanding makan sepinggan nasi berserta lauk-pauknya lebih diutamakan.  Ini adalah kerana buah boleh membantu kita meningkatkan gula darah dalam tubuh dengan perlahan.  Selain itu, makan buah yang sihat sebaiknya tidak dicampurkan dengan bahan tambahan seperti  mayones atau aiskrim.

Buah yang sihat untuk dimakan adalah buah-buahan segar.  Buah jenis ini lebih baik dibandingkan dengan buah yang diproses, di dalam tin ataupun buah yang dijadikan jus.  Makan buah ketika perut kosong sangat baik agar tubuh dapat menyerap nutrisinya dengan maksimum.



I got these article from ummi's mag. Well aku kalau bab jaga kesihatan ni memang teramat prihatin sebab satu benda yang masuk dalam badan kita boleh menyebabkan pelbagai effect lagi-lagi pada zaman sekarang ni mana boleh pakai beli je makanan kat tepi jalan tuu, kadang-kadang tu kena rajinkan diri mentelaah buku untuk dapatkan maklumat mana yang elok mana yang tak elok untuk di makan. Zaman sekarang, macam-macam penyakit dah wujud dah kat dunia ni so be careful guys.

Nak buat sepanduk "SAYANGI DIRI ANDA DENGAN MAKAN BUAH SEBELUM MAKAN NASI dan lauk pauk serta ulam serta kuah masak lemak tambah kicap sikit dan air tembikai" Okay jumpa kat tepi jalan nanti.... nampak sepanduk tu tolong berhenti tepi jalan untuk minum secawan kopi ali cafe dan menari beramai-ramai bersama Fahrin Ahmad.. jangan risau jangan resah, muzik a a a a a li ali cafe akan disediakan :-)


Xoxo, Ryne 



Wednesday 18 September 2013

Breakfast - Resipi Sosej Telur

Assalamualaikum

Hamboii hamboi hamboii... kemain kau sekarang kan siap menghupdate pasal resipi lagi. Macam mak-mak. Ehh mak-mak je ke yang boleh masuk dapur? Mak-mak je ke yang boleh masak memasak? Choyyy sangat... kang kalau anak dara tak masuk dapur di kata nya pemalas pastu mula lah membebel beletiuq dok kata anak dara zaman sekarang dah tak boleh harap, macam mana nak kahwin kalau tak reti masak, macam mana nak bagi anak makan kalau ada anak nanti.. hape kau nak bagi pasir batu kat anak suami kau and so bla bla bla. 

Naaaaa sekarang mak-mak ni nak kongsi resepi yang baru mak-mak mereka mencipta mensendiri ;-) 

Okay puan-puan dan tuan-tuan, meh sini duduk depan lektop dengar Chef Wan Too Tree nak kongsi resepi.. sharing is caring uolls *flips hair secara tetiba* 

Bahan-bahan :

Satu packet sosej keju

1/2 biji cili capsicum merah

1/2 biji cili capsicum hijau

5 biji telur ayam

1 biji bawang besar

2 ulas bawang putih

Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

Cara Menyediakannya :

1) Sosej keju dipotong menjadi kepingan kecil

2) Kupas semua bawang kemudian dicincang halus

3) Potong semua cili capsicum menjadi ketulan kecil

4) Panaskan 1 sudu besar butter dengan 1 sudu besar minyak sayur

5) Tumiskan semua bawang sehingga bawang menjadi layu dan wangi 

6) Masukkan cili capsicum dan kacau kemudian masukkan sosej keju

7) Apabila soseja telah masak, masukkan semua telur bersama garam dan serbuk lada hitam secukup rasa. Ohh ye jangan lupa masukkan sedikit kasih sayang :-)

8) Kacau semua bahan sehingga masak dan boleh dihidang.


Jadi.... ini lah hasil nya uolls uolls sekalian ~


Nampak macam.... "euuuwwwww watcedat? eh makanan ke tu youuu? Sorry lah i tak makan benda-benda yang tak menarik ni. Yewwww hiasan pun takde, eh eh eh apa ni? Sorry, next recipe please, kalau boleh bagi i recipe western punya ehh. k thanks." Deyy adek manessss, nampak je macam tuu tapi bila makan mau terangkat kain kauuu tahuuuu. Ini western food kay cuma tak dihiaskan dengan baik jee.. aku bukan nya nak hidangkan kat papa joe masterchep tuu nak kena hias lawo-lawo. Don't judge the book by its cover kay, ada paham ka adek manesss? Kalau paham banyak terima kasih kbyee :-)

Nak buat chapati dengan tosay untuk mamak yang tolong tuliskan untuk adek maness tadi. Thank you mamak.. i lap u...........punya meja kat restoran nanti ehh :-* 


Xoxo, Ryne 

Monday 16 September 2013

Telekung Lycra

Assalamualaikum

Hey, Malaysia. Salam satu Malaysia dan Selamat Hari Malaysia uolls :-) 

For your information, kakak sedara aku ada jual Telekung Lycra. 

"Telekung Lycra? Alaaaa.. macam telekung biasa laa tew cuma nama jee lain.. banyak lagi telekung kat rumah tu yang tak pakai lagi... buat habis duit jee beli telekung tu semua padahal sama jee.. telekung jugak."

Okay. I admit yang telekung ni semua sama jee tapiiii telekung lycra ni lain sikit daripada telekung yang lain tu semua. Jenis kain dia tuu yang membuatkan dia lain. Kain telekung lycra ni lebih selesa di pakai sebab kain dia jenis kain yang lembut. Memang sedap ah bila di pakai... berani jamin. Telekung Lycra ni juga banyak jenis warna tauu.. haaaaa warna dia semua cantik-cantik. 

Kalau bab saiz tak payah risau gundah gulana naaa... Telekung Lycra ni FREESIZE. Selalunya perempuan yang tinggi lampai ni lah yang susah nak cari telekung sebab takut pendek, takut nampak kaki bila solat, takut nampak tangan... tapi telekung lycra sesuai di pakai oleh mereka yang tinggi bawah 170cm so don't worry lah everything is gonna be okay dengan Telekung Lycra ;-)











Ini pulak warna-warna telekung lycra.


Haaaaaa colourful gituuuu kauu.


"Boleh ke pakai telekung yang berwarna merah, pink, ungu tu semua? Apa hukum pakai telekung yang berwarna?"

Telekung berwarna adalah harus digunakan kerana syarat mendirikan solat adalah menutup aurat tidak nipis sehingga menampakkan kulit (aurat).

antara sedutan dari entri beliau : 
"Terus kepada tajuk, hukum wanita yang bersolat tanpa memakai telekung adalah sah, tetapi dengan syarat pakaian itu hendaklah menutupi aurat dan bersih daripada najis. Jadi apa sahaja pakaian dan apa sahaja warnanya, baik baju kurung, seluar, jubah atau apa sahaja, yang penting menutup aurat dan bersih daripada najis. "


Kalau berminat dengan telekung lycra ni boleh email : nurin_mior@yahoo.com or twitter : https://twitter.com/Nuweenmma :-)


Xoxo, Ryne 

Sunday 15 September 2013

I LIKE YOU

Assalamualaikum

Okay. Seperti yang aku pernah cakap kat entri sebelum ni yg aku nak share something that interesting to me but not you maybe lah maybe taktau lah kalau kau pun suka juga. Apa dia yg interesting sangat nya tuuu? Bukan nak tunjuk gambar yang interesting ke apa but i just wanna share something that i got from Yasmin Redzuan's blog. Yes, i love the way she story what just happened around her or else that make me impressed about her sometimes. The most i like about her is dalam blog dia, dia suka cerita tentang Islam, apa yg terkandung kat dalam alquran tu semua dia cerita. Best gilaaaa. Despite dengan cara dia berpakaian memang fehh ini lah perempuan yg patut di jadikan menantu... eh eh kau promote dia ke ryne? 

Selalu jugak follow gambar-gambar dia kat IG. Memang tak jemu lah mata memandang, manis, ayu, sopan santun, cantik jee cara dia berpakaian. Adalah satu entri ni yg memang emmm memang suka gilaaa ah dengan cara kak min. 


"oi baju beso beso macam mak mak"

"oi tudung beso beso macam ustazah"

"pakai stokin cover kudis ke"


:-)


camnilah, ko lek jela ek.
apa aku nak pakai, ko doa aku istiqamah je ek.

kau asal
sakit sangat ke hati tew.

ala cian.

ala cian cian cian.

kalau tak sabar tu dapat pahala, dah lama aku tarik rambut ko.
cocok mata ko.
masukkan garfu kecik dalam hidung ko.

kalau ;-)


(may Allah bless you)



haaaaaa sempoi tak sempoi. Pernah juga kena macam ni. Mula-mula tu memang lah macam sentap gila tapi bila fikir balik tu masalah dia bukan masalah kita. Sakit hati sangat tengok kita tu dah kenapa. Geram tu memang geram... sangat geram rasa macam nak lempang laju-laju 160km/j jeee tapi buat apa nak dok fikir benda tu semua. Buat macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Nak tau lebih lanjut tentang Yasmin Redzuan boleh lah follow dia di twitter, IG, blog, youtube.


Yasmin Redzuan's twitter.


Yasmin Redzuan's youtube.

Fyi, selama ni cara aku pakai selendang, pashmina labuh tutup dada tu semua aku tengok tutorial dia kat youtube :-) 


Xoxo, Ryne 


Kak Mariam and Abang Hilmi's Wedding

Assalamualaikum

Seperti yang dijanjikan dan masa untuk tunaikan janji! Janji harus ditepati! (hengko dah kenapa nak politik kat sini....) Okay. Kak Yam atau nama sebenarnya Mariam Mior Salehhuddin merupakan cousin aku belah ayah. Dia merupakan pelajar di Jerman. Yess, dia belajar kat Jerman dah lebih kurang 4 5 tahun kot belajar kat sana dan awal bulan 8 haritu dia dah balik Malaysia, dah habis belajar. Fyi, kak yam balik Malaysia jee sambut puasa, sambut raya tum tam tum tam kahwin terus. Senang gila hidup. Habis belajar jee terus kahwin. 

Kak Yam kenal Abang Hilmi kat Jerman jugak. Aku takde lah tau sangat macam mana diorang kenal tu semua tapi yg aku tauu mak yang (kak yam's mother) cerita, satu hari tuu masa kak yam balik Malaysia, kak yam cakap yg kak yam nak kahwin. Pastu bertunang selama setahun lebih. Kalau ikut perancangan mula-mula, patutnya kak yam akan kahwin bulan 12 tahun lepas tapi bila dikira timbang balik, kenapa tak biarkan kak yam habis belajar dulu so tahun ni lah baru buat majlis perkahwinan nya. Oh yaa, kalau nak tahu Abang Hilmi orang Terengganu tau, iyeee ganu kiteeeee tuuuu.. makang keropong lekong. So kepada orang ganu, berbesang lah kita nampaknya nya (eh eh eh tetiba)

Nak cerita panjang lebar pun tak guna. Buang masa jee so as usual bila dah majlis perkahwinan adalah pengantin nya kan... bila ada pengantin adalah gambar nya kan... naaaaaa let's tengok gambar.


Nikah diadakan pada 30/8/2013


Kak Yam with the flower girls, Umairah and Damia.


Kak Yam, the bride.


*dup dap dup dap*


Alhamdulillah dengan sekali lafaz, Kak Yam dengan Abang Hilmi sah sebagai suami isteri.





Haaaa tu lah husband kak yam, Abang Hilmi. Orang nya peramah.


Baju nikah malam tu, warna putih bagi pengantin.
Belah perempuan, warna ungu.
Belah lelaki warna kuning krim.


Keluarga belah lelaki.



Bersanding pulak pada keesokan hari iaitu pada 31/8/3013


Pengantin pakai baju songket warna hijau tua.
Belah perempuan, warna hijau and turqoise.
Belah lelaki tak perasan pulak warna apa diorang pakai.


Ibu bapa pengantin perempuan, En.Mior Salehhuddin dan Pn. Saadah. 
Ayah lang dan mak yang.


Pengantin sedang bersanding bersama pelamin. lol.


Family belah mak yang.


Makan beradab haruslah ada sesi suap-menyuap donggg. Manja-manja gituuuu.



Malam, Sesi Buka Hadiah pengantin 31/8/2013


Pengantin perempuan, skirt labuh
Pengantin lelaki, tuksedo.
Belah perempuan, baju tido 
Belah lelaki, takdoo semua dah balik hotel tido.


Sesi tangkap gambar satu keluarga. 


Potong kek. 
Sedap gila nak mati kek dia hah nak mati kau.


Naaaaa the best part ever sebab satu family kumpul ramai-ramai dan masing -masing gila malam tuu mungkin faktor kepenatan pada siang hari kot hekhekhek.


Ohh yes! Belah lelaki punya reception akan diadakan pada hujung bulan 11 di Terengganu. In sha Allah kalau umur panjang, ada rezeki terbang lah kami ke Terengganu dapat makang keropong lekong kaaaaang hahaha tak habeh-habeh dengan keropong lekong.

P/S : THE NEXT ENTRY I WANNA SHARE SOMETHING THAT INTERESTING TO SHARE WITH YOU, READERS. SO WAIT AND READ. LOVE YOU :*


Xoxo, Ryne 




Saturday 14 September 2013

Teaser - Kak Yam's Wedding

Assalamualaikum



Kak Yam's Wedding! Yeayyy!

I'm too excited to write an entry bout kak yam but at the same time emmmmm nak nangis T.T 

Okay okay okay *breath in and breath out* fuhhh.

Nantikan entri yang akan datang!

Xoxo, Ryne 




Thursday 12 September 2013

Best Friends ♡

Assalamualaikum




BEST FRIENDS

Incomplete without the other

Two halves of a whole

Best friends need each other

For a shoulder to cry on

A source of laughter

A reason to smile

To boost the other's confidence

So that together, you can do anything

There isn't a need to hide

You can be yourself

You can be you

You can be happy




This is my friends, my classmates :)

but.....




This is my best friend, Farah 'Izzati Mohd Hariri
Lots of 



Xoxo, Ryne 

Wednesday 4 September 2013

Let's Zikr!



Heliza Helmi - Jom Zikir ( Official Music Video )

Basahkan lidah kita dengan sentiasa menyebut nama Allah :) Moga hidup kita sentiasa diberkati oleh Allah. Jom berzikir!

Xoxo, Ryne 

Durian Ohh Durian

Assalamualaikum

Dah kenapa dengan durian? Apa yang durian dah buat dengan kau nurin sampai pasal durian pun kau tulis dalam blog. Apa salah durian tu sampai kau nak mengaibkan dia disini? Kenapa? Kenapa? Kenapa?

EH EH EH APA NI? APA NI? APA NI?

Sebenarnya bukan niat nak mengaibkan raja buah ni tapi ada perasaan yang tidak puas hati terbit dari hati ini. Okay, fyi me don't like durian. 

HUH? TAK SUKA DURIAN?

Yes, I don't like durian. Why? Problem?

YA ALLAH, KAU TAU TAK BETAPA TAK NIKMATNYA HIDUP NI KALAU TAK MERASA DURIAN YANG SEDAP NI, DENGAN BAU DIA BAK SEMERBAK HARUMNYA. MENYESAL WEHH MENYESAL!

So? Kesah pulak aku. Macam selama ni aku hidup tak ada kenikmatan jeee. Pidaaaa! 

Naaaa tu lah antara kata-kata yang dikeluarkan oleh mereka bila aku cakap aku tak makan durian. Deyy cha! Dah aku tak suka durian nak buat camne. Macam boleh paksa-paksa je nak makan benda yang kita tak suka. Memang dari lahir aku tak makan durian. Jangan tanya kenapa sebab aku taktau kenapa aku tak makan durian sedangkan ahli keluarga aku yang lain rilekk jee makan durian pastu sendawa keluar bau semerbak harum dia perhhh wangi sangat -.-

Pengalaman aku mendekati durian ( eh ada pengalaman lagiii tuuu ) :

1) Pernah tersepak buah durian 2kali sampai kaki berdarah. Mulai dari hari tu memang aku menjauhi durian atau bahasa yang lebih formal nya anti-durian.

2) Kalau balik kampung masa musim buah lagi-lagi musim durian, memang emmmm memang emmmm perhhh rasa macam lebih sanggup tinggal sesorang kat rumah dari ikut balik kampung sebab tak tahan bau durian rasa macam nak muntah. Atok dengan ayah ada dusun buah-buahan so bila tibanya musim buah-buahan/musim durian, bawak lah berguni-guni buah letak kat bonet kereta bila bawak balik KL, kat dalam kereta macam-macam bau ada tapi tak dapat tandingi bau durian lah, memang tak yah cerita lah bau dia camne kan. Kalau boleh perfume tu kena ada sentiasa kat aku untuk mengelak kan muntah. 

TERUKNYA KAU NI, SAMPAI MACAM TU SEKALI.

So whatever!

3) Masa hari raya baru-baru ni aku pergi open house rumah kawan. Dia buat dadih, ada dadih coklat dan dadih durian so yaa aku makan lah yang coklat, then masa tu kawan aku tengah makan dadih warna kuning which is dadih durian. Aku pun tanya lah dia yang dia makan tu dadih apa? Jagung ke? Dia pun jawab jagung, konon nak bergurau manja dengan aku gituuuuu and dia pun suruh aku rasa siap tolong suapkan. Bila benda tu dah masuk ke mulut, terus aku lari ke dapur macam hape jee keluar kan balik dadih tu dengan tak senonohnya. Ehh, kesah apa aku... janji aku tak telan dadih tuu. 


Dah nampak dah macam mana anti nya aku terhadap durian. Kalau family aku makan durian berjemaah meaning bentang surat khabar kat lantai, ambik durian banyak-banyak pastu duduk keliling durian tu dan makan beramai-ramai, aku tak kesah pun dan tak terhingin pun nak makan. Langsung tak! Aku lebih rela study kat dalam bilik dari menghadap durian dan bau durian. Memang tak boleh, tak boleh, tak boleh.

Dalam hidup aku ni kalau boleh......


NO DURIANS OKAY!

Memang takkan ada istilah atau perkataan durian kat dalam kamus hidup aku. So kepada readers blog ini yang gemar makan durian, tolong jangan makan durian masa membaca blog ini, bukan apa, takut bau tuu terus tembus keluar kat laptop ni hihihihihi gurau gurau. Hak makan tu terpulang pada diri masing-masing :)
Kau nak makan batu ke besi ke tu terpulang, nak buat camne, dah kau suka makan benda tu kan.


The End.


Xoxo, Ryne 








Sunday 1 September 2013

Kenapa Wanita Muslim perlu Menutup Aurat dengan Sempurna?

Assalamualaikum

Okay. Actually aku ada terbaca satu artikel dalam facebook tentang tu hah, tajuk tu. First of all aku bukan lah nak cakap yang aku ni dah perfect sangat dengan cara pemakaian aku tu semua, no no no totally not. Aku share benda ni semua untuk kita sama-sama muhasabah diri sama ada betul ke cara pemakaian kita mengikut Islam dan mari lah kita bersama-sama perbaiki diri kita untuk kebaikan. Entri ni sebenarnya khas untuk kaum HAWA :) 



بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Salah satu perkara wajib yang di perintakkan  oleh Allah SWT kepada  para hamba-Nya adalah menutup aurat. Kewajipan menutup aurat tidak ada bezanya dengan kewajipan menunaikan solat, puasa, zakat dan haji. Di dalam al-Quran surah a-Nur ayat 31 dan surah al-Ahzab ayat 59 jelas menyatakan kewajipan menutup aurat untuk wanita muslim yang telah sampai akil baligh.

Ramai wanita muslim hari ini tidak mengambil berat dengan memakai pakaian menutup aurat dengan sempurna. Ramai di antara mereka lebih suka dan terpengaruh dengan ciri-ciri pakaian yang berfesyen semasa terutama fesyen yang datangnya daripada barat.

Islam tidak melarang jika sekiranya wanita muslim ingin menggunakan fesyen terkini di zaman moden ini tetapi pakaian tersebut biarlah digunakan daripada kain yang tidak terlalu nipis dan reka bentuk pakaian tersebut mestilah menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan , tidak terlalu ketat hingga menampakkan bentuk tubuh badan.

Corak dan warnanya perlulah sederhana tidak terlalu cerah hingga mendatangkan daya tarikan kepada orang yang melihatnya.

Jika syarat-syarat tersebut di patuhi maka tidak menjadi masaalah wanita muslimah menampilkan diri dengan pakaian yang memenuhi cita rasa semasa pada masa yang sama tidak bercangah dengan syariat Islam. 

Sahabat yang dimuliakan,
Untuk perbincangan lebih lanjut mengenai aurat wanita perlulah di jelaskan di sisi beberapa kesilapan wanita tentang aurat supaya kita dapat mencari kesilapan tersebut dan dapat di perbaikinya.

Terdapat beberapa kesilapan wanita  tentang aurat :

Pertama : Wanita menganggap aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

Kedua : Bertudung tetapi ber' T-Shirt' berlengan pendik.

Ketiga : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.


Keempat : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.


Kelima : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

Keenam : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
 Ketujuh : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

Kelapan : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
Kesembilan : Kesalahan bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

Kesepuluh : Memakai baju kurung tetapi dipergelangan tangan tidak dipinkan hingga menampakkan kulit lengan.

 

Kesemua jenis berpakaian yang disebut di atas adalah diharamkan secara sepakat seluruh ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-perempuan mukminah, dimana mereka dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya: perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan.

Sahabat yang dimuliakan,
Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat itu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. 

Firman Allah SWT yang bermaksud :"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir"(Surah an-Nur ayat 31)

Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.

Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud 'perhiasan' perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.

Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh kerana itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.

Misalnya sahabat besar Nabi SAW seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.

Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama tabien seperti Said bin Jubair, 'Atha', Auza'i dan lain-lain.

Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.ha, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya.

Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.

Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, demi menjaga meluasnya kerosakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat dikawatirkan akan menimbulkan fitnah.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (Surah an-Nur ayat 31)

Sahabat yang dihormati,
Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadis bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.

Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu:
1. Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); 2. Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat , rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian ." (Hadis Riwayat Muslim)

Dr. Yusof Al-Qardawi menafsirkan hadis di atas, katanya : "Mereka dikatakan berpakaian, kerana memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, kerana itu mereka dikatakan telanjang, kerana pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini." ( Kitab Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)

Perkataan 'bukhtun' adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut kerana rambutnya ditarik ke atas.

Disebalik perkara ghaib, seolah-olah Rasulullah SAW  melihat apa yang akan terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti ini.

Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma' binti Abu Bakar pernah masuk di rumah Nabi SAW dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:

"Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini -- sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Hadis Riwayat Abu Daud)

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya)." (Hadis Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .

Menurut Imam Mujahid, hadis ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respon Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadis di atas. (Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)

Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tidak berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.

Perlu diingat bahawa wanita muslim perlu menjaga suaranya kepada lelaki yang bukan mahramnya. Walaupun seorang wanita bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. sama ada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yang sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

Larangan ini datang dari Firman Allah SWT yang bermaksud : "Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit." (Surah al-Ahzab ayat 32)
Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita memberi nasihat kepada kaum muslimat semua samaada isteri, ibu, kakak, adik perempuan, ibu saudara , saudara mara perempuan dan rakan-rakan di pejabat agar mereka sentiasa menutup aurat yang sempurna.

Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-hadis, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh dan cabang. Ia adalah termasuk dalam katergori hukum qati'e dan usul. Malah ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh syaitan. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dan pelbagai lagi. Perihal syaitan mensasarkan dosa 'buka aurat' ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah SWT maksudnya :

" Maka syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya .." (Surah Al-A'raf ayat 20)

" Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan" (Surah Al-A'raf ayat 26)

Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja yang termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru barangsiapa yang berpaling dari arahan ini, secara langsung ia menjatuhkan tahapnya selari dengan makhluk lain yang tiada cukup kemampuan dan akal bagi menjalankan arahan penutupan aurat.

Sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan Maha Pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, syurga dan neraka juga benar. Sesungguhnya salah satu ciri-ciri ahli syurga adalah akhlak, perbuatan, percakapan dan pakaiannya memenuhi kehendak syariat Allah SWT.



Please read this!




So what stage are you at in covering Aurah?




Take note!



Xoxo, Ryne ♡