Friday 21 February 2014

Sincerelybyushawls (SBU) Boutique ♡

Assalamualaikum

*batuk*

Lol. Perlu ke tulis mende tu? PERLU. Well lately ni aku tak berapa sihat sangat batuk memanjang dari wedding kak shida ghitu. Lama. Hmm sangat. Tu lah, doktor suruh makan ubat batuk taknak. Bila dah kena baru ngegada tergedik gedik nak mengadu kat umi heh anak manja. 

Ehem.

Perenggan pendahuluan tu sebagai mukadimah ye murid murid. Sejak sekolah dah mula ni, sejak banyak homework ni, sejak karangan bahasa melayu SPM kena lebih 400patah perkataan, sejak itu lah aku blur bila nak buat pendahuluan. Aku ni kalau nak buat karangan, pendahuluan kena banyak idea so dari situ lah idea aku mula mencurah-curah untuk dikongsikan kepada pemeriksa lol hengko nak cerita mende pe sebenarnya ni?

Ok lah ok ni haaaa. Korang ada follow instagram aku tak? Tak? Kenapa? Meh sini follow [ promote muahahahahahaha ]


Bagi mereka yang tidak mempunyai instagram tidak mengapa. Saya maafkan. Toksah risau. Boleh je on lappy juga untuk tengok instagram saya ekekekekeke. Macam tak betul je minah ni.

Engkorang pun tahu kan kat instagram sekarang ni macam macam online shop ada. Bagai cendawan tumbuh selepas hujan online shop kat insta sekarang ni. Ko nak pe? Semua ada. Dari hujung rambut ko sampai hujung jari kaki ko yang runcing [ ada ke jari kaki yang runcing? ] Haaaa tapi benda yang aku nak cerita sekarang adalah sebuah butik. Ya saya, butik! 

Butik ni memang tengah panas ah bagi orang perempuan yang memang sentiasa follow. Gila ko. Sampai aku macam nak kena sawan je bila tengok barang barang butik dorang kat insta. Sampai satu masa aku taknak tengok gambar dorang, aku terus scroll ke bawah semata mata taknak kena sawan. Gila. Memang. Memang gila. Barang barang kat butik dorang semua cantik cantik belaka uolls *kipas kipas muka*. Yang aku tak faham sekarang, aku cerita panjang lebar tapi nama butik dorang langsung aku tak sebut. Macam takde function jee -.-"

Sincerelybyushawls Boutique. Naaaa nama dia pun macam lembut lembut lemah gemalai kan. Look. Nama butik tu bukan semata mata jual shawls tapi semua ada. SEMUA. Memang tak ah aku nak list kan kat sini. Ko faham tak sekarang SEMUA ADA. Ko faham kan? Bagus. Kalau centu meh aku tunjuk insta dorang. Tapi sebelum tu, bagi sesiapa yang lemah semangat atau hati tak kental jangan tengok eh. Kenapa? Sebab...............



Nah untuk engkorang yang tak follow dorang lagi. Gerenti korang pun akan sawan macam aku. GERENTI! 




Hambek ko. Kau nampak kemain ramai orang pergi. Crowded weh crowded! Nampak tak macam macam ada. Baju dorang bukan jenis biasa biasa tapi luar biasa ya i mean lawa gila! Yang tak tahan segala tudungssssss kat butik dorang. Memang angau aku setiap malam sampai bawa ke dalam mimpi. Terlalu cantik! Segala tudung kat butik dorang memang ikut trend. Nisa Kay blogger terkenal tu, blogger kepada blog sayasukamenaip tu pun pakai tudung dari butik dorang. 

Yang pasti sekarang ni aku tau korang pun dah tak senang duduk kan? Aku dah kata, memang kuat virus butik SBU ni. Bahaya. Terlalu bahaya!




Naaaaaa ni lagi satu. Kimono dorang. Ahh takyah cerita ah camne kan. Hengko pandang pun dah tau kan apa yg perlu di kata kan. Banyaknya kan. Kan? Cemni ah. Senang cerita ko pergi terjah insta dorang sekarang. Pergi lah nak, pergi.




Irine Secret. Kura kura dalam perahu, ayam dalam kandang, sudah tahu bertanya pula. LOLOLOLOL TERUKNYA PENGGUNAAN PANTUN KAU. CAMNE AH PMR KO TAHUN LEPAS BM BOLEH DAPAT A? Okay puan puan, abaikan. Gambar kat atas tu, semua dari Irine Nadia Marcello. Takkan lah tak kenal blogger terkenal kebaboooom debommm tu. Naa dia punya candysocks dan wudhusocks dia ada jual kat butik ni. Memang bagus.




Kan aku dah kata, dari hujung rambut sampai ke hujung jari kaki ko yang runcing tu ada. Kasut dia memang lawa lawa belaka. SANGAT! Malas ah nak cerita. Buat sakit hati je since aku pun tak pernah sampai sana lagi huwaaaaaaaaaaa! Sedih sangat T.T Pergi tu memang lah boleh tapi takde masa yang sesuai. Aku kan seorang pelajar yang cemerlang jadi masa lebih diluangkan kepada buku [ sangat ]. 




SEMUA OKAY SEMUA! Tu haaaa pretzels pun ada. ADA. SEMUA!




Najwa Latif yey! Najwa pun merupakan salah seorang pelanggan SBU Butik ni. Nampak tak. 




Paling benci. Sebab Beto Kusyairy yang handsome tu dengan bini dia pun dah pergi SBU Butik. Aku bila lagi? Btw Beto handsome sangat >.< hahahahaha nasib dah ber bini. Ehem.

Aku yang duduk Sg.Buloh ni, yang dekat dengan Shah Alam nun, yang hanya mengambil masa 30minit untuk pergi sana pun tak pernah sampai lagi. Sedangkan mereka yang duduk Kedah, Kelantan, Johor jauh jauh merata selain dari Selangor pun dah pergi hmmmmm takde rezeki lagi kot T.T [ pasrah habis.] 

Ohh ya, lupa nak bagitau. Kalau nak tau mana terletaknya butik dorang ni, korang boleh refer balik gambar screenshot picture yang pertama tadi. Tengok kat bio dorang tu. Ahh senang cerita korang terus terjah instagram dorang. Tengok lah segala benda kat sana. Kalau korang mimpi atau angau tetiba selepas tengok instgram dorang, korang jangan salahkan aku pulak. Mana tau kot kot ada yang salahkan aku sebab aku lah punca segala dompet dorang berhabuk hahahahahaha.


Xoxo, Ryne 

Tuesday 4 February 2014

Rindu Opah[s] :'(

Assalamualaikum

Hallloooo *lambai tangan* so how was your CNY eve? Semua baik saja kan kan iya kan kan (nabil's version tetiba)

Ehm. Ok.

Terasa sangat tahun ni punya CNY Eve meriah. I don't know why emm maybe it is because of kak shida's wedding sebab tu happy semacam cause semua balik kampung semua saudara mara sibuk dengan majlis semua saudara mara berkumpul so it was look like macam hari raya. Gicewww. Well hello, kampung saya dah lama tak buat kenduri kahwin tau tak. Since my momde [ well it should be mokde or mak uda tapi.... eh biar lah ] and kak ja [ cousin ] lah majlis kenduri kahwin buat kat kampung. Tu berapa tahun punya cerita tah kemahen lama. Eh. Ko bayangkan sekarang anak momde merangkap cousin aku tu sekarang dah umur 14tahun dan anak kak ja merangkap anak buah aku tu dah 13tahun haaaa tak ke lama dah tuuu. 

Sebab tu lah kot CNY Eve tahun ni rasa macam sambut hari raya. Mungkin family aku je kot yg ada perasaan ni. Kot lah kot. Entah entah korang pun rasa benda yg sama tapi memalu hanjeng nak bagitau elelelelele.

Ok back to the story. *betulkan spect*

I miss my opah[s] hmmmmm :'( 

Kenapa opah kat belakang tu ada 's'? Sebab kita ada dua opah so it should be opah[s] lah kan untuk menunjukkan ramai. Plural hokay plural. Hihihi. Betul lah kan? Cett.

Well, kedua dua opah aku dah kembali ke rahmatullah. Opah Gayah which is opah belah ummi meninggal dunia tahun 2007 (kalau tak silap) sebab sakit tua. Ingat lagi, malam opah gayah meninggal dunia tu merupakan malam kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Hari khamis malam jumaat :) Hujan renyai renyai je malam tu. Sejuk. Rahmat Allah :)) Masa tu umur aku baru 9tahun, kecik lagi. Asyik pandang je muka arwah opah gayah. Aku perasan ada duit syiling seposen atas mata opah.. pastu aku tanya ummi " Miii, kenapa ada duit seposen atas mata opah tuu? Kenapa letak macam tu kat mata opah? Sakit kan mii?" Ummi jawab "Waktu opah meninggal dunia mata opah terbuka. Kalau nak tutup kan mata dia kita letak duit syiling. Sebab tu ada seposen atas mata opah" Hihihi :') ingat lagi tau walaupun insiden tu dah lama berlalu.

Opah Saadiah which is opah belah ayah pulak meninggal tahun 2008 (kalau tak silap). Opah Saadiah meninggal dunia sebab sakit apa tah nama dia emmm darah putih lebih banyak dari darah merah haaa tapi taktau apa tah nama penyakit tu. Berbelit lidah nak menyebutnya. Sebelum opah meninggal memang kitorang saudara mara, sekeluarga dah dpt petanda cuma tunggu masa jee. Cousin aku, kak lia, mimpi gigi depan dia patah, orang kata kalau mimpi macam tu salah seorang ahli keluarga kita akan meninggal dunia tapi kitorang anggap macam takde pape berlaku lah. Petanda kedua, ateh ( pakcik ) dan abang taqim ( cousin ) pergi keluar sarapan kat kedai, tetiba cawan yg abang taqim pegang terjatuh. Ateh dah rasa lain macam dan ateh dah pun tahu mesti akan berlaku juga.

Nak di jadi kan cerita malam tuu, tepat pukul 12 malam, opah Saadiah meninggal dunia :'(( Hujan lebat malam tuu. Sekali lagi Allah turun kan rahmat. Allah memberitahu sekalian makhlukNYA bahawa seorang lagi hambaNYA telah kembali ke sisiNYA :') hmmmm ini lah pengalaman pertama mandikan jenazah. Ummi bagi peluang cucu cucu perempuan mandi kan opah. Pegang tangan opah.. sejuk sangat. Bila dah siap kapan semua, sebelum nak tutup muka, semua keluarga cium opah. Aku pun taktau kenapa berani sangat masa tu, aku cium opah. Kalau tak sebelum ni mana berani dekat dengan mayat. Takut. Masa kecik laaa masa kecik, sekarang tak dah. Dapat lah cium dahi dan kedua dua belah pipi opah :') sejuk. hmmmm

*betulkan tempat duduk*

Aku dah takde opah[s]. Belah mak mahupun belah ayah :'( Walaupun aku berkesempatan lihat, kenal, sentuh, pegang and whatsoever opah opah aku tapi aku masih tak puas sebab tak dpt lebih mengenali arwah arwah opah. Yelahh waktu tu kecik lagi. Apa lah nak ingat sangat. Tapi takpe. Sekurang kurangnya aku dapat kenal rupa paras arwah arwah opah, dapat tolong arwah arwah opah hmmmm.

Semoga Allah tempat kan roh roh opah opah nurin di tempat orang orang yang beriman. Amin :') 

Alfatihah.



p/s : Ingat lagi, arwah opah Saadiah tengah baca alquran.. sampai satu ayat tu arwah opah tak dapat baca sebab ehm maybe tak berapa nampak sangat kot (opah lupa bawak spect) so arwah minta aku tolong baca kan. Opah "Nurin, sini kejap. Tolong pah baca kan ni. Pah tak berapa nampak sangat. Lupa nak bawak cermin mata" Hihihi ingat lagi ingat :') 

p/s: Nanti dapat cucu nanti nak suruh cucu baca kan alquran. Eh. Hahaha. Besar pahala cu kalau cu tolong nenek baca kan alquran :') Terkenang sampai bila bila. InsyaAllah.

Xoxo, Ryne 

Monday 20 January 2014

BAHASA JIWA BANGSA!

Assalamualaikum

Sebulan ko tak update blog  ( / ) checked!
Sebulan ko menghilangkan diri daripada blog ( / ) checked!
Sebulan ko buat diri kau macam bukan blogger ( / ) checked!
Sebulan ko tinggalkan blog ni tak terusik ( / ) checked!
Sebulan ko biar kan blog ni berhabuk ( / ) checked!
Sebulan ko biar blog ni menangis tak berlagu sebab macam blog ni dah takde tuan ( / ) checked!


Kesimpulannya aku nak cakap; 

Dah 1 bulan 8 hari aku tak update blog :)


Hengko dah kenapa berdiam diri secara tetiba cik senah? Siap ada smile bagai mende kat belakang ayat ko tuu. Ko perasan tak mende smile tu tak bersesuaian langsung dengan ayat ko hmm?

Bukan apa lah kan hm ok ok kita jujur dari mata ke hati terus ke jiwa supaya takde pihak yang tersinggung hatinya [ tetiba ] Ok. First; elehh cam tak biasa pulak korang tengok blog ni tak bertuan selama sebulan elelelelele mengada yewww. Paling lama aku tinggal kan blog pun 2 bulan. Elekkkk ahh derr! Baru sebulan hiks. 

Aku kan seorang pelajar yg berwawasan gemilang cemerlang dan terbilang so masa untuk diluangkan pada blog ini agak terhad. Ko faham tak? Blog ni bukan macam instagram bukan macam twitter bukan macam facebook yg senang senang ko nak online dekat phone. Ko faham tak apa yang aku cuba sampaikan ni? Faham tak? Blog ni memerlukan masa untuk menulis dan pada masa yang sama memerlukan masa untuk memikirkan ayat dan perkataan yg macam mana aku harus gunakan supaya tiada pihak yg akan bash atau block atau anti atau yg sewaktu dengannya [ azan asar sedang berkumandang. marilah kita bersama menunaikan solat. ehem. ] dengan blog aku ni.

Lagi satu, cik senah busy dengan sekolah cik senah uollsss. Korang ni puunnnnnn, faham faham laaa bila dah jadi pelajar sekolah menengah yg lagi setahun nak habiskan secondary school ye ni mesti lah homework keliling pinggang aihh. Sibuk nak cari buku rujukan sibuk nak urus itu urus ini. Ni hah yang aku tak faham. Lately ni kangkung retis sangat. Popular kemahen kangkung tu. Kangkung here kangkung there kangkung everywhere. sakit hati mak. terus cik senah anti kangkung sebab dia dah jadi retis. huwaaaaaaa! menciyewwww :'(



"Ko dah kenapa tipah? Apa masalah ko sekarang? Ko nak cerita pasal kangkung ke pasal tajuk entri ko yg hilang ke laut?" kata jemah kepada author blog ini yang tak sedar diri syok sendiri.....



Ekekekeke sorry ampuuuuuuuunnn. Ni haaa nak cerita, satu hari tuu aku ikut bangki, my oldest brother, pergi rumah kawan dia. Suddenly, ada laaaa bebudak sekolah tahfiz kot atau bebudak sekolah agama kot alaaaa dorang pakai jubah putih, berseluar. ada yg berkopiah dan ada yang berserban emm first of all aku nak cakap, aku bukan niat nak jatuh kan bebudak sekolah agama atau sekolah tahfiz tauuu. Takde niat pun! Tolong jangan fikir bukan bukan. Terima kasih :)

Okay. Bebudak lelaki semuanya, about 5 or 6 students there dorang tengah lepak atas motor. Aku ni tengah duduk dalam kereta, elok pulak masa tu tingkap kereta terbuka so dengar lah dorang bersembang dengan suara garau mereka semuuaaa haaa tengah fefeeeeling nyanyi lagu wrecking ball sambil berangan tengah nyanyi depan pentas, maka terdengar laa

"Hoii bodoh! Ko dengar tak aku cakap apa? Ko telinga bapak ko tak korek ke apa?"

"Eh lekk ahh. aku tak dengar ahh ko sial ah panggil aku leklok tak leh ke?"

Kalau dorang gurau kasar antara satu sama lain;

"Eh babi ah ko. Sial ah aduhh bodoh yee laaa. Ko pergi bagitau dia buat apa?"

Ehemmm. Cukup lah takat tu ehh. Tak sanggup nak tulis benda yg lagi dahhhhhhhsyattunn keluar.

BAHASA JIWA BANGSA. Bahasa, BAHASA MALAYSIA. Bangsa, MELAYU. Agama, ISLAM. Faham kan apa maksud aku? Pandai pandai lah kita fikir eh abang abang dan adik adik sekalian. Nak ceramah soal agama panjang lebar, kita ni bukan lah sempurna sangat ibadah ye. Aku sedar yg aku tak layak nak ceramah soal agama ni memandangkan ilmu pun tak cukup lagi kat dada ni. Rasanya mereka yg lepak tu semua dah besar panjang. Pandai lah kita fikir mana yg buruk mana yg baik. Okay :)

Tepuk dada tanya iman. InsyaAllah, niat hambaNYA yang ingin berubah ke arah kebaikan, Allah sentiasa akan bantu dan tolong hambanya tapi ingat, setiap jalan Allah tiada yg mudah. Kita kena lah harungi cabaran dan dugaanNYA. Dari situ lah Allah uji kekuatan dan kelemahan hambanya. Oleh itu, sentiasa lah berdoa dan bertawakal kepadaNYA agar dipermudahkan segalanya.

Hihihi tetiba part last ni serius kan? 

Tu je yg aku cuba nak kongsi kan. Cuma nak update entri kat blog yg dah tak bertuan selama sebulan ni.

Looked! Andai kata aku lama tak update lagi blog lepas ni, jangan sesekali salahkan patik. Ok. Mohon tunding jari ke arah TWITTER dan INSTAGRAM! Mereka yg bersalah dalam soal ini. Tangkap mereka! Gari mereka! Campak mereka dalam penjara! Saman mereka 14juta up sikit dari Rozita Che Wan punya kahwin ekekekeke. 

Ok lah. I have to go! Bye uollsss. Jumpa next entri 3bulan dari sekarang muahahahaha dah ada niat nak update entri 3bulan lagi hihi tak tak. InsyaAllah, ada masa nanti kita update eh.


Xoxo, Ryne 

Thursday 12 December 2013

Wish Me Luck!

Assalamualaikum

Ehh hai uolls semua hai hai. Lama tak jumpa kan? Yang si blogger ni pun satu tak sedar menyedar diri yg dia tu blogger choooorr. Kalau tak setakat 2 3 minggu tu boleh dipertimbang kan lagi la kot tapi ni dah hampir sebulan menghilangkan diri, blog pun tak berupdate apa jadah ye nok. Teruk perangai.

Well hello guys, selamat pagi, good morning, anyeong haseyo yo yo dan selamat bercuti sekolah hadek hadek hakak yg hakak sayang auwwwww minta tampar laju laju. perasan diri dah besar sangat ko. Ok. Ok. Bila sebut perkataan 'besar' ni, tak sangka tahun depan dah form 4. Bila dah form automatically umur pun dah meningkat ke 16tahun. Owww how time flying by T.T ikutkan hati ni nak je undurkan balik masa tapi yelah siapa kita yang nak sesuka hati nak mengundurkan masa kan. lagipun time is flying, never to return so nak taknak kena juga menghadapi masa hadapan walau seteruk mana masa hadapan kita tu. Manusia makin tua bukan makin muda. kalau makin muda, baik ko lahir lahir keluar dari rahim ibu kau tu terus tua pastu year by year you become young and terus jadi baby. Astaghfirullahalazim, dunia dah kiamat kot kalau macam tu.

Sebenarnya bukan nak cerita apa, ni lah masalah aku. kalau takde cerita, aku tidak lah update blog.Yelah ko bayangkan, takkan aku suka hati nak buat cerita sendiri sedangkan benda tu tak berlaku pun kat aku. yo yo o je cerita. SS [[ SYOK SENDIRI ]]. Aku beriya iya tulis panjang lebar, ko baca, ko percaya. Ok. ok. contoh; 

Tajuk entri "BERCUTI BERSAMA KELUARGA DI DISNEYLAND, HONG KONG"

Minggu lepas iolls pergi bla bla bla wahh happy gila uolls sebab first time jejak kaki kat hong kong. Iolls happy gila sampai sanggup tidur tepi jalan taknak balik hotel. Parents iolls pujuk iolls suruh balik jugak tapi yelah kan iolls taknak lah jadi anak derhaka so iolls pun follow lah. Baik tak iolls. 

*cari gambar kat google then save the picture pastu tempek kan dekat blog [[ lebih kepada mencuri gambar orang ]]*

haaa yang ni pulak kat dalam tandas disneyland. tandas dia lawaooo giloss meletopss kebaboom mati ko kat situ uolls. Iolls sampai tertidur dalam tandas tu sebab best. Parents iolls suruh iolls keluar dari tandas tapi iolls taknak. uolls tau, iolls sampai hentak hentak kaki sebab taknak balik so nak buat camne iolls dengan parents iolls pun tidur sekali dalam tandas. kami hidup bahagia hingga ke anak cucu.

Kejadah apa ye ko sampai tidur dan hidup bahagia hingga ke anak cucu dalam tandas? Kat rumah ko takde tandas ke acane?

Nampak tak apa yang aku cuba sampaikan kat sini? Sedangkan benda tu semua tak berlaku pun. Propa je lebih. Itu dah macam kau tipu diri kau. eeee dah lah tipu diri sendiri pastu tipu orang lain eee tak malunya eee. Jadi, daripada aku takde cerita nak dieceritakan atau nak di update kan di blog ni, lebih baik aku ambil pendekatan untuk mendiamkan diri. Hanya berhubung melalui facebook dan twitter itu sudah cukup memadai :)) 

Aku bukan apa lah kan, hengko tak perasan ke tajuk entri dengan isi kandungan entri ni sedang berlari berkejaran. i mean dah lari tajuk. Hiks. Panjang sangat mukadimah ye puuuun. Ampun.

Bukan nak cakap apa, cuma nak minta tolong jasa baik anda semua, tolong doa kan semoga Ryne kuat semangat untuk mengambil result pmr dan doakan semoga Ryne dapat keputusan cemerlang :)) Ryne target 9A hihihi sebab hati kuat yakin menyatakan yg Ryne pasti boleh dapat 9A tapi yelah taknak terlalu yakin nanti makan diri eee takut eee seram. taknak taknak. 

Result pmr keluar 19/ 12/ 2013. Minggu depan, hari khamis. 

Wish me luck ok. May Allah bless all of us. Amin.

Terima kasih, kamsa hamnida, nandre, xie xie, thank you and love you mmmmuahhh mmuaaahh :-*


Xoxo, Ryne 

Monday 18 November 2013

Happy Birthday, dear friend ♡ ♡ ♡ ♡

Assalamualaikum


Ok. Agak lambat juga sebenarnya tapi niat tu memang dah ada. Apa dia? Ok ok sebenarnya hari lahir kawan aku ni 2Nov haritu tapi oleh kerana busy, dengan broadband yg dah habis quota dan cantik pulak waktu tu dah cuti sekolah so memang tak boleh nak update kat blog bout her birthday dan tak boleh nak celebrate her birthday so oleh kerana niat tu dah ada dan dah disematkan kat dalam hati ni nak juga buat entri for her birthday. Oleh yang demikian, lambat cepat belakang cerita yg penting aku tetap nak buat entri tentang dia.


"Kenapa beria-ia benar ko nak buat entri pasal dia? Special apakah dia tu? Anak datuk ke? Siapa dia sampai kena buat entri pasal dia? Mengada ye laaaa."


Well hello uolls! She's the most adorable friend that i ever have. Ni yang nak nangis nii. ehem. Dia takde lah special sangat. Dia bukan lah anak datuk, anak tan sri, anak perdana menteri, cucu agong sama sekali tidak dan dia bukan lah sesiapa tapi dia tersangat ISTIMEWA bagi aku. ISTIMEWA macam mana? Susah sama sekali nak ungkapkan perasaan tu. Aku pasti setiap orang pasti mempunyai kawan, cuma yang bezanya rapat tak rapat jee. Perkataan kawan ni umum so kalau nak dirungkaikan kat sini mahu jammed blog aku tak berhenti tulis. Bagi mereka yg betul betul mempunyai kawan, bukan kawan biasa tapi kawan rapat. sangat rapat, mereka mungkin faham bagaimana perasaan ISTIMEWA tuu.

Dia. Her name is Farah 'Izzati Mohd Hariri Adipati. Dia lah adik yg selalu juga kena buli. Dia lah kakak tempat mengadu. Dia lah pendorong bila diri ini down. Dia lah penasihat yg selalu memberi nasihat. Dia lah cikgu yg tolong ajar kan Sejarah sebab aku sejarah memang emm takyah cerita lah tapi since berkawan dgn dia, dia banyak tolong. Dia lah mak yg selalu membebel bila ada je yg tak kena. Dia lah ayah yg cari rezeki siang malam tanpa henti. eh. takde takde. Dia lah radio yg sentiasa menyanyi kat dalam kelas. Dia lah peneman setiap pelosok mana aku pergi. Dia lah tempat aku menangis, luahkan perasaan hihi ingat lagi masa menangis dulu sebab.................... haha takyah cerita lah. Rahsiaaaaaa *suara berbisik*

Guys, kalau nak cerita segalanya kat sini apa keistimewaan dia dan siapa dia, memang takkan habis. Terlalu banyak. Kalau nak ikutkan hati memang nak cerita tapi aku rasa tak perlulah semua yang kitorang lalui perlu diceritakan. Emm dah lama sebenarnya benda ni tersimpan. Sejak birthday dia tahun lepas tapi tak bagi pun hahaha sebab ianya merupakan satu karangan bahasa inggeris bout her. Alahaii tau tau je lah bila dah dalam bahasa inggeris tu, bukannya betul sangat. Kang salah tulis lain pulak maksud dia haaa haru biru jadinya. 




Birthday girl at the right, Farah aka nenek [[ nama manja ]]
*siap print letak gambar ni kat kertas lagi plus minyak wangi plus bedak Enchaunter hihi*
[[ gambar awal tahun 2013 ]]


This poem [[ not a poem actually ]] is about, a little girl I know. Who's an angel in disguise ; skin as soft as snow [[ wooo snow kekeke ]]. Beautiful and pretty she is, but prettier is her heart. You're the kind of friend whose sunny smile and cheerful words can make any day seem brighter. No wonder that I've like you from the moment that we met. 

We shared smiles.

We wiped the tears and through the years.

Our friendship has grown along with us.

You're truly a wonderful part of my life.

"IF YOU'RE ALONE, I'LL BE YOUR SHADOW. IF YOU WANT TO CRY, I'LL BE YOUR SOULDER. IF YOU WANT A HUG, I'LL BE YOUR PILLOW. IF YOU NEED YOU NEED TO BE HAPPY, I'LL BE YOUR SMILE... BUT ANYTIME YOU NEED A FRIEND, I'LL JUST BE ME"

Thinking of you and the good times we spent.... make me smile! You're so very special and so is your birthday. Happy Birthday, friend! 



Look. This is the way how we expressing the love kekeke ^^
[[ gambar akhir tahun 2013 ]]



Birthday present pun tak bagi lagi. Dah beli dah. Tapi asyik lupa jee. Haritu jumpa waktu kitorang satu kelas buat BBQ tapi tak ingat langsung present tu. Sibuk sangat dengan B B Q Q dia haa terperuk lah hadiah tu dalam almari buat kimchii ohh kimchi melampau. InsyaAllah, ada rezeki kita jumpa, aku bagi hadiah eh nenek :) Sabaq naa sabaq. Aku sayang ko kerana sanggup menanti hadiah aku hahaha mmuaahh mmuaahhh *flying kiss*

Okbai. Tata titi tutu.

[[ adakah ending entri ni sangat bosan hihi ]] 


Xoxo, Ryne 

Sunday 17 November 2013

Congratulation Abang!

Assalamualaikum

First of all i nak minta maaf sebab lambat menunaikan janji. Lambat takpee yang penting janji tu dilaksanakan. kalau janji tapi tak buat haaa tu lagi teruk tau. so dalam kes ni i tak bersalah. kenapa tak bersalah tetiba? haa i pun taktau. 

Ok. Dah 3minggu tak update blog sebenarnya ni. Agak blur juga lah nak tulis intro macam mana, nak ceritakan macam mana haha kekdahnya macam dah lama sangat jee tak tulis menulis ni. yo yo oo je kak jemah ni. kenapa lambat update? kita jujur laa eh jujur terus hati ke hati gitewww.

Alasan pertama; broadband dah habis quota. broadband takde internet takde ah cerita dia kan. Understood? 

Alasan kedua; bila broadband dah boleh digunakan seminggu selepas itu, adik pulak pergi guna main games. bila dah main games memanjang 24jam, maka apabila aku nak guna, menatang tu jadi lembaaaaaaaaaaap. Terlalu bagus sangat cara dia menggunakan broadband tu. ikutkan hati yg suci lagi murni ni nak je i lempang dia laju laju biar kepala dia berpusing pusing macam helikopter pastu terbang melayang ke gunung everest dan dgn eloknya kepala tu landing cantik baik punya tercacak kat atas gunung everest tu dgn siap ada bendera Malaysia. kalauuuu boleh laa kan.... tapi i taknak kotor kan hati i yg telah suci lagi murni ni so pasrah.

Dan sekarang, dah top up balik broadband tu naa dah laju. 

Ok. Back to the story uolls *petik petik jari banyak kali* motip? taktahu.

Majlis Konvokesyen abang di adakan di Skudai, Johor. Uolls tau tak betapa gembira hati ni sebab ini lah kali pertama aku jejak kan kaki kat Johor so jangan tanya lah kenapa batak sangat kan bila sampai Johor ni. Tahukah anda Skudai terlalu dekat dengan Singapura? cett. kita baru tahu laa sebab tu membatak. Tau tak betapa bersyukur sangat bila konvo ni di adakan di Johor. alang alang dah sampai johor untuk konvo abang tu sambil tu jugak lah kita melancong. 

Taktau nak cerita kan macam mana sebenarnya ni. Actually taktau nak mulakan macam mana sebab terlalu banyak cerita nak di ceritakan. I jamu kan uolls dengan gambar-gambar yg telah di ambil sepanjang kami sekeluarga di Johor. sebab Yuna kata "Setiap gambar ada lagu" apa kena mengena? haaaa aku pun taktau. cuma nak cakap kat sini, setiap gambar yg ditunjukkan nanti takde lagu tapi ada tersimpan 1001 cerita gitewww ayat ko. 



Masa ni kitorang on the way ke Skudai, Johor. Bagi mana mana pihak peiklanan yg tengah cari model gula-gula boleh call saya atau email ok. Anda pasti tidak akan kecewa dengan model ini tapi satu je laa model ini tidak boleh makan gula-gula yg keras i mean selain daripada gula-gula chew. Dia boleh terima gula-gula chew je sebab gigi taring model ini tengah goyang. Tinggal masa nak cabut jee. Harap faham lah ye. Adios.

Ohh ya by the way this is my lil bro. Seorang yang emmm emmm kay takpe lupakan.


So this is my sister. She's down syndrome :) Syurga sentiasa menanti dia. Pernah dengar ustaz kata "Jikalau ada seorang ahli keluarga kamu yang istimewa seperti kanak-kanak down syndrome and etc, kamu hargailah dia kerana apabila dia meninggal dunia, dia akan sentiasa berdoa kepada Allah untuk bersama-sama keluarganya di dalam syurga maka Allah akan makbulkan doanya itu" Ya Allah :') hamba bersyukur kerana dikurniakan seorang kakak yang terlalu istimewa. Terima kasih ya Allah.

Kami berada di Skudai pada 26/10-28/10. Since aku takde sedara mara di Johor, ayah tempah homestay for 3days 2night. Homestay dia perghhh tiptop meletop! memang terbaik. walaupun homestay ye tak lah semewah hotel tapi cukup selesa lah dengan kami yg hanya berlima. 


[[ Day 1 ]]
#ohohteedee Orange day.
Wide shawl beli kat Pasar Kemboja. Bagi sesiapa yg ada baca entry sebelum ni mesti tau mana dpt shawl ni.
Baju pun dari Pasar Kemboja.
Jeans tak ingat mana beli.
Beg tu hadiah daripada ummi :)



[[ Day 2 ]]
#ohohteedee White Purple day haha bantaii
Cotton square scarf, baju dan skirt beli di Pasar Kemboja. Beg ummi punya. pinjam.
Ok tu bukan shawl tau tapi square scarf kekeke kiranya square scarf tu ala ala 2in1 la sebab boleh pakai cara shawl dan cara bawal. nampak tak betapa kreatif ye i hihi.
Okay day 2 ni kitorang dah mula jenjalan di Johor.



Tempat pertama kami pergi ialah di Masjid Sultan Abu Bakar, Skudai, Johor. Reka bentuk masjid ni memang cantik. Rekaan dia tak macam masjid tapi lebih kepada macam istana lama. Haa reka bentuk masjid ni tak macam masjid sangat sebab masjid ni dah dibina laaaaamaaaaaa zaman dahulu masa Sultan Abu Bakar memerintah negeri Johor na kan dah masuk sejarah. Masjid ni besar dan kalau masuk dalam masjid ni memang kena tinggal kan jejak. takut kang sesat dlm masjid haa betapa lah ko dalam masjid kekeke.

Lagi satu, masjid ni sejuk sangat. ehem. takde aircond okay. Fan only. Sempat lah jugak solat dhuha kat dalam masjid ni. waaaa memang cool sangat. tersangat. tak tipu. betul. Kalau dah masjid tu sejuk, mesti lah keghairahan untuk tidur tu ada tapi bila kat dalam masjid ni tak boleh tidur sama sekali. tapi tapi dorang dah sedia kan tempat untuk kita tidur :) so bagi musafir tu, mudah lah bagi mereka.

Banyak lagi info tentang masjid ni tapi yelaa kan dah 3minggu berlalu, otak ni pun tak berapa nak betul sangat sejak akhir akhir ni. Gambar pun lupa nak ambik hahaha teruk betul photographer ye pun.



Haaa gambar tadi tu bahagian depan masjid ni kat bahagian belakang masjid pulak. Nampak tak apa yg aku cuba tunjuk tu? Tu lah Singapore uolls. Sebenarnya taktau pun tu apa then bila ayah datang ayah cakap "Ha tu lah Singapore. Tangkap gambar tangkap gambar. Tak dpt pergi Singapore, dpt tangkap gambar dari jauh pun jadi ah. Alaaaa dekat dekat ah tu... kiranya kita dah sampai Singapore lah lebih kurang. Happy happy" hahaha boleh laa boleh laa.




Model iklan gula gula tadi. Sekarang model ni cuba untuk promote Singapura yg terbentang luas nun. Serious talk la kan, adik aku ni memang kaku bila tangkap gambar dan dia suka rosakkan gambar. Bila dia nak interframe aku cakap "Ko kalau nak popular masuk blog ween muka ko jaga. Jngan nak rosakkan gambar."
haha rare sangat.



Ni bahagian belakang masjid. Best tau lepak kat belakang masjid ni. sumpah tak tipu. sebab kita dibentangkan dengan lautan yang luas. sangat menenangkan.



Singapura. Masa ni Running Man tak sampai Singapura lagi. Kalau lah Running Man dtg masa aku dtg Johor tuuu... dah lama aku pergi sana. cakap nak semangat jee haha. beria-ia minah ni. lempang laju laju kang.



Ayah dengan Ammar haha ayah yg beria-ia nak tangkap gambar Singapore tuu.



"Ummi pun nak ada gambar jugak" hahaha patik menunaikan hasrat permaisuri ini :) so this is my belove super duper mom, ummi.



Gambar ni agak gelap kerana cahaya tak menyebelahi diri aku. lighting tak mencukupi kekeke sedih.



Hahaha gambar ni agak funny. Gila tak kelakar, orang nak pergi ambik wuduk ayah panggil suruh tangkap gambar. Aku tanya "takkan nak tangkap gambar dengan sign tu kot?" ayah "apa salahnya. kitakan kat Johor so all of things that have in Johor mungkin dari Johor." and i was like "tak faham" ayah "tangkap jelaa" hahahaha yg model tu pun nak nyelit jugaa. bapa borek anak rintik sangaaaat hihihi.



Ni lagi satu hahaha aduhh... ayah ayah. Ayah "kat tangga pulak tangga. cepat cepat" Sejujurnya aku pun taktau apa masalah ayah waktu tuu haha. ikut jee cakap ayah. nak buat acane, dah aku PG so pasrah.



W/ lil bro, Ammar. Muka tak rela bergambar sebab....... ammar "cepat lah tangkap cepat lah nak kencing nii" hihi sorry maaar 'ter'bagitau pulak dan ween 'ter'letak gambak ni. sorry sorry ampun ampun.



Sedang merasa apa yg dirasa oleh tong sampah selama ini. berdiri tegak. tak bergerak sama sekali. duduk sesorang tanpa seorang teman. Perghh beratnya tanggungjawab tong sampah ni hahaha lol. Acah acah model tengah photoshoot untuk keluaran baju terbaru sebuah butik gamaknya. choii sangat. Tapi tak dinafikan bahawa gambar ni cantik. Ok. bukan niat nak masuk bakul angkat sendiri tapi benda ni emm kenyataan kbai.



Lepas solat dhuha terus tangkap gambar kat tingkap masjid ni. Wooo cantik gilooss uolls bila dibentang kan dengan pemandangan yg indah. Subhanallah. Ciptaan Allah tiada siapa boleh tandingi. Memang terasa macam duduk kat dalam istana dengan design tingkapnya macam tu.



Cerita apa yg puteri tu tinggal kat menara tinggi tu pastu rambut dia panjang. setiap kali bila prince dia datang, dia turunkan rambut dia untuk prince dia naik ke atas jumpa dia. Cerita apa eh? haa cemtu lah aku rasa bila kat tingkap masjid ni. Tapi i princess yg tutup aurat. Princess Malaysia gituu ko muntah pelangi sikit. Sedang menanti jodoh yg akan datang suatu hari nanti kekeke.



Ini yg aku tak faham ni. Aku kat Johor ke kat New York? tepuk tangan sikit.. ryne tengah buat lawak tuu. tepuk sikit tepuk. Cett. yelaa dlm banyak banyak hotel, new york jugak dia letak. lempang kang.



Lepas pergi Masjid Sultan Abu Bakar, kitorang pergi shopping pulak hihihi bila dah sampai tempat orang ni mesti lah kena beli souvenirs kan? so here we go to Metrojaya! Sempat lah jugak beli baju, tudung, kasut, cadar. Memang borong habis. Yang best ye adalah waktu tu memang tengah sale hahaha betul betul ikut timing kitorang membeli dan membelah.



Tuu ha bangunan bangunan di Singapura. Motif? Agak membatak jugak ah sebab tak pernah lagi pergi Singapura. Dpt tgok bangunan dia pun kira ok lah kan. 



Nii kapal kapal yg sedang berlabuh. Tengok macam kecik molek kecik kecik je tapi bila ko ada kat sana naaa kapal tu memang besar. Terlampau besar. Ohh ya sebenar benarnya kitorang nak pergi Danga Bay tapi mungkin bukan rezeki kami, Danga Bay ditutup buat sementera waktu kerana ada kerja penambah baikan. Pastu kalau nak tahuu, sekarang pantai kat Danga Bay dalam proses tambakan pasir. Haaa mungkin tahun depan Danga Bay dah cantik ah. Jalan dia pun tar baruuu. 

Yelakan, tahun 2014 kan tahun melawat Malaysia dan mengikut apa yg aku baca kat newspaper, kemungkinan besar Johor adalah negeri yg paling ramai pelancong akan melancong so dia pun buat lah sedikit penambahbaikan hahaha gituuu. Sekadar pengetahuan ye hadek hadek.



Motif gambar ini? Just nak tunjuk yg camera i ada fish eye lens. Oppp opp wait wait. I tak guna smartphone kay tapi i tangkap gambar guna Olympus Camera. Olympus Camera ni memang tiptop ah aku cakap. Walaupun ianya tak sehebat DSLR tuu tapi dia emm ahh susah ah nk ckp. Banyak sgt function dia. Memang berbaloi ah beli Olympus Camera ni sebab dia punya function tu lebih kurang macam DSLR :)



Ok Ok meh sini nak tunjuk homestay yg aku duduk selama 3hari keberadaan aku di Johor. 
Itu ruang tamu.



Ruang makan bersebelahan dengan ruang tamu. Homestay ni tak terlalu besar dan jugak  tak terlalu kecil. Maksimum orang adalah 8orang. 8orang ni pun memang dah cukup selesa apatah lagi kitorang yg cuma 5orang. Haaa memang tersangat selesa. Nama homestay yg aku duduk ni, Homestay Adek. Mempunyai 3bilik tidur, 1bilik mandi, 1bilik air, 1 ruang tamu, 1 ruang makan dan 1 dapur dan setiap bilik tidur mempunyai aircond haaaa ko nk apa lagi? Mesin basuh ada dan peti sejuk pun ada. COMPLETE! CUKUP SELESA.



Bilik Mandi



Bilik jamban hahaha popular ko jamban.



Bilik 1
Single bed
Aircond



Bilik 2
Queen bed
Aircond
Almari baju
Iron



Bilik 3
Queen bed
Aircond



Dapur



He keep acting like a Kwang Soo Running Man.
Hahaha tengok ah selimut dia tu kan corak zirafah.
So annoyed, yes he is.



W/ my love sister, kak sarah :)



Hahaha semua pakat lentok sementara tunggu azan isyak. Penat berjalan.



[[ DAY 3 ]]
#ohohteedee Black day
Baju beli di Pasara Kemboja.
Jeans tak ingat beli mana. Jeans lama.
Hari ke tiga adalah hari konvo abang. Actually, aku tak pegi pun konvo tu. Ummi dengan ayah jee pergi sebab hanya 2orang je yg boleh masuk dewan tu so oleh kerana tak sanggup nak berdiri tengah panas, i lebih rela duduk rumah nengok tv.



This. Untuk abang :) Sempat beli kat Fiesta Konvo. 



Majlis Konvokesyen Ke-51 
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.



Yeahh finally! Alhamdulillah, abang dah graduated.
Ummi w/ abang.



Ayah w/ abang.




Ummi ayah w/ abang



So here are the them.
Emm ini apa eh. Tak ingah ah kursus apa tapi yg pasti tu semua graduated dari Tentera Darat.






Abang, i would like to say congratulations on ur graduated. Im so proud with u bang. Keep it up on ur work. Walaupun abang dah taknak sambung belajar, abang nak kerja, ummi ayah bang ner kakak ween ammar sentiasa sokong kerjaya abang. Fighting!



Ummi :) Acah acah baru lepas ambik Phd dengan pangkat Doktor hahaha.



So this is the last picture. Abang abang abang :)

Oh alhamdulillah. Setelah berapa lama tersimpan dalam draft, akhirnya keluar juga kau dari kepompong haha sedeh. So this is my entry bout graduation of my bro.

Abang, for the third time i would like to wish u congratulations on ur graduation :) Lepas ni ween pulak kekekeke tak tak. Bang ner dulu baru ween hihi tak sabarnyaaaa. Whatever it is, im so proud with u. Walaupun abang selalu cakap kak ween, yg abang ni tak pandai lah, abang ni tak mampu nak buat ummi dengan ayah bangga, abang ni selalu buat masalah tapii ween tak kisah semua tu dan ween tak pernah anggap abang macam tu. Ween bersyukur sangat sebab dpt abang mcm abang :) 

Lot of love from ween ♡ 
Keep this love in ur heart abang..
Sayang abang sangat sangat!


Xoxo, Ryne