Friday 23 August 2013

Quick Tips: Ulser

Assalamualaikum



Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa tetiba aku buat entri tentang ulser ni kan. Orang masa hari raya buat lah cerita tentang hari raya ke, cerita ketupat rendang ke, cerita makan lemang kat openhouse rumah kawan kena cirit birit ke, ini tidak... tetiba buat entri pasal ulser. 

Hello hello uolls, disebabkan I pergi beraya lah I dapat ulser ni tauu. Makan actually not makan lah tapi lebih kepada melantak disebabkan juadah yg dihidangkan kat rumah orang sedap-sedap belaka so makan tak hengat dunia, tengah sedap makan dengan gelojoh hampir tak senonohnya, I tergigit lah pipi kanan bahagian dalam tuu so the end of the product dia, bila dah asyik tergigit jee terbentuk lah ulser disituu. Huhuhuhu ulser T.T besar pulak, sakit wuuuuu.

Seperti yang kita ketahui, ulser kalau nak hilang akan mengambil masa lebih kurang seminggu, jadi oleh kerana ulser dalam mulut aku ni terlampau besar sangat, dah dekat 2minggu tak hilang lagi. Bila dah terseksa macam ni, baru lah kurangkan makan, bila makan tu tak gelojoh sangat sebab nanti sakit, pastu mula lah sibuk mencari Mr. Google untuk search "Cara hilangkan ulser" so nah, aku bagi tips kepada uolss yg terseksa sama waktu dengan aku ni.


Beberapa Petua dan  Cara Untuk Hilangkan Ulser Mulut ini ialah:

1. Elakkan makan masakan pedas dan berempah.
2. Elakkan makan makanan yang masam.
3. Minum banyak air.
4. Selalulah berkumur dengan air suam yang sedikit masin.
5. Pastikan mulut sentiasa bersih.
6. Boleh guna ubat penahan sakit macam paracetamol. (penadol)
7. Makan ais-krim ( petua dari blog ini )
Semoga tips yang aku beri ni dapat meringankan beban pesakit ulser hihi :)

Xoxo, Ryne ♡ 

No comments:

Post a Comment