Friday 21 February 2014

Sincerelybyushawls (SBU) Boutique ♡

Assalamualaikum

*batuk*

Lol. Perlu ke tulis mende tu? PERLU. Well lately ni aku tak berapa sihat sangat batuk memanjang dari wedding kak shida ghitu. Lama. Hmm sangat. Tu lah, doktor suruh makan ubat batuk taknak. Bila dah kena baru ngegada tergedik gedik nak mengadu kat umi heh anak manja. 

Ehem.

Perenggan pendahuluan tu sebagai mukadimah ye murid murid. Sejak sekolah dah mula ni, sejak banyak homework ni, sejak karangan bahasa melayu SPM kena lebih 400patah perkataan, sejak itu lah aku blur bila nak buat pendahuluan. Aku ni kalau nak buat karangan, pendahuluan kena banyak idea so dari situ lah idea aku mula mencurah-curah untuk dikongsikan kepada pemeriksa lol hengko nak cerita mende pe sebenarnya ni?

Ok lah ok ni haaaa. Korang ada follow instagram aku tak? Tak? Kenapa? Meh sini follow [ promote muahahahahahaha ]


Bagi mereka yang tidak mempunyai instagram tidak mengapa. Saya maafkan. Toksah risau. Boleh je on lappy juga untuk tengok instagram saya ekekekekeke. Macam tak betul je minah ni.

Engkorang pun tahu kan kat instagram sekarang ni macam macam online shop ada. Bagai cendawan tumbuh selepas hujan online shop kat insta sekarang ni. Ko nak pe? Semua ada. Dari hujung rambut ko sampai hujung jari kaki ko yang runcing [ ada ke jari kaki yang runcing? ] Haaaa tapi benda yang aku nak cerita sekarang adalah sebuah butik. Ya saya, butik! 

Butik ni memang tengah panas ah bagi orang perempuan yang memang sentiasa follow. Gila ko. Sampai aku macam nak kena sawan je bila tengok barang barang butik dorang kat insta. Sampai satu masa aku taknak tengok gambar dorang, aku terus scroll ke bawah semata mata taknak kena sawan. Gila. Memang. Memang gila. Barang barang kat butik dorang semua cantik cantik belaka uolls *kipas kipas muka*. Yang aku tak faham sekarang, aku cerita panjang lebar tapi nama butik dorang langsung aku tak sebut. Macam takde function jee -.-"

Sincerelybyushawls Boutique. Naaaa nama dia pun macam lembut lembut lemah gemalai kan. Look. Nama butik tu bukan semata mata jual shawls tapi semua ada. SEMUA. Memang tak ah aku nak list kan kat sini. Ko faham tak sekarang SEMUA ADA. Ko faham kan? Bagus. Kalau centu meh aku tunjuk insta dorang. Tapi sebelum tu, bagi sesiapa yang lemah semangat atau hati tak kental jangan tengok eh. Kenapa? Sebab...............



Nah untuk engkorang yang tak follow dorang lagi. Gerenti korang pun akan sawan macam aku. GERENTI! 




Hambek ko. Kau nampak kemain ramai orang pergi. Crowded weh crowded! Nampak tak macam macam ada. Baju dorang bukan jenis biasa biasa tapi luar biasa ya i mean lawa gila! Yang tak tahan segala tudungssssss kat butik dorang. Memang angau aku setiap malam sampai bawa ke dalam mimpi. Terlalu cantik! Segala tudung kat butik dorang memang ikut trend. Nisa Kay blogger terkenal tu, blogger kepada blog sayasukamenaip tu pun pakai tudung dari butik dorang. 

Yang pasti sekarang ni aku tau korang pun dah tak senang duduk kan? Aku dah kata, memang kuat virus butik SBU ni. Bahaya. Terlalu bahaya!




Naaaaaa ni lagi satu. Kimono dorang. Ahh takyah cerita ah camne kan. Hengko pandang pun dah tau kan apa yg perlu di kata kan. Banyaknya kan. Kan? Cemni ah. Senang cerita ko pergi terjah insta dorang sekarang. Pergi lah nak, pergi.




Irine Secret. Kura kura dalam perahu, ayam dalam kandang, sudah tahu bertanya pula. LOLOLOLOL TERUKNYA PENGGUNAAN PANTUN KAU. CAMNE AH PMR KO TAHUN LEPAS BM BOLEH DAPAT A? Okay puan puan, abaikan. Gambar kat atas tu, semua dari Irine Nadia Marcello. Takkan lah tak kenal blogger terkenal kebaboooom debommm tu. Naa dia punya candysocks dan wudhusocks dia ada jual kat butik ni. Memang bagus.




Kan aku dah kata, dari hujung rambut sampai ke hujung jari kaki ko yang runcing tu ada. Kasut dia memang lawa lawa belaka. SANGAT! Malas ah nak cerita. Buat sakit hati je since aku pun tak pernah sampai sana lagi huwaaaaaaaaaaa! Sedih sangat T.T Pergi tu memang lah boleh tapi takde masa yang sesuai. Aku kan seorang pelajar yang cemerlang jadi masa lebih diluangkan kepada buku [ sangat ]. 




SEMUA OKAY SEMUA! Tu haaaa pretzels pun ada. ADA. SEMUA!




Najwa Latif yey! Najwa pun merupakan salah seorang pelanggan SBU Butik ni. Nampak tak. 




Paling benci. Sebab Beto Kusyairy yang handsome tu dengan bini dia pun dah pergi SBU Butik. Aku bila lagi? Btw Beto handsome sangat >.< hahahahaha nasib dah ber bini. Ehem.

Aku yang duduk Sg.Buloh ni, yang dekat dengan Shah Alam nun, yang hanya mengambil masa 30minit untuk pergi sana pun tak pernah sampai lagi. Sedangkan mereka yang duduk Kedah, Kelantan, Johor jauh jauh merata selain dari Selangor pun dah pergi hmmmmm takde rezeki lagi kot T.T [ pasrah habis.] 

Ohh ya, lupa nak bagitau. Kalau nak tau mana terletaknya butik dorang ni, korang boleh refer balik gambar screenshot picture yang pertama tadi. Tengok kat bio dorang tu. Ahh senang cerita korang terus terjah instagram dorang. Tengok lah segala benda kat sana. Kalau korang mimpi atau angau tetiba selepas tengok instgram dorang, korang jangan salahkan aku pulak. Mana tau kot kot ada yang salahkan aku sebab aku lah punca segala dompet dorang berhabuk hahahahahaha.


Xoxo, Ryne 

Tuesday 4 February 2014

Rindu Opah[s] :'(

Assalamualaikum

Hallloooo *lambai tangan* so how was your CNY eve? Semua baik saja kan kan iya kan kan (nabil's version tetiba)

Ehm. Ok.

Terasa sangat tahun ni punya CNY Eve meriah. I don't know why emm maybe it is because of kak shida's wedding sebab tu happy semacam cause semua balik kampung semua saudara mara sibuk dengan majlis semua saudara mara berkumpul so it was look like macam hari raya. Gicewww. Well hello, kampung saya dah lama tak buat kenduri kahwin tau tak. Since my momde [ well it should be mokde or mak uda tapi.... eh biar lah ] and kak ja [ cousin ] lah majlis kenduri kahwin buat kat kampung. Tu berapa tahun punya cerita tah kemahen lama. Eh. Ko bayangkan sekarang anak momde merangkap cousin aku tu sekarang dah umur 14tahun dan anak kak ja merangkap anak buah aku tu dah 13tahun haaaa tak ke lama dah tuuu. 

Sebab tu lah kot CNY Eve tahun ni rasa macam sambut hari raya. Mungkin family aku je kot yg ada perasaan ni. Kot lah kot. Entah entah korang pun rasa benda yg sama tapi memalu hanjeng nak bagitau elelelelele.

Ok back to the story. *betulkan spect*

I miss my opah[s] hmmmmm :'( 

Kenapa opah kat belakang tu ada 's'? Sebab kita ada dua opah so it should be opah[s] lah kan untuk menunjukkan ramai. Plural hokay plural. Hihihi. Betul lah kan? Cett.

Well, kedua dua opah aku dah kembali ke rahmatullah. Opah Gayah which is opah belah ummi meninggal dunia tahun 2007 (kalau tak silap) sebab sakit tua. Ingat lagi, malam opah gayah meninggal dunia tu merupakan malam kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Hari khamis malam jumaat :) Hujan renyai renyai je malam tu. Sejuk. Rahmat Allah :)) Masa tu umur aku baru 9tahun, kecik lagi. Asyik pandang je muka arwah opah gayah. Aku perasan ada duit syiling seposen atas mata opah.. pastu aku tanya ummi " Miii, kenapa ada duit seposen atas mata opah tuu? Kenapa letak macam tu kat mata opah? Sakit kan mii?" Ummi jawab "Waktu opah meninggal dunia mata opah terbuka. Kalau nak tutup kan mata dia kita letak duit syiling. Sebab tu ada seposen atas mata opah" Hihihi :') ingat lagi tau walaupun insiden tu dah lama berlalu.

Opah Saadiah which is opah belah ayah pulak meninggal tahun 2008 (kalau tak silap). Opah Saadiah meninggal dunia sebab sakit apa tah nama dia emmm darah putih lebih banyak dari darah merah haaa tapi taktau apa tah nama penyakit tu. Berbelit lidah nak menyebutnya. Sebelum opah meninggal memang kitorang saudara mara, sekeluarga dah dpt petanda cuma tunggu masa jee. Cousin aku, kak lia, mimpi gigi depan dia patah, orang kata kalau mimpi macam tu salah seorang ahli keluarga kita akan meninggal dunia tapi kitorang anggap macam takde pape berlaku lah. Petanda kedua, ateh ( pakcik ) dan abang taqim ( cousin ) pergi keluar sarapan kat kedai, tetiba cawan yg abang taqim pegang terjatuh. Ateh dah rasa lain macam dan ateh dah pun tahu mesti akan berlaku juga.

Nak di jadi kan cerita malam tuu, tepat pukul 12 malam, opah Saadiah meninggal dunia :'(( Hujan lebat malam tuu. Sekali lagi Allah turun kan rahmat. Allah memberitahu sekalian makhlukNYA bahawa seorang lagi hambaNYA telah kembali ke sisiNYA :') hmmmm ini lah pengalaman pertama mandikan jenazah. Ummi bagi peluang cucu cucu perempuan mandi kan opah. Pegang tangan opah.. sejuk sangat. Bila dah siap kapan semua, sebelum nak tutup muka, semua keluarga cium opah. Aku pun taktau kenapa berani sangat masa tu, aku cium opah. Kalau tak sebelum ni mana berani dekat dengan mayat. Takut. Masa kecik laaa masa kecik, sekarang tak dah. Dapat lah cium dahi dan kedua dua belah pipi opah :') sejuk. hmmmm

*betulkan tempat duduk*

Aku dah takde opah[s]. Belah mak mahupun belah ayah :'( Walaupun aku berkesempatan lihat, kenal, sentuh, pegang and whatsoever opah opah aku tapi aku masih tak puas sebab tak dpt lebih mengenali arwah arwah opah. Yelahh waktu tu kecik lagi. Apa lah nak ingat sangat. Tapi takpe. Sekurang kurangnya aku dapat kenal rupa paras arwah arwah opah, dapat tolong arwah arwah opah hmmmm.

Semoga Allah tempat kan roh roh opah opah nurin di tempat orang orang yang beriman. Amin :') 

Alfatihah.



p/s : Ingat lagi, arwah opah Saadiah tengah baca alquran.. sampai satu ayat tu arwah opah tak dapat baca sebab ehm maybe tak berapa nampak sangat kot (opah lupa bawak spect) so arwah minta aku tolong baca kan. Opah "Nurin, sini kejap. Tolong pah baca kan ni. Pah tak berapa nampak sangat. Lupa nak bawak cermin mata" Hihihi ingat lagi ingat :') 

p/s: Nanti dapat cucu nanti nak suruh cucu baca kan alquran. Eh. Hahaha. Besar pahala cu kalau cu tolong nenek baca kan alquran :') Terkenang sampai bila bila. InsyaAllah.

Xoxo, Ryne