Thursday 12 December 2013

Wish Me Luck!

Assalamualaikum

Ehh hai uolls semua hai hai. Lama tak jumpa kan? Yang si blogger ni pun satu tak sedar menyedar diri yg dia tu blogger choooorr. Kalau tak setakat 2 3 minggu tu boleh dipertimbang kan lagi la kot tapi ni dah hampir sebulan menghilangkan diri, blog pun tak berupdate apa jadah ye nok. Teruk perangai.

Well hello guys, selamat pagi, good morning, anyeong haseyo yo yo dan selamat bercuti sekolah hadek hadek hakak yg hakak sayang auwwwww minta tampar laju laju. perasan diri dah besar sangat ko. Ok. Ok. Bila sebut perkataan 'besar' ni, tak sangka tahun depan dah form 4. Bila dah form automatically umur pun dah meningkat ke 16tahun. Owww how time flying by T.T ikutkan hati ni nak je undurkan balik masa tapi yelah siapa kita yang nak sesuka hati nak mengundurkan masa kan. lagipun time is flying, never to return so nak taknak kena juga menghadapi masa hadapan walau seteruk mana masa hadapan kita tu. Manusia makin tua bukan makin muda. kalau makin muda, baik ko lahir lahir keluar dari rahim ibu kau tu terus tua pastu year by year you become young and terus jadi baby. Astaghfirullahalazim, dunia dah kiamat kot kalau macam tu.

Sebenarnya bukan nak cerita apa, ni lah masalah aku. kalau takde cerita, aku tidak lah update blog.Yelah ko bayangkan, takkan aku suka hati nak buat cerita sendiri sedangkan benda tu tak berlaku pun kat aku. yo yo o je cerita. SS [[ SYOK SENDIRI ]]. Aku beriya iya tulis panjang lebar, ko baca, ko percaya. Ok. ok. contoh; 

Tajuk entri "BERCUTI BERSAMA KELUARGA DI DISNEYLAND, HONG KONG"

Minggu lepas iolls pergi bla bla bla wahh happy gila uolls sebab first time jejak kaki kat hong kong. Iolls happy gila sampai sanggup tidur tepi jalan taknak balik hotel. Parents iolls pujuk iolls suruh balik jugak tapi yelah kan iolls taknak lah jadi anak derhaka so iolls pun follow lah. Baik tak iolls. 

*cari gambar kat google then save the picture pastu tempek kan dekat blog [[ lebih kepada mencuri gambar orang ]]*

haaa yang ni pulak kat dalam tandas disneyland. tandas dia lawaooo giloss meletopss kebaboom mati ko kat situ uolls. Iolls sampai tertidur dalam tandas tu sebab best. Parents iolls suruh iolls keluar dari tandas tapi iolls taknak. uolls tau, iolls sampai hentak hentak kaki sebab taknak balik so nak buat camne iolls dengan parents iolls pun tidur sekali dalam tandas. kami hidup bahagia hingga ke anak cucu.

Kejadah apa ye ko sampai tidur dan hidup bahagia hingga ke anak cucu dalam tandas? Kat rumah ko takde tandas ke acane?

Nampak tak apa yang aku cuba sampaikan kat sini? Sedangkan benda tu semua tak berlaku pun. Propa je lebih. Itu dah macam kau tipu diri kau. eeee dah lah tipu diri sendiri pastu tipu orang lain eee tak malunya eee. Jadi, daripada aku takde cerita nak dieceritakan atau nak di update kan di blog ni, lebih baik aku ambil pendekatan untuk mendiamkan diri. Hanya berhubung melalui facebook dan twitter itu sudah cukup memadai :)) 

Aku bukan apa lah kan, hengko tak perasan ke tajuk entri dengan isi kandungan entri ni sedang berlari berkejaran. i mean dah lari tajuk. Hiks. Panjang sangat mukadimah ye puuuun. Ampun.

Bukan nak cakap apa, cuma nak minta tolong jasa baik anda semua, tolong doa kan semoga Ryne kuat semangat untuk mengambil result pmr dan doakan semoga Ryne dapat keputusan cemerlang :)) Ryne target 9A hihihi sebab hati kuat yakin menyatakan yg Ryne pasti boleh dapat 9A tapi yelah taknak terlalu yakin nanti makan diri eee takut eee seram. taknak taknak. 

Result pmr keluar 19/ 12/ 2013. Minggu depan, hari khamis. 

Wish me luck ok. May Allah bless all of us. Amin.

Terima kasih, kamsa hamnida, nandre, xie xie, thank you and love you mmmmuahhh mmuaaahh :-*


Xoxo, Ryne 

Monday 18 November 2013

Happy Birthday, dear friend ♡ ♡ ♡ ♡

Assalamualaikum


Ok. Agak lambat juga sebenarnya tapi niat tu memang dah ada. Apa dia? Ok ok sebenarnya hari lahir kawan aku ni 2Nov haritu tapi oleh kerana busy, dengan broadband yg dah habis quota dan cantik pulak waktu tu dah cuti sekolah so memang tak boleh nak update kat blog bout her birthday dan tak boleh nak celebrate her birthday so oleh kerana niat tu dah ada dan dah disematkan kat dalam hati ni nak juga buat entri for her birthday. Oleh yang demikian, lambat cepat belakang cerita yg penting aku tetap nak buat entri tentang dia.


"Kenapa beria-ia benar ko nak buat entri pasal dia? Special apakah dia tu? Anak datuk ke? Siapa dia sampai kena buat entri pasal dia? Mengada ye laaaa."


Well hello uolls! She's the most adorable friend that i ever have. Ni yang nak nangis nii. ehem. Dia takde lah special sangat. Dia bukan lah anak datuk, anak tan sri, anak perdana menteri, cucu agong sama sekali tidak dan dia bukan lah sesiapa tapi dia tersangat ISTIMEWA bagi aku. ISTIMEWA macam mana? Susah sama sekali nak ungkapkan perasaan tu. Aku pasti setiap orang pasti mempunyai kawan, cuma yang bezanya rapat tak rapat jee. Perkataan kawan ni umum so kalau nak dirungkaikan kat sini mahu jammed blog aku tak berhenti tulis. Bagi mereka yg betul betul mempunyai kawan, bukan kawan biasa tapi kawan rapat. sangat rapat, mereka mungkin faham bagaimana perasaan ISTIMEWA tuu.

Dia. Her name is Farah 'Izzati Mohd Hariri Adipati. Dia lah adik yg selalu juga kena buli. Dia lah kakak tempat mengadu. Dia lah pendorong bila diri ini down. Dia lah penasihat yg selalu memberi nasihat. Dia lah cikgu yg tolong ajar kan Sejarah sebab aku sejarah memang emm takyah cerita lah tapi since berkawan dgn dia, dia banyak tolong. Dia lah mak yg selalu membebel bila ada je yg tak kena. Dia lah ayah yg cari rezeki siang malam tanpa henti. eh. takde takde. Dia lah radio yg sentiasa menyanyi kat dalam kelas. Dia lah peneman setiap pelosok mana aku pergi. Dia lah tempat aku menangis, luahkan perasaan hihi ingat lagi masa menangis dulu sebab.................... haha takyah cerita lah. Rahsiaaaaaa *suara berbisik*

Guys, kalau nak cerita segalanya kat sini apa keistimewaan dia dan siapa dia, memang takkan habis. Terlalu banyak. Kalau nak ikutkan hati memang nak cerita tapi aku rasa tak perlulah semua yang kitorang lalui perlu diceritakan. Emm dah lama sebenarnya benda ni tersimpan. Sejak birthday dia tahun lepas tapi tak bagi pun hahaha sebab ianya merupakan satu karangan bahasa inggeris bout her. Alahaii tau tau je lah bila dah dalam bahasa inggeris tu, bukannya betul sangat. Kang salah tulis lain pulak maksud dia haaa haru biru jadinya. 




Birthday girl at the right, Farah aka nenek [[ nama manja ]]
*siap print letak gambar ni kat kertas lagi plus minyak wangi plus bedak Enchaunter hihi*
[[ gambar awal tahun 2013 ]]


This poem [[ not a poem actually ]] is about, a little girl I know. Who's an angel in disguise ; skin as soft as snow [[ wooo snow kekeke ]]. Beautiful and pretty she is, but prettier is her heart. You're the kind of friend whose sunny smile and cheerful words can make any day seem brighter. No wonder that I've like you from the moment that we met. 

We shared smiles.

We wiped the tears and through the years.

Our friendship has grown along with us.

You're truly a wonderful part of my life.

"IF YOU'RE ALONE, I'LL BE YOUR SHADOW. IF YOU WANT TO CRY, I'LL BE YOUR SOULDER. IF YOU WANT A HUG, I'LL BE YOUR PILLOW. IF YOU NEED YOU NEED TO BE HAPPY, I'LL BE YOUR SMILE... BUT ANYTIME YOU NEED A FRIEND, I'LL JUST BE ME"

Thinking of you and the good times we spent.... make me smile! You're so very special and so is your birthday. Happy Birthday, friend! 



Look. This is the way how we expressing the love kekeke ^^
[[ gambar akhir tahun 2013 ]]



Birthday present pun tak bagi lagi. Dah beli dah. Tapi asyik lupa jee. Haritu jumpa waktu kitorang satu kelas buat BBQ tapi tak ingat langsung present tu. Sibuk sangat dengan B B Q Q dia haa terperuk lah hadiah tu dalam almari buat kimchii ohh kimchi melampau. InsyaAllah, ada rezeki kita jumpa, aku bagi hadiah eh nenek :) Sabaq naa sabaq. Aku sayang ko kerana sanggup menanti hadiah aku hahaha mmuaahh mmuaahhh *flying kiss*

Okbai. Tata titi tutu.

[[ adakah ending entri ni sangat bosan hihi ]] 


Xoxo, Ryne 

Sunday 17 November 2013

Congratulation Abang!

Assalamualaikum

First of all i nak minta maaf sebab lambat menunaikan janji. Lambat takpee yang penting janji tu dilaksanakan. kalau janji tapi tak buat haaa tu lagi teruk tau. so dalam kes ni i tak bersalah. kenapa tak bersalah tetiba? haa i pun taktau. 

Ok. Dah 3minggu tak update blog sebenarnya ni. Agak blur juga lah nak tulis intro macam mana, nak ceritakan macam mana haha kekdahnya macam dah lama sangat jee tak tulis menulis ni. yo yo oo je kak jemah ni. kenapa lambat update? kita jujur laa eh jujur terus hati ke hati gitewww.

Alasan pertama; broadband dah habis quota. broadband takde internet takde ah cerita dia kan. Understood? 

Alasan kedua; bila broadband dah boleh digunakan seminggu selepas itu, adik pulak pergi guna main games. bila dah main games memanjang 24jam, maka apabila aku nak guna, menatang tu jadi lembaaaaaaaaaaap. Terlalu bagus sangat cara dia menggunakan broadband tu. ikutkan hati yg suci lagi murni ni nak je i lempang dia laju laju biar kepala dia berpusing pusing macam helikopter pastu terbang melayang ke gunung everest dan dgn eloknya kepala tu landing cantik baik punya tercacak kat atas gunung everest tu dgn siap ada bendera Malaysia. kalauuuu boleh laa kan.... tapi i taknak kotor kan hati i yg telah suci lagi murni ni so pasrah.

Dan sekarang, dah top up balik broadband tu naa dah laju. 

Ok. Back to the story uolls *petik petik jari banyak kali* motip? taktahu.

Majlis Konvokesyen abang di adakan di Skudai, Johor. Uolls tau tak betapa gembira hati ni sebab ini lah kali pertama aku jejak kan kaki kat Johor so jangan tanya lah kenapa batak sangat kan bila sampai Johor ni. Tahukah anda Skudai terlalu dekat dengan Singapura? cett. kita baru tahu laa sebab tu membatak. Tau tak betapa bersyukur sangat bila konvo ni di adakan di Johor. alang alang dah sampai johor untuk konvo abang tu sambil tu jugak lah kita melancong. 

Taktau nak cerita kan macam mana sebenarnya ni. Actually taktau nak mulakan macam mana sebab terlalu banyak cerita nak di ceritakan. I jamu kan uolls dengan gambar-gambar yg telah di ambil sepanjang kami sekeluarga di Johor. sebab Yuna kata "Setiap gambar ada lagu" apa kena mengena? haaaa aku pun taktau. cuma nak cakap kat sini, setiap gambar yg ditunjukkan nanti takde lagu tapi ada tersimpan 1001 cerita gitewww ayat ko. 



Masa ni kitorang on the way ke Skudai, Johor. Bagi mana mana pihak peiklanan yg tengah cari model gula-gula boleh call saya atau email ok. Anda pasti tidak akan kecewa dengan model ini tapi satu je laa model ini tidak boleh makan gula-gula yg keras i mean selain daripada gula-gula chew. Dia boleh terima gula-gula chew je sebab gigi taring model ini tengah goyang. Tinggal masa nak cabut jee. Harap faham lah ye. Adios.

Ohh ya by the way this is my lil bro. Seorang yang emmm emmm kay takpe lupakan.


So this is my sister. She's down syndrome :) Syurga sentiasa menanti dia. Pernah dengar ustaz kata "Jikalau ada seorang ahli keluarga kamu yang istimewa seperti kanak-kanak down syndrome and etc, kamu hargailah dia kerana apabila dia meninggal dunia, dia akan sentiasa berdoa kepada Allah untuk bersama-sama keluarganya di dalam syurga maka Allah akan makbulkan doanya itu" Ya Allah :') hamba bersyukur kerana dikurniakan seorang kakak yang terlalu istimewa. Terima kasih ya Allah.

Kami berada di Skudai pada 26/10-28/10. Since aku takde sedara mara di Johor, ayah tempah homestay for 3days 2night. Homestay dia perghhh tiptop meletop! memang terbaik. walaupun homestay ye tak lah semewah hotel tapi cukup selesa lah dengan kami yg hanya berlima. 


[[ Day 1 ]]
#ohohteedee Orange day.
Wide shawl beli kat Pasar Kemboja. Bagi sesiapa yg ada baca entry sebelum ni mesti tau mana dpt shawl ni.
Baju pun dari Pasar Kemboja.
Jeans tak ingat mana beli.
Beg tu hadiah daripada ummi :)



[[ Day 2 ]]
#ohohteedee White Purple day haha bantaii
Cotton square scarf, baju dan skirt beli di Pasar Kemboja. Beg ummi punya. pinjam.
Ok tu bukan shawl tau tapi square scarf kekeke kiranya square scarf tu ala ala 2in1 la sebab boleh pakai cara shawl dan cara bawal. nampak tak betapa kreatif ye i hihi.
Okay day 2 ni kitorang dah mula jenjalan di Johor.



Tempat pertama kami pergi ialah di Masjid Sultan Abu Bakar, Skudai, Johor. Reka bentuk masjid ni memang cantik. Rekaan dia tak macam masjid tapi lebih kepada macam istana lama. Haa reka bentuk masjid ni tak macam masjid sangat sebab masjid ni dah dibina laaaaamaaaaaa zaman dahulu masa Sultan Abu Bakar memerintah negeri Johor na kan dah masuk sejarah. Masjid ni besar dan kalau masuk dalam masjid ni memang kena tinggal kan jejak. takut kang sesat dlm masjid haa betapa lah ko dalam masjid kekeke.

Lagi satu, masjid ni sejuk sangat. ehem. takde aircond okay. Fan only. Sempat lah jugak solat dhuha kat dalam masjid ni. waaaa memang cool sangat. tersangat. tak tipu. betul. Kalau dah masjid tu sejuk, mesti lah keghairahan untuk tidur tu ada tapi bila kat dalam masjid ni tak boleh tidur sama sekali. tapi tapi dorang dah sedia kan tempat untuk kita tidur :) so bagi musafir tu, mudah lah bagi mereka.

Banyak lagi info tentang masjid ni tapi yelaa kan dah 3minggu berlalu, otak ni pun tak berapa nak betul sangat sejak akhir akhir ni. Gambar pun lupa nak ambik hahaha teruk betul photographer ye pun.



Haaa gambar tadi tu bahagian depan masjid ni kat bahagian belakang masjid pulak. Nampak tak apa yg aku cuba tunjuk tu? Tu lah Singapore uolls. Sebenarnya taktau pun tu apa then bila ayah datang ayah cakap "Ha tu lah Singapore. Tangkap gambar tangkap gambar. Tak dpt pergi Singapore, dpt tangkap gambar dari jauh pun jadi ah. Alaaaa dekat dekat ah tu... kiranya kita dah sampai Singapore lah lebih kurang. Happy happy" hahaha boleh laa boleh laa.




Model iklan gula gula tadi. Sekarang model ni cuba untuk promote Singapura yg terbentang luas nun. Serious talk la kan, adik aku ni memang kaku bila tangkap gambar dan dia suka rosakkan gambar. Bila dia nak interframe aku cakap "Ko kalau nak popular masuk blog ween muka ko jaga. Jngan nak rosakkan gambar."
haha rare sangat.



Ni bahagian belakang masjid. Best tau lepak kat belakang masjid ni. sumpah tak tipu. sebab kita dibentangkan dengan lautan yang luas. sangat menenangkan.



Singapura. Masa ni Running Man tak sampai Singapura lagi. Kalau lah Running Man dtg masa aku dtg Johor tuuu... dah lama aku pergi sana. cakap nak semangat jee haha. beria-ia minah ni. lempang laju laju kang.



Ayah dengan Ammar haha ayah yg beria-ia nak tangkap gambar Singapore tuu.



"Ummi pun nak ada gambar jugak" hahaha patik menunaikan hasrat permaisuri ini :) so this is my belove super duper mom, ummi.



Gambar ni agak gelap kerana cahaya tak menyebelahi diri aku. lighting tak mencukupi kekeke sedih.



Hahaha gambar ni agak funny. Gila tak kelakar, orang nak pergi ambik wuduk ayah panggil suruh tangkap gambar. Aku tanya "takkan nak tangkap gambar dengan sign tu kot?" ayah "apa salahnya. kitakan kat Johor so all of things that have in Johor mungkin dari Johor." and i was like "tak faham" ayah "tangkap jelaa" hahahaha yg model tu pun nak nyelit jugaa. bapa borek anak rintik sangaaaat hihihi.



Ni lagi satu hahaha aduhh... ayah ayah. Ayah "kat tangga pulak tangga. cepat cepat" Sejujurnya aku pun taktau apa masalah ayah waktu tuu haha. ikut jee cakap ayah. nak buat acane, dah aku PG so pasrah.



W/ lil bro, Ammar. Muka tak rela bergambar sebab....... ammar "cepat lah tangkap cepat lah nak kencing nii" hihi sorry maaar 'ter'bagitau pulak dan ween 'ter'letak gambak ni. sorry sorry ampun ampun.



Sedang merasa apa yg dirasa oleh tong sampah selama ini. berdiri tegak. tak bergerak sama sekali. duduk sesorang tanpa seorang teman. Perghh beratnya tanggungjawab tong sampah ni hahaha lol. Acah acah model tengah photoshoot untuk keluaran baju terbaru sebuah butik gamaknya. choii sangat. Tapi tak dinafikan bahawa gambar ni cantik. Ok. bukan niat nak masuk bakul angkat sendiri tapi benda ni emm kenyataan kbai.



Lepas solat dhuha terus tangkap gambar kat tingkap masjid ni. Wooo cantik gilooss uolls bila dibentang kan dengan pemandangan yg indah. Subhanallah. Ciptaan Allah tiada siapa boleh tandingi. Memang terasa macam duduk kat dalam istana dengan design tingkapnya macam tu.



Cerita apa yg puteri tu tinggal kat menara tinggi tu pastu rambut dia panjang. setiap kali bila prince dia datang, dia turunkan rambut dia untuk prince dia naik ke atas jumpa dia. Cerita apa eh? haa cemtu lah aku rasa bila kat tingkap masjid ni. Tapi i princess yg tutup aurat. Princess Malaysia gituu ko muntah pelangi sikit. Sedang menanti jodoh yg akan datang suatu hari nanti kekeke.



Ini yg aku tak faham ni. Aku kat Johor ke kat New York? tepuk tangan sikit.. ryne tengah buat lawak tuu. tepuk sikit tepuk. Cett. yelaa dlm banyak banyak hotel, new york jugak dia letak. lempang kang.



Lepas pergi Masjid Sultan Abu Bakar, kitorang pergi shopping pulak hihihi bila dah sampai tempat orang ni mesti lah kena beli souvenirs kan? so here we go to Metrojaya! Sempat lah jugak beli baju, tudung, kasut, cadar. Memang borong habis. Yang best ye adalah waktu tu memang tengah sale hahaha betul betul ikut timing kitorang membeli dan membelah.



Tuu ha bangunan bangunan di Singapura. Motif? Agak membatak jugak ah sebab tak pernah lagi pergi Singapura. Dpt tgok bangunan dia pun kira ok lah kan. 



Nii kapal kapal yg sedang berlabuh. Tengok macam kecik molek kecik kecik je tapi bila ko ada kat sana naaa kapal tu memang besar. Terlampau besar. Ohh ya sebenar benarnya kitorang nak pergi Danga Bay tapi mungkin bukan rezeki kami, Danga Bay ditutup buat sementera waktu kerana ada kerja penambah baikan. Pastu kalau nak tahuu, sekarang pantai kat Danga Bay dalam proses tambakan pasir. Haaa mungkin tahun depan Danga Bay dah cantik ah. Jalan dia pun tar baruuu. 

Yelakan, tahun 2014 kan tahun melawat Malaysia dan mengikut apa yg aku baca kat newspaper, kemungkinan besar Johor adalah negeri yg paling ramai pelancong akan melancong so dia pun buat lah sedikit penambahbaikan hahaha gituuu. Sekadar pengetahuan ye hadek hadek.



Motif gambar ini? Just nak tunjuk yg camera i ada fish eye lens. Oppp opp wait wait. I tak guna smartphone kay tapi i tangkap gambar guna Olympus Camera. Olympus Camera ni memang tiptop ah aku cakap. Walaupun ianya tak sehebat DSLR tuu tapi dia emm ahh susah ah nk ckp. Banyak sgt function dia. Memang berbaloi ah beli Olympus Camera ni sebab dia punya function tu lebih kurang macam DSLR :)



Ok Ok meh sini nak tunjuk homestay yg aku duduk selama 3hari keberadaan aku di Johor. 
Itu ruang tamu.



Ruang makan bersebelahan dengan ruang tamu. Homestay ni tak terlalu besar dan jugak  tak terlalu kecil. Maksimum orang adalah 8orang. 8orang ni pun memang dah cukup selesa apatah lagi kitorang yg cuma 5orang. Haaa memang tersangat selesa. Nama homestay yg aku duduk ni, Homestay Adek. Mempunyai 3bilik tidur, 1bilik mandi, 1bilik air, 1 ruang tamu, 1 ruang makan dan 1 dapur dan setiap bilik tidur mempunyai aircond haaaa ko nk apa lagi? Mesin basuh ada dan peti sejuk pun ada. COMPLETE! CUKUP SELESA.



Bilik Mandi



Bilik jamban hahaha popular ko jamban.



Bilik 1
Single bed
Aircond



Bilik 2
Queen bed
Aircond
Almari baju
Iron



Bilik 3
Queen bed
Aircond



Dapur



He keep acting like a Kwang Soo Running Man.
Hahaha tengok ah selimut dia tu kan corak zirafah.
So annoyed, yes he is.



W/ my love sister, kak sarah :)



Hahaha semua pakat lentok sementara tunggu azan isyak. Penat berjalan.



[[ DAY 3 ]]
#ohohteedee Black day
Baju beli di Pasara Kemboja.
Jeans tak ingat beli mana. Jeans lama.
Hari ke tiga adalah hari konvo abang. Actually, aku tak pegi pun konvo tu. Ummi dengan ayah jee pergi sebab hanya 2orang je yg boleh masuk dewan tu so oleh kerana tak sanggup nak berdiri tengah panas, i lebih rela duduk rumah nengok tv.



This. Untuk abang :) Sempat beli kat Fiesta Konvo. 



Majlis Konvokesyen Ke-51 
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.



Yeahh finally! Alhamdulillah, abang dah graduated.
Ummi w/ abang.



Ayah w/ abang.




Ummi ayah w/ abang



So here are the them.
Emm ini apa eh. Tak ingah ah kursus apa tapi yg pasti tu semua graduated dari Tentera Darat.






Abang, i would like to say congratulations on ur graduated. Im so proud with u bang. Keep it up on ur work. Walaupun abang dah taknak sambung belajar, abang nak kerja, ummi ayah bang ner kakak ween ammar sentiasa sokong kerjaya abang. Fighting!



Ummi :) Acah acah baru lepas ambik Phd dengan pangkat Doktor hahaha.



So this is the last picture. Abang abang abang :)

Oh alhamdulillah. Setelah berapa lama tersimpan dalam draft, akhirnya keluar juga kau dari kepompong haha sedeh. So this is my entry bout graduation of my bro.

Abang, for the third time i would like to wish u congratulations on ur graduation :) Lepas ni ween pulak kekekeke tak tak. Bang ner dulu baru ween hihi tak sabarnyaaaa. Whatever it is, im so proud with u. Walaupun abang selalu cakap kak ween, yg abang ni tak pandai lah, abang ni tak mampu nak buat ummi dengan ayah bangga, abang ni selalu buat masalah tapii ween tak kisah semua tu dan ween tak pernah anggap abang macam tu. Ween bersyukur sangat sebab dpt abang mcm abang :) 

Lot of love from ween ♡ 
Keep this love in ur heart abang..
Sayang abang sangat sangat!


Xoxo, Ryne 

Thursday 24 October 2013

Blackhead Kuasai Muka Anda?

Assalamualaikum

Title entri tak boleh nak gempak lagi kan. Macam tengah buat iklan.

Emm pukul berapa eh sekarang? 

1:42 a.m so what? 

i tak boleh tidur lah uolls. Taktau kenapa dan mengapa mata ni taknak tutup. as a blogger, bila kita dah bosan taktau nak buat apa maka blog kita ni lah yang kita asyik ingat ingat ingat ye dak? toksah aih nak nipu. i know u very well lah. nampak man-glish dia kemain teruk lagi.

Okay back to the story.

Kita toksah lah dok dolak-dalik lagi heh. Straight to the point, okay.

Most girls memang mengalami masalah bintik hitam terutama sekali di bahagian hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Motif masuk kan peribahasa? cuma nak cakap hidung tu jee sebenarnya emm kay lupakan. 

CARA NAK HILANGKAN BLACKHEAD 

1. Banyakkan minum air mineral. Yes i admit bahawa air mineral tidak sedap. tawar. tak rasa pape. TAPI did u know drink plenty of water can make your skin hydrated? Kulit akan produce less oil tau. Bila less oily, jerawat dan blackhead pun akan berkurangan.

2. Elakkan makan makanan yang berminyak:; dan banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Ya tahu yang sayur ni part paling korang tak suka kan including me sebab ianya pahit. tapi guyss, selalunya benda pahit pahit ni lah yang menyihatkan tau tak. dan ya satu lagi fakta menyatakan bahawa buah-buahan boleh melembutkan dan melicinkan kulit. Makanan yang berminyak bukan sahaja boleh menggemukkan tetapi boleh membuatkan kulit anda menghasilkan banyak minyak.

3. Elakkan kerap menyentuh muka dengan tangan kotor. Pernah tengok iklan dettol. kan dia siap tunjuk lagi berapa banyak kuman kat tangan kita ni. Haaaa jgn tak tahu, iklan iklan cemtu lah yg membuatkan aku tertarik untuk membeli barang-barang dorang. Jahat tau dorang semua. Gila. Oh ya sebab kuman kat tangan boleh transfer ke muka dan boleh menyebabkan wujudnya jerawat, blackheads dan skin diseases. *ambik dettol letak kat tangan* kuman uolls kuman.

4. Guna pencuci muka yang sesuai. kalau boleh beli lah pencuci muka yang tertulis 'Removing Balckheads'

5. Elakkan guna oil based cosmetics. Uolls pun tau kan minyak berlebihan boleh menyebabkan blackheads. so use water-based instead.

6. Paling penting jangan picit 'haiwan kesayangan' ya i mean blackhead anda tu sesuka hati. It will make them worse. Unless, anda pro dalam picit memicit blackhead ni. eh.



Ini pulak cara yang kita main alam semulajadi. Mesra alam lah katakan. gitewwww. 

Putih Telur
1. Pisahkan kuning dan putih telur di tempat yang berlainan. Kemudian pukul / kacau putih telur menggunakan garpu sehingga nampak buih buih kecil. Aku cakap awal-awal tau, tang pukul memukul ni kena ambil masa yang lama jugak lah. Uih lek ah brader, kata nak muka cantik. kena lah korbankan tenaga dan masa. sambil memukul telur sambil kita bersenam. senaman tangan. gituuu.

2. Menggunakan jari yang bersih atau tisu, rendam ke dalam telur putih tadi dan perah tisu sebelum di sapukan keseluruh muka. Avoid eye area. 

3. Biarkan kering. Bila kering muka anda bagaikan memakai botox sebab keras. haha !

4. Basuh muka seperti biasa dan keringkan menggunakan kain bersih.

Toothbrush
1. Yang ni syok sikit. Guna tooth brush yang bersih, gosok di sekitar hidung anda menggunakan lotion cleanser yang sesuai. Jangan samapi tertukar tooth brush untuk blackhead dengan tooth brush untuk gigi. Euwwww minta di jauhkan. Hati-hati di jalan ray kay ;)

2. Pastu bilas dengan air seperti biasa. Cara ni boleh menghilangkan kotoran yang ada kat hidung tuu dengan lebih terperinci.



"Mana main benda-benda leceh cenggini. I nak yang mudah, cepat dan pantas. I banyak lagi kerja nak di buat tau dari menghadap blackhead i yg semakin berleluasa kat hidung ni. Oh please lah"


eh eh pak guard ooo pak guard. macam mana boleh terlepas kak jemah kat sini ni?  Kan dia dah terselit kat dalam blog i ni. Suka masuk tak bagi salam tau kak jemah ni. Benci i. 

Okay okay. Cara paling cepat, mudah dan pantas.


Ha aku kalau dah malas sangat nak bermesra alam dengan putih telur dan berus gigi tuu, aku akan guna GUARDIAN CHARCOAL PORE STRIPS. Sekarang ni dok famous dengan arang batu semua ni yang boleh menghilangkan blackhead.

Nampak tak, kemain semangat berkobar-kobar nak hilangkan blackhead kat hidung ni dengan membeli dua packet. Satu packet guna sebulan tak habis-habis lagi. Dalam tu ada 10 strips. Just pakai sekali seminggu. Terpulang lah kat diri masing-masing, agak-agak geram sangat dengan blackhead tu, hang pakai lah 10 strips sekaligus seminggu. Eh jangan jangan. boleh rosak kulit hidung tuu. jangan buat eh jangan.



Tuan yang memakai ye mesti lah nak interframe jugak. Okay so cenggini lah rupanya memakai GUARDIAN CHARCOAL PORE STRIPS. Ya Allah eyebag macam tak boleh membesar dengan baik lagi. Ni lah padahnya tidur lambat. Jangan contohi akak ye adik-adik. 


Bahagian belakang yang tertampal kat hidung warna hitam. dan bahagian depan tu warna putih. so charcoal dia tu sebenarnya kat belakang tertampal kat hidung tuu. Muka rela tak rela je nak tangkap gambar. Abaikan. Tengok strips tu jee.

Hasilnyaaaa...




Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Segala blackhead semua tertanggal. Bila pegang kat hidung ni, ya Allah licin sangat. Rasa macam nak gesel gesel hidung kat orang untuk meluahkan perasaan bahawa hidung aku ni bebas dari blackhead hahaha teruk betul perangai. 

Blackhead ye tak nampak sangat. Ya saya mengaku bahawa saya tak reti meng fokus kan gambar. so ni lah hasilnya tak nampak sangat. Tapi uolls nampak kan benda putih yg tercacak kat strips tuu. Kira nampak lah kan.

Okay lah kak jemah. Lepas ni boleh lah kak jemah pergi guardian borong GUARDIAN CHARCOAL PORE STRIPS ni yeee? Selamat memborng kak jemah. byebye! *cara mengundur diri daripada blog*

p/s: Ohh yaa konvokesyen abang. In sha Allah, entri akan datang. dan doakan kami sekeluarga supaya selamat sampai ke Johor dan selamat pulang ke Selangor. Kalau ada ole-ole dari Johor akan ku beri kan kepada anda semua. Hanya tunjuk gambar di blog ni je lah ye. Esok kami sekeluarga akan bertolak ke Johor :D Semoga semua berjalan lancar. Doakan kami sekeluarga. Semoga Allah memberkati :) Assalamualaikum!

Xoxo, Ryne