Thursday 24 October 2013

Blackhead Kuasai Muka Anda?

Assalamualaikum

Title entri tak boleh nak gempak lagi kan. Macam tengah buat iklan.

Emm pukul berapa eh sekarang? 

1:42 a.m so what? 

i tak boleh tidur lah uolls. Taktau kenapa dan mengapa mata ni taknak tutup. as a blogger, bila kita dah bosan taktau nak buat apa maka blog kita ni lah yang kita asyik ingat ingat ingat ye dak? toksah aih nak nipu. i know u very well lah. nampak man-glish dia kemain teruk lagi.

Okay back to the story.

Kita toksah lah dok dolak-dalik lagi heh. Straight to the point, okay.

Most girls memang mengalami masalah bintik hitam terutama sekali di bahagian hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Motif masuk kan peribahasa? cuma nak cakap hidung tu jee sebenarnya emm kay lupakan. 

CARA NAK HILANGKAN BLACKHEAD 

1. Banyakkan minum air mineral. Yes i admit bahawa air mineral tidak sedap. tawar. tak rasa pape. TAPI did u know drink plenty of water can make your skin hydrated? Kulit akan produce less oil tau. Bila less oily, jerawat dan blackhead pun akan berkurangan.

2. Elakkan makan makanan yang berminyak:; dan banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Ya tahu yang sayur ni part paling korang tak suka kan including me sebab ianya pahit. tapi guyss, selalunya benda pahit pahit ni lah yang menyihatkan tau tak. dan ya satu lagi fakta menyatakan bahawa buah-buahan boleh melembutkan dan melicinkan kulit. Makanan yang berminyak bukan sahaja boleh menggemukkan tetapi boleh membuatkan kulit anda menghasilkan banyak minyak.

3. Elakkan kerap menyentuh muka dengan tangan kotor. Pernah tengok iklan dettol. kan dia siap tunjuk lagi berapa banyak kuman kat tangan kita ni. Haaaa jgn tak tahu, iklan iklan cemtu lah yg membuatkan aku tertarik untuk membeli barang-barang dorang. Jahat tau dorang semua. Gila. Oh ya sebab kuman kat tangan boleh transfer ke muka dan boleh menyebabkan wujudnya jerawat, blackheads dan skin diseases. *ambik dettol letak kat tangan* kuman uolls kuman.

4. Guna pencuci muka yang sesuai. kalau boleh beli lah pencuci muka yang tertulis 'Removing Balckheads'

5. Elakkan guna oil based cosmetics. Uolls pun tau kan minyak berlebihan boleh menyebabkan blackheads. so use water-based instead.

6. Paling penting jangan picit 'haiwan kesayangan' ya i mean blackhead anda tu sesuka hati. It will make them worse. Unless, anda pro dalam picit memicit blackhead ni. eh.



Ini pulak cara yang kita main alam semulajadi. Mesra alam lah katakan. gitewwww. 

Putih Telur
1. Pisahkan kuning dan putih telur di tempat yang berlainan. Kemudian pukul / kacau putih telur menggunakan garpu sehingga nampak buih buih kecil. Aku cakap awal-awal tau, tang pukul memukul ni kena ambil masa yang lama jugak lah. Uih lek ah brader, kata nak muka cantik. kena lah korbankan tenaga dan masa. sambil memukul telur sambil kita bersenam. senaman tangan. gituuu.

2. Menggunakan jari yang bersih atau tisu, rendam ke dalam telur putih tadi dan perah tisu sebelum di sapukan keseluruh muka. Avoid eye area. 

3. Biarkan kering. Bila kering muka anda bagaikan memakai botox sebab keras. haha !

4. Basuh muka seperti biasa dan keringkan menggunakan kain bersih.

Toothbrush
1. Yang ni syok sikit. Guna tooth brush yang bersih, gosok di sekitar hidung anda menggunakan lotion cleanser yang sesuai. Jangan samapi tertukar tooth brush untuk blackhead dengan tooth brush untuk gigi. Euwwww minta di jauhkan. Hati-hati di jalan ray kay ;)

2. Pastu bilas dengan air seperti biasa. Cara ni boleh menghilangkan kotoran yang ada kat hidung tuu dengan lebih terperinci.



"Mana main benda-benda leceh cenggini. I nak yang mudah, cepat dan pantas. I banyak lagi kerja nak di buat tau dari menghadap blackhead i yg semakin berleluasa kat hidung ni. Oh please lah"


eh eh pak guard ooo pak guard. macam mana boleh terlepas kak jemah kat sini ni?  Kan dia dah terselit kat dalam blog i ni. Suka masuk tak bagi salam tau kak jemah ni. Benci i. 

Okay okay. Cara paling cepat, mudah dan pantas.


Ha aku kalau dah malas sangat nak bermesra alam dengan putih telur dan berus gigi tuu, aku akan guna GUARDIAN CHARCOAL PORE STRIPS. Sekarang ni dok famous dengan arang batu semua ni yang boleh menghilangkan blackhead.

Nampak tak, kemain semangat berkobar-kobar nak hilangkan blackhead kat hidung ni dengan membeli dua packet. Satu packet guna sebulan tak habis-habis lagi. Dalam tu ada 10 strips. Just pakai sekali seminggu. Terpulang lah kat diri masing-masing, agak-agak geram sangat dengan blackhead tu, hang pakai lah 10 strips sekaligus seminggu. Eh jangan jangan. boleh rosak kulit hidung tuu. jangan buat eh jangan.



Tuan yang memakai ye mesti lah nak interframe jugak. Okay so cenggini lah rupanya memakai GUARDIAN CHARCOAL PORE STRIPS. Ya Allah eyebag macam tak boleh membesar dengan baik lagi. Ni lah padahnya tidur lambat. Jangan contohi akak ye adik-adik. 


Bahagian belakang yang tertampal kat hidung warna hitam. dan bahagian depan tu warna putih. so charcoal dia tu sebenarnya kat belakang tertampal kat hidung tuu. Muka rela tak rela je nak tangkap gambar. Abaikan. Tengok strips tu jee.

Hasilnyaaaa...




Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Segala blackhead semua tertanggal. Bila pegang kat hidung ni, ya Allah licin sangat. Rasa macam nak gesel gesel hidung kat orang untuk meluahkan perasaan bahawa hidung aku ni bebas dari blackhead hahaha teruk betul perangai. 

Blackhead ye tak nampak sangat. Ya saya mengaku bahawa saya tak reti meng fokus kan gambar. so ni lah hasilnya tak nampak sangat. Tapi uolls nampak kan benda putih yg tercacak kat strips tuu. Kira nampak lah kan.

Okay lah kak jemah. Lepas ni boleh lah kak jemah pergi guardian borong GUARDIAN CHARCOAL PORE STRIPS ni yeee? Selamat memborng kak jemah. byebye! *cara mengundur diri daripada blog*

p/s: Ohh yaa konvokesyen abang. In sha Allah, entri akan datang. dan doakan kami sekeluarga supaya selamat sampai ke Johor dan selamat pulang ke Selangor. Kalau ada ole-ole dari Johor akan ku beri kan kepada anda semua. Hanya tunjuk gambar di blog ni je lah ye. Esok kami sekeluarga akan bertolak ke Johor :D Semoga semua berjalan lancar. Doakan kami sekeluarga. Semoga Allah memberkati :) Assalamualaikum!

Xoxo, Ryne 




Wednesday 23 October 2013

Wish List yang terlalu Wishful Thinking

Assalamualaikum

Kalau korang perasan at the right side of my blog ada wish list yang tertulis kat situu. Perasan tak. Tak? Cuba scroll ke bawah tengok belah kanan dan jangan kedip kan mata langsung jangan tau. Sat gi terlepas tak pasal-pasal kena scroll ke atas balik kan dah buang masa kat blog yang serabut ni. Ada kan. Wish List yang aku tulis kat situu :

WISHLIST ♥

  • New Bicycle
  • A Tab
  • My Own Car
  • To Have My Own Camera
   
     Haaaaaa demand tak wish list aku. Eh harus lah demand. dah nama pun wish list. Wish List merupakan sesuatu yg ada pada setiap manusia kat bumi Allah ni. Wish list ni merupakan sesuatu barang or something yang kita inginkan. Selalu nya benda yang kita wish ni benda yang kemungkinan besar kita takkan dapat dan kemungkinan besar juga kita akan dapat. Understood?

      Well, let me story. Meh sini meh *tepuk tepuk kerusi plastik bebanyak kat depan*

      WISHLIST IS LOVE

    1# New Bicycle (my own. no sharing kay)




Ya Allah nak nangis rasanya tengok basikal cemni. Korang tak rasa nak nangis ke? *hmmm aku je kot* Kalau nak dibandingkan warna coklat atas tu dengan warna pink bawah tuuu, aku lebih suka warna coklat atas tuu. Comeeeel plus cantiiikk gilaaa uolls ya allah i want this bicycle sooooo much. EXACTLY!


2# My Own Tab or Samsung Galaxy Note


Ambik saja buat gedabak bagi semua dapat baca features hot dia. Aku more to need dari want. Why? kerana ia ohsem dan memenuhi citarasa gadis semasa seperti i. kihkih betul. Walaupun aku baru tukar phone dari bukan smartphone ke smartphone hmm but i really want this badly. Tolonglah faham perasaan saya *over kauuu* Aku stick aku nak benda alah ni. Tapi macam mana nak nak tu. Ok in my dream! Tapi samsung notes ni hensem gilaa kan.


3# My Own Car 


Wah dah ada basikal nak kereta pulak. eh mestilah. Ko sanggup naik basikal pergi tempat jauh hehari? Sanggup ko sanggup? tak kan. Hmm Volkswagen Bettle omnomnomnom cantik yewwwww. omhemgeee kalau kereta cemni lalu kat highway sebelah kereta aku, aku akan jerit macam orang gila kat dalam kereta tuu sambil berkata "Ahhhhh volkswagen bettle! volkswagen bettle!" nampak sangat kemaruk dia kan. haaaa jangan memain. aku sekali dah jatuh cinta dengan sesuatu benda tu, akan ku genggam dan aku ku simpan dengan semat di dalam hati. Ko mampu? 

Tapi tu macam HAHAHA impossible. kalau mampu pun mungkin time tu aku dah ada 5 anak 2 cucu dan kereta ni akan menjadi kereta antik pada tahun 2049. Jadi aku pun dengan murah, kalau tak dapat Volkswagen Bettle ni pun T.T


Tak boleh Volkswagen Bettle, Myvi pun jadi lah. Sekurang-kurangnya ada jugak kereta aku nak bergerak ahahaha. Tapi i nak warna purple cemtu tauuu taknak warna lain. Aih masih demand. eh mesti lah kena demand kak semah.. untuk kepuasan hati kita jugak kak tipahh oii.


4# Nikon d3100 in Red Colour


*cair banjir satu lantai jap* Satu family tahu bahawa aku suka gila kamera ni. Yes memang aku dah ada kamera tapi bukan lah kamera secanggih kamera di atas ini. Just kamera biasa tuu jee yang lens dia tak boleh nak digerakkan by hand. Niat di hati nak simpan duit untuk beli kamera ni tapi dalam masa yang sama lebih-lebih lagi aku ni seorang perempuan, terpaksa lah berlawan nafsu dilema baju, tudung,kasut dan nak menabung benda itu benda ini. and u know what, aku taktau lah tapi aku dpt rasa yang aku tetap akan dapat kamera cenggini AHAHAHA taktau lah itu mungkin satu perasaan atau kenyataan.

Whatever it is, aku survey banyak kamera and aku jatuh cinta 110 percent kat yang ini :') I love u Nikon D3100. Wait for me, baby. mmuahh muahh. hahaha over tau!  Ok dah.

Ok SEMUA IN MY DREAM. aku boleh beli if kerja nanti lah, tapi time tu tak sama sangat dah. itsokay, aku happy berangan tentang semua ni. *pasrah habis*. Ha sebagai wanita kenapa wishlist aku bukan beg gucci, jimmy cho, vincci atau kasut 6inci yang memahal tuuu. takpun makeup or something yg boleh di kaitkan dengan wanita. kerana 4 benda di atas ini lebih bermakna dan berguna much more & aku suka gadget. Kan aku dah kata, interest aku pepelik. I laki sebenarnya, choi ! Astaghfirullah. Tak tak. Hormon lelaki je melebih sikit.

Tapi fitrah masih gadis. Alhamdulillah, itu pasti. 

Xoxo, Ryne 






Monday 21 October 2013

The Most Adorable Song!

Assalamualaikum

Almost 2weeks i didn't update my blog huh? What's wrong with me? Padahal punya setiap masa aku online tapi tak sentuh pun blog ni hmm i don't have any idea what i want to update about kay. Boleh terima tak alasan tuu? Alalalala boleh laaaaaaa. Aku takde cerita yg nak di ceritakan kat blog ni so i decided for do not update my blog sehingga abang sulung aku konvo. Sebab? Haaaaaa next entri nanti wa cerita bayeeeek punyeee cerita ye. Buat masa sekarang ni aku nak cerita benda lain.

Back to the title "THE MOST ADORABLE SONG" 

"Lagu comel? Lagu pun ada muka ke boleh tengok kecomelan dia? Macam mana nak tau lagu tu comel ke tak?" 

Deyy cha, don't be stupid lah. If u wanna be stupid u can be but not here. Get out from my blog. Thank youuuuu :-*

Aku taktau lah kenapa lately ni suka sangat layan lagu comel-comel ni hmm comel camne tuuuu kak Ryne? Okay since entri kali ni just quick update hehehe sorry tak cakap awal-awal hmm takde mood nak menekan keyboard lama-lama ni. Let me show u what the adorable song meant.

Ehem.


Take My Heart by Soko





Big Big World by Emilia





Perfect Two by Auburn





Price Tag by Jessie Jay ft B.o.B




Count On Me by Bruno Mars




A Thousand Years by Christina Perri




Okay that is what i meant by adorable or comel hmmm! yeahhh! Hmm i don't know why i must write this entry bout the adorable song. Why huh? Tetiba jee. Walaubagaimanapun, lagu-lagu tu semua comel disebabkan oleh animation yg berlaku di dalam lagu tersebut sebab itu lah aku kata lagu tu comel emm actually it is not about that song but it about the animation in that song yang membuat kan the songs adorable ahahahaha emm kay.

That's all for today.

Seriously, hari ni wayar short sikit. Makin banyak aku tulis makin merepek melalut merapu.

P/S: Insya Allah entri akan datang mungkin tentang konvokesyen abang :) so stay tuned ahahaha stay laa ko sampai minggu depan eh dan jgn berganjak dari tempat duduk. 




Xoxo, Ryne 


Thursday 10 October 2013

Shopping ♡

Assalamualaikum

Seperti yang dijanjikan naaaaa entri ni khas untuk girls okay. Guys, can u get out from here for a while? i nak culik gf u, bini u, fiance u, kawan u, sedara perempuan u dan yg seangkatan dengan girls semua lah boleh? 

Okay girls, if u ready come and get it nanananananana.

Okay melalut.

Back to the story.

Aku ada sebut kat entri sebelum ni yang aku nak cerita something special kaaaan so when the only girls yg ada kat sini automatik mesti ada kena mengena dengan shopping, make up, penjagaan diri, diet tu semua but today i just wanna share bout SHOPPING! Well heloo girls, shopping! Suka nau dak perempuan ni bila word shopping tu keluar. Gila tak suka. Perempuan mana yg tak suka shopping cer cakap dgn aku, biar aku ajar dia kehidupan dan keertian bershopping. 

Aku pergi shopping dengan ummi kat pasar kemboja. Well actually nak pergi sogo, ikut kan dalam perancangan ummi ajak pergi sogo but since dah ada title 'babysitter' kat diri kitorang ni so tak boleh lah bawa jauh-jauh. hehehe ummi pun terlupa yg dia kena jaga anak orang alahaii. So we decided to go to pasar kemboja. Emmmm dengar macam "pasar? eeeuuuu mesti ada ikan, daging busuk-busuk hanyir tu semua kan. mesti baju-baju kat pasar tu semua bau busuk kan. eeeeeeuuu tak kuasa i" apa kau ingat kalau pasar je jual ikan, daging busuk-busuk hanyir je ke hah. Pasar kemboja ni lain tau. Pasar ni hanya jual baju, tudung, seluar dan banyak lagi lah tapi barang-barang basah tu semua takde. Ia hanya jual pakaian. not bundle okehh not bundle. Aku pun tak main bundle-bundle ni. And for your information, pasar kemboja ni bukan sebarang pasar tau tapi pasar ni pasar yang sentiasa ikut trend. sentiasa up-to-date tau. Sumpah aku tak tipu. kalau korang pergi gerenti puas hati. mata tu sentiasa nampak cantik-cantik je semua baju-baju yg ada kat sana. betul. tak tipu.

Sebelum ni aku tak pernah lagi sampai ke pasar kemboja ni. Selama ni ummi je lah yg pernah jejak kan kaki kat pasar kemboja ni. Banyak kali juga ummi pergi. Ummi ajak kawan-kawan mengaji dia, kawan-kawan mesyuarat tingkap hahahaha biasa lah. macam tak faham-faham jee korang ni. Then, bila aku perasan ada benda baru kat dalam almari ummi, lagi-lagi kalau baju-baju yg ummi beli tu cantik, mesti aku tanya "mana ummi dapat baju ni?" hamboiii dapat. macam baju-baju tu semua jatuh dari langit je kan. Dan mula dari tu lah ummi cerita yg dia pergi pasar kemboja, banyak baju cantik, selendang, tudung, polazzo semua perghh sumpah wa jealous bila ummi cakap cemtu.  Hajat nak pergi pasar kemboja ni memang dah lama tersimpan tapi tak kesampaian but alhamdulillah, since pmr pun dah habis kan so why not kalau hari ni ponteng sekolah untuk bershopping! Excited nauu ko ni. 


Sebahagian barang yang di beli.

'Sebahagian'? Hahahahahaha yela yela. Sebenarnya satu pasar tu juga lah aku dengan ummi borong hihihi. Masuk kedai ni beli satu atau dua helai. Masuk lagi satu kedai, beli dua tegi helai baju hehehe borong kau borong. 

"Banyak nya duit Ryne"

Ehh takde lah banyak cuma kita ni bila niat kat hati tu nak shopping, kena lah bijak guna kan budi bicara tawar menawar kak semah oii. Baru lah orang jatuh chenta jatuh hati untuk turun kan harga tak gitu kak kiah? Kena pandai tawar menawar lah, kalau tak takde nya sampai satu pasar kemboja tu aku dengan ummi beli, keluar masuk kedai. Baru lah shopping tu terasa puas bila tawar menawar berlaku di antara pembeli dan penjual. gitewww.

Red polazzo

Aku dah jatuh cinta dengan polazzo ni uolls. Sebab? Gila tak fall in love. korang bayangkan bila aku pakai seluar ni, aku rasa macam aku tak pakai seluar hahaha ringan gila kaki ni bila berjalan. i'm serious. tak tipu. betul. tak tipu. cuba lah beli satu, gerenti ko cari aku minta maaf kat aku sebab ragu-ragu dengan kenyataan aku ni. cehh. Ohh ya, pakai polazzo ni senang gilosss uolls berbanding pakai kain. Memang pakai kain pun senang tapi, kalau pakai kain nak naik tanggan or esculator mesti kena angkat kain tu kan tapi polazzo tak payah angkat seluar tu just biar kan jee. Percaya lah. berkesan.


Baju ni lah yang aku tercari-cari selama ni. perhh merantau ke seluruh negara untuk cari baju ni akhir jumpa juga di pasar kemboja. melampau ko seluruh negara. Okay. baju ni kain dia selesa sangat. Best! betul-betul best. lembut, sejuk. memang terbaik ah.


Ni lagi satu. Lawo kan? Gempak kan? Kan aku dah kata.. pasar tu bukan semata-mata jual ikan daging lembu unta kambing tapi pasar ni satu-satunya pasar yg jual baju-baju up-to-date tau. Ko ingat aku memain ke hah. Sorry eh kalau bab shopping ni aku memang serious #t a k e n o t e :p


Tudung ni susah sangat nak cari. Satu satu kedai aku pergi, tak jumpa-jumpa juga. Aku taktau lah pasal apa susah sangat nak jumpa, sambutan beli tudung ni banyak sangat ke hah sampai susah nak jumpa but finally, ada juga tudung ni kat pasar kemboja. Hah, nampak tak betapa lengkapnya pasar kemboja ni. Semua ada. Ko cakap je apa ko nak. Yg pasti ko takkan pulang dengan tangan yang kosong. Trust me, girls. 

Wide Shawl

Cantik kan? Dua ton dalam satu shawl. Cantik sangat. I don't know why sejak dua menjak ni aku suka sangat benda warna oren. Oren ni macam emmmm macam mengancam tau. Mengancam? Emmm taktau ah nak cakap macam mana tapi warna oren ni dia macam ada daya tarikan tau err bagi aku lah.

Wide Shawl 

Sejujurnya wide shawl dah ada banyak kat dalam almari aku tu hehehehe tapi i takde shawl corak butterfly tau. Nampak comel jee shawl ni dari jauh sebab ada butterfly hahahaha alasan tak boleh terima langsung.


Cantik-cantik belaka kan baju, shawl, seluar tu semua. Oh lupa pulak nak bagitau, bagi sesiapa yg duduk area Sg, Buloh boleh lah pergi Pasar Kemboja ni. Pasar Kemboja ni terletak kat Kampung Merbau Sempak. Pasar ni kat dalam tau so bila dah masuk Kampung Merbau Sempak tu, kena masuk lebih dalam lagi baru jumpa pasar dia. 

Korang akan puas hati bila datang Pasar Kemboja ni dan takkan pulang dengan tangan kosong. Pastikan fizikal dan mental pun siap sedia sebab pasar ni panjang tau, dengan cuaca dia yg panas. Hah lagi satu, pasar kemboja hanya ada pada hari Isnin dan hari Jumaat. Mula di buka pada pukul 8.00pagi sampai pukul 12.00tengah hari. Kena cepat tau sebab ramai sangat orang. Kalau tak melepas lah.

Okay lah, sampai sini saja berita shopping dari Cik Ryne Anas. Semoga anda terhibur dengan berita yang disampaikan oleh saya. Terima kasih ;)


Xoxo, Ryne 






Wednesday 9 October 2013

Just wanna say THANK YOU

Assalamualaikum

Entri ni khas untuk para pembeli Telekung Lycra :)

Terima kasih atas sambutan yang menggalakkan dengan membeli telekung lycra hihihi rasa macam bussinesswoman yang handal gitu sebab dapat jual telekung lycra, actually takde lah jual tapi lebih kepada mempromosi. Bagi sesiapa yg follow blog Ryne, mesti korang ada baca entri tentang telekung lycra ni so terima kasih kerana penat lelah membaca, membazirkan waktu untuk membaca entri tu, penat menghantar email kepada Ryne, terima kasih sangat. 

Kakak sedara Ryne pun tak sangka dapat sambutan sebab ingat kan taknak jual terlalu meluas, hanya keluarga, kawan-kawan terdekat jee tapi bila Ryne mula mempromosikan telekung tu terus dapat sambutan. Dan bila dah tolong tu adalah komisen dia kan.. hehehe tapi Ryne tak ambik pun sebab Ryne promosi kan tu dengan ikhlas. eh betul lah ikhlas. tak tipu.

Entri ni merupakan entri sekilas. So atas sambutan hangat korang membeli telekung lycra tuu.. biar Ryne hadiahkan uolls semua dengan senyuman ikhlas dari author blog ni hahahahaha



Ikhlas dari hati yang suci murni ini ;)
hihihi


Xoxo, Ryne 

When A Young Girl become A Babysitter

Assalamualaikum

Jap jap, sebelum masuk kepada tajuk sebenar let me tell you something. Nak caps lock ke taknak? Caps lock lah ehh senang sikit nampak apa yang aku nak tulis.

Okay... one two three..

 "WEH FREEDOM WEH FREEDOM!!!! PMR DAH HABIS WEH HABIS DAH WEH! WOHOOOO BESTNYEWW~ "

Okay dah habis dah. Terima kasih kerana sudi beri peluang untuk melepaskan tekanan dan luahan isi hati hikhikhik ;)



A young girl is refer to me, yes me.

A babysitter is refer to me, yes me too.

Ni nak cerita lah acane boleh terjebak dalam group 'Babysitter yang Comel' *muntah pelangi, winkwink*

Jiran sebelah rumah ni, ada seorang bibik. emmm i think almost 5years bibik tu dah berkhidmat dengan keluarga cik su (owner rumah jiran sebelah) dan masa hari raya haritu, cik su bagi lah bibik balik kampung dia kat indon nun sambut hari raya dengan family dia. Since bibik pun ada anak, ada suami so cik su pun bagi dia balik. Memang setiap tahun bulan raya jee cik su bagi dia balik indon tapi tahun ni, habis je hari raya, bibik tak balik-balik. Cik su call, sms dia tak reply, tak angkat. So nak jadikan cerita, cik su pun minta tolong kat ummi minta jaga Damia dengan Qisha. Since cik su dan suaminya bekerja, hence ummi pulak jadi suri rumah sepenuh masa so why not ummi jaga diorang kan. Ummi pun takde buat apa kat rumah, anak-anak semua dah besar, pandai urus diri sendiri (eh yeke?)

Jadi wujud lah babysitter kat dalam rumah ni. Mula-mula tu memang susah ah terima yelah sebab takut ummi penat jaga diorang, kecik-kecik lagi. Sorang 4tahun dan sorang lagi 2tahun. Tapi bila dah jaga diorang..... eleh, tak susah pun sebenarnya. senang sangat jaga diorang, tak menyusahkan langsung. 

Mandi kan diorang, tidur kan diorang, buat kan susu, pakai kan baju, pakai pampers, layan diorang main, memang best gilaaa jaga budak kecik ni hihihi. Ada satu masa tu ummi takde kat rumah, so aku lah yg buat semua benda tu and ayah said 

"Ayah tengok ween ni dah macam mak-mak dah buat semua kerja tuu. Ayah rasa macam ayah dah ada cucu dah hahahaha"

Suka nau ayah iolls. Tarikan babysitter cemtu ahh. Tak dinafikan bila aku buat semua kerja tu kadang-kadang rasa macam dah jadi mak budak dah. Mak budak ada anak dua orang hahahahaha. 

Ehem kay melalut.

Perangai gila-gila diorang tu yg best. Kadang-kadang rahang pipi ni rasa macam nak tertanggal je tengok diorang. Asyik gelak jeee. Lahai, budak-budak kan.. ada-ada je benda yg diorang nak buat :)



Annoying Damia. Yes, she is.
Ada je benda yg nak di buatnya.


Hijau kakak. Pink adik :)


Tengok tu tengok. Cemni ah bila nampak ummi balik semua melulu nak kat ummi.


Qisha Amani ;)
Banyak kerenah dia. Nasib baik comel.


Qisha nak buat gwiyomi ahahaha


Kakak tak lepas-lepas dengan botol dia tu.


Muka stress kena kejar dgn babysitterrazzi. gitewww


Qisha w/ Ammar (lil bro)


Gambar ni lebih kepada muka ammar (menyibuk)





Miaa, kak ween nak lesung pipit tuuuu.
Bolehlaaaaaa





Ni lah tempat diorang landing.
Bila adik duduk atas peha aku, kakak pun nak duduk.
Berat wehh berat. Tengok je macam ringan boleh lambung2
tapii ya allah, toksah ahh.


Kakak si penyibuuukk :p


Dia akan jadi cemni bila dia nak iyaaaak bahasa kasar dia berak.




Itu lah kehidupan seorang babysitter. Sangat menyeronokkan. Cemni ah, agak-agak kalau bibik ko tu tak suka dengan anak ko, ko hantar anak ko kat rumah aku, gerenti puas hati. Makan minum semua disediakan haaaaaa hebat kan? Tak payah bayar, ikhlas dari hati aku jaga anak ko hahaha.



p/s: insyaAllah, entri seterusnya akan ku update tentang shopping. Girlsss, get ready okay! Love u :-*




Xoxo, Ryne