Friday 28 June 2013

Assalamualaikum, Ramadhan :)

Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.


Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?

Sabda Rasulullah saw :
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."




Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap  umat Islam.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"


Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri.

Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."



Insha Allah, umat Islam di muka bumi ini akan bermula puasa pada 10/7/2013 insha Allah. Mari lah kita bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi bulan yang penuh mulia ini :)

Love, Ryne



Thursday 27 June 2013

Tips muka licin dan bersih bebas dari jerawat

Sebenarnya takde niat pun nak tulis tips-tips ni semua tapi since kawan-kawan aku yang terchenta tanya macam mana muka aku boleh bebas daripada diserang jerawat yang ganas ( k over) so yaa terus terlintas di kepala ni nak tulis entri 'Tips muka licin dan bersih bebas dari jerawat' macam kak ton. Comel tak kak ton ~ ( kak ton mendenya nurin -.- )

Sejujur-jujurnya muka aku ni sensitif kalau salah pakai product muka akan gatal atau menggelupas. Jadi nak kata muka ni perfect sangat tu idok leee. Muka aku ni kalau nak kata tak berjerawat tu nampak sangat lah menipunya kan, remaja kalau takde jerawat tu bukan remaja namanya mesti ada jerawat kat muka tu even sebiji pun tapi jerawat aku ni malu-malu kucing, dia pemalu, dia suka muncul kat tempat yang tersorok seperti di kening dan ubun-ubun see, betapa malunya jerawat beta. Buat masa ni tak pernah lagi jerawat aku muncul kat tempat-tempat awam ( bahagian pipi, hidung dan dahi ) dia ni anti-social sikit ( emmm k merapu ) 



Ryne guna ni untuk mencuci muka. Lepas pakai pencuci muka Safi Balqis Perfect 10 ni muka ryne akan jadi lembut dan segar. Segala minyak yang lekat kat muka semua hilang tapi taktau lah kalau muka orang lain sebab lain muka lain kesan dia. Ryne guna pencuci muka ni bila mandi pagi, tengahari bila nak solat zohor dan malam bila mandi. 



Ini pula krim yang ryne gunakan. Dulu ryne guna safi balqis punya krim tapi tak boleh, muka ryne menggelupas bila guna krim tuu so ryne tengok iklan Fair&Lovely ni dan ummi ryne pun cadangkan cuba guna krim ni and yaa takde pape effect pun kat muka ryne yang best nya bila pakai krim ni, muka ryne langsung tak berbelak meaning tak berbelang, yelah kita kan pakai tudung bila buka tudung jee nampak perbezaan, muka yang terdedah gelap, muka yang tersorok putih so nampak tak sekata warna muka tu. Itu salah satu sebab lah kenapa ryne suka pakai krim ni :) Ryne pakai krim ni, waktu kita mandi pagi kan kita dah cuci muka dengan Safi Balqis Perfect 10 kan, pastu ryne terus pakai krim ni. Sebenarnya tertulis kat kotak krim tu yang kita kena pakai 2kali sehari pagi dan malam tapi ryne tak suka pakai krim waktu malam sebab entah, merimaskan.

Ohh yaa, one more thing is ryne ada lah baca satu fakta kat internet yang muka kita ni akan cepat berkedut jika kita tak pakai krim something or whatever krim lah sebab muka kita kan lebih tinggi terdedah dengan matahari yang sinaran UV UV tuuu kan so dia memberi kesan kepada muka sebab takde pelindung yang dapat melindung muka daripada sinaran UV tuu dan sebab itu lah muka cepat berkedut.


Comelkan bedak ni? Kecik-kecik jee. Bedak Silky Girl ni lah ryne guna lepas pakai krim Fair&Lovely tuu. Ryne lebih suka pakai warna hijau sebab bau wangi bedaknya tauuu. Cubalah beli pastu bau kalau taknak beli, nanti pergi pasar raya buka bedak ni senyap-senyap pastu letak kat tangan bau ( eh jangan buat ) wangi sangat. Sebelum ni ryne beli yang warna biru tuu tapi bau dia tak berapa nak menyelerakan bukan sebab busuk ke apa tapi bau gula-gula yang manis sangat. Kalau pakai bedak tu, ryne rasa macam ryne tempekkan gula-gula kat muka. Kalau yang warna pink tu ryne tak pernah cuba lagi sebab ryne dah jatuh cinta dengan yang warna hijau tuu ehehehe ^_^

Jadi ini lah rahsia yang tak berapa nak rahsia ryne gunakan. Nak kata ryne jaga muka tu sangat takdelah biasa je ryne rasa. Tapi ryne saran kan pencuci muka tuu PENTING ryne ulang PENTING sebab bila kita keluar pastu terdedah dengan segala kotoran dan berminyak. Kalau kita tak cuci muka tuu, maka jerawat tu semakin galak lah dia timbul kat muka kita bagai cendawan tumbuh selepas hujan ( ecehh, awak awak kita berperibahasa ahh ) jadi kalau nak cuci muka tu gosok sampai rasa dah penat baru berhenti ( k jangan buat, rosak muka tu nanti ) yang penting kalau rasa muka tu dah berminyak dan rasa tak selesa kat muka tu terus cuci jangan tangguhkan nanti tumbuh jerawat.

Satu lagi, kalau jerawat masih baru yang muncul kat muka tuu PLEASE PLEASE PLEASE JANGAN USIK, JANGAN SENTUH, JANGAN PICIT JANGAN SEGALA JANGAN LAH. Ini lah salah satu sebab kenapa jerawat banyak kat muka tuu. Mana tak nya, awak pergi usik jerawat tu maka jerawat tu pun ajak lah geng-geng dia serang muka awak so please again. Memang tangan tu gatal nak usik jerawat tu ryne tak nafikan tapi cuba elakkan dari buat segala jangan tu ehh.

Lapaaaaaaaaaaaaaaaaaar *pegang perut*  ryne nak makan :) kbai. 



Random

DON'T FIND A GOOD FRIEND , BE ONE !

DON'T BEG FOR A GOOD LISTENER , BE ONE !

DON'T WISH FOR A GOOD DAUGHTER / SON , BE ONE !

DON'T FIND A GOOD MUSLIM / MUSLIMAH , BE ONE !

DON'T HOPE A PERSON TO BE THE BEST FOR YOU , JUST , BE ONE !


As for all above ,InshaAllah Allah will give you the best . InshaAllah ,

  • You'll find a Loyal Friend , 
  • You'll have a Good listener by your side , 
  • You'll get amazing childrens , 
  • You'll marry a Good Muslim , 
    “Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”(An-Nur 26)
  • You'll be living by having at least one person that always gives you the best :)

Boys, why you like that

Assalamualaikum perempuan perempuan ayu & lelaki yang ingin menjadi gentle sekalian. Sedar tak sedar , laki ke perempuan ke dedua banyak songeh when it comes to partner/soulmate/pilihan suami or isteri. Padahal sendiri belum molek perangai.  Well , harini i just wanna give some my opinions about lelaki,no offense k , k kalau nak terasa fine go on. kengkadang itu motif .kahkah ok main main je *muka serius*

For me , ada attitudes lelaki yang aku sendiri tak faham and sometimes menjengkelkan.



1# Bila perempuan makeup sikit .
- Lah jangan lah racist sangat k,eh macam tak kena. Takisahlah.lelaki bila perempuan makeup sikit dah kepoh , walhal eyeliner and lipbalm je or maybe compact powder sikit. to keep the freshness of the face k. Kena faham , lagilagi bila nak jumpa orang dia suka ,lagi ah dia nak melawa ,kang kau tengok perempuan lain pulak. Anyway, walhal diorg punya puja celebrities,diorang pun mekap kot ? BUT , if yang over aku pun macam sakit mata, tapi guys, jangan be too gelabah bila perempuan trying to be lawa. kekemasan k kekemasan, haha. Eventhough mmg natural beauty is still the winner. but tambah sesikit benda kat muka tu tak jadikan wanita tu alien pun.

2# Bila perempuan pakai handbag.
- Ha ni baru bergossip kat twitter . hikhok. Ada some laki yang persoalkan perempuan bawak handbag , pastu kengkonon berlagak diorg senang je handphone wallet.letak kat pocket. Aha right,first of all baju kita style tak sama , you guys don't have what we girls have haha so kang letak everything dalam poket tak ke....*imagine* . Ha dah fokus sini balik. Lagipun biarlah ,perempuan ni toolbox korang kot, nak getah dari kitorang,nak pin cari kitorang. And infact papehal sang lelaki bawak barang bekas spec ke , anything ah , mintak letakkan dalam handbag orang jugak. Eleh , see kitorang menyenangkan * betulkan tudung*

3# Bila perempuan tak reti masak.
- K no doubt perempuan harus reti masak lelagi bila dah kahwin , kena feed suami baru suami sayang. ahakhakhak ok boyan diam.BUT , cheh mula nak but jugak. Jangan lah harsh sangat tak reti masak ''engkau jangan harap nak kahwin dengan I k eton. Takkan i nak makan kat Ali maju hari hari !" . E'ela sedangkan engkau yang belum reti jadi imam pun girlfriend cover line baik punya depan bakal bapak mertua lu bagi kau time belajar slow slow siap girlfriend pulak belanja belikan buku buku ajar jadi imam. ini pulak memasak. tak reti masak boleh belajar try and error masak dengan suami , ha lelaki?  takkan wife nak duk sebelah bagi tunjuk acane jadi imam? *angkat2 kening*

4# Bila lelaki nak yang solehah.
- Hm how to say ah, ok macam ni , lelaki tahu bila for calon isteri , they want the proper one. yang memang layak lah kan,yang pilihan ibu ibu la senang cakap. Nak yang suci murni sopan agama elok perangai sweet and so on boleh jaga korang .but , laki sendiri sesenang main perempuan sini sana treat memainkan anak dara orang macam main barbie doll versi realiti. Korang reti tanak lelaki treat your family member cemtu, tapi sendiri rosakkan anak dara orang. Macam mana tu weh. not fair lah dah perangai mcmtu nak isteri solehah pulak. How to pikul tanggungjawab? Ha kan dah. obviously , nak perempuan elok , jadikan diri itu elok juga ok? yang lepas biar lepas , jadilah gentle man soleh . Jadilah lelaki minoriti yang sukar dicari zaman sekarang,yakni lelaki baik seluruhnya & bertanggungjawab . Pasti anda mendapat jodoh yang baik , bonus bonus dapat luar dalam cantik menarik tertarik.easy peasy kacang peas peace peace yaww ah .

Just saying . Perempuan pun ada attitudes menjengkelkan jugak yang boys tak faham . Maybe worse. but , '' WHO RUN THIS BLOG? GIRL ! ( nyanyi ikut tone lagu who run the world-beyonce) . excuse me. *walk away*

Tuesday 25 June 2013

HENSEM BETUL ORANG YANG TAK MEROKOK ITU

Situasi biasa . Yeah i'm not a smoker and i'm sure ramai lagi adalah seperti aku. Tapi too bad sebab kita duduk dalam masyarakat yang smokers majority semua macam WEH ADA AKU KISAH KE PASAL ORANG LAIN . MAJORITY OKAY. those yang concern alhamdulillah , thankyou very much.Seriously sumpah aku berterima kasih dan mendoakan korang.

Well bagi aku smoker pun ada dua jenis. berhemah dan habis perangai macam haram selfish nak mampus. Ok sedia maklum , kita yang bau asap rokok ni lagi bahaya dari orang yang merokok tu sendiri. basically means that if orang merokok depan kau , sengaja or tak diorang memang ajak kau mati sekali tu .

Smoker yang berhemah adalah mereka yang memang smoker tegar namun mempunyai isi perut hati dan perasaan memikirkan tentang orang lain. Maksudnya diorang takkan merokok in public especially bila ada WANITA. to be exact lagi , ada kanak kanak and ibu mengandung. tapi generally , not in public la sebab tidak membahayakan orang lain.

Smoker yang langsung takde hadab , adalah yang dah lah merokok in public . lagi pulak kau tengah berjalan jalan dan hisap rokok dan hembus asap tu sepanjang lah kau jalan , tak perasan ke ada manusia lain? Bukan dia sorang je tengah jalan jalan kat tempat tu.lagi lagi pasar malam or , uptown ke mall ke anywhere lah yang memang orang ramai akan pergi.

Firstly , aku memang takkan setuju kalau orang cakap smokers ni jahat. No , they're not. Cuma yelah , orang jahat selalu nya merokok but not semua orang merokok is jahat. two different thing. Cuma nya , merokok tu dah satu hal ala ala bunuh diri dah tu. Dan ada fatwa mengatakan it's haram sebab ambik banyak ke sikit ke memang bahayakan kesihatan. but please , please concern about orang disekeliling.





Hi kehadapan smokers yang sebenarnya kacak sekalian,

I know betapa addict nya dikau untuk smoke , tapi sila be alert yang di dunia ini it's not about yourself. If merokok in public tu tak menyusahkan orang sikit pun. it's fine. Lantaklah dikau nak mati sorang sorang. But since it's killing everyone who breathes in your asap rokok . Sila tabahkan diri dan be gentle untuk tidak merokok sama sekali depan orang ramai. Because , do we have any perjanjian that we we want to die together? No . Kan? so yeah . Don't smoke infront of us. would cha? I want to live longer. Oh kalau degil kau nak merokok jugak depan orang ramai , kau telan asap tu please? Jangan hembus.

Sekian , wassalam.

and btw , lelaki gentle adalah yang walaupun awek dia kata . I takisah you nak smoke. but kalau lu gentle lu sayang awek lu , lu tak smoke depan dia. okay?

Untuk definisi lebih macho . Jadilah smoker yang gentle dengan tak merokok in public. Untuk result yang lebih lelaki sejati , cecuba cuba lah berhenti merokok.  Tidak merokok adalah hensem.

BYE NAK BUAT SEPANDUK "TIDAK MEROKOK ITU HENSEM DAN SEKSI."

#Letters



Things do get complicated

Life is not easy, not all the time

It's not every time and everything about being so lucky. 

It's not that God doesn't love us.

And,

Everyone needs to face test.  

Because we will never know how is it like to feel Beyond happy if we never know understand what is pain.
No. Life is Fair. People Not. Allah is fair, because HE loves us no matter what.

Not Everyone is going to love us. Understand us. Think Good about us. Be there for us all the time.

To be honest, we can't do that too. There's always a fight between nafs and Iman.

Do the best. Remember Allah. Please Lord , prevent us from any maksiat or evil on earth.

Eyes, Mouth, Ears , Nose, Hands, Legs, Mind, Heart.

Everything.

Things Just Happen.Yes some hurt . But that's the purpose. As that's how we learn to appreciate.

People , and what we have.

Don't over think and keep counting what we don't have and what people have.

Some people do have it because, that what's best for them. There's always the best for us.

What we have today.

As how we see we have weakness. So does anybody else.

As how we see people have specialness. So do us.

Destiny , Taqdir . Yes Allah has written it for us.

But, it's actually what path do we choose. How we handle things.

What decision we made.

People can talk. people can say.

But it's our Amanah to takecare of what Allah has given, we are just borrowing.

Our job to take care of ourselves. The best as we can to prevent Fitna, to people. to us.

Do the best, let Allah settle the rest.

Obviously, shaytan is everywhere. Nafs is always in our heart. Anyone's heart.

So we actually can't stop people from thinking/talking negatively.

But always, keep people's aib. Allah will keep our 'aib, in this world and InshaaAllah HereAfter.

BUT

As long as we breath, it's never too late to turn back, to HIM.

As long as the heart beats, there's always a chance.

It's okay. HE knows.

We cry, we get mad, we feel extremely insane. Mixed Feelings.

It's okay. We ARE human.

and guess what? TURN BACK TO HIM. Regardless time, place.

Be nice. Be good. Nothing to lose.

HE shall give the best. To you, me, us.

Hold On. Keep praying. When the time comes,

MIRACLE HAPPENS.
Love,  Ryne

"Then when you have taken a decision, put your trust in Allah."
[ Surah Al-'Imran ; 159 ]

 And one thing , I remind self everyday, If everything is easy, it's not LIFE :)
 

Rahsia mata perempuan :)

Rahsia mata perempuan? Hmmmmm Ryne terjumpa tajuk ni kat dalam majalah ummi Ryne. Actually majalah tu just for women that 40++ years old tapi kita yang muda sangat ni pun tergedik-gedik nak baca juga sebab yelah, daripada kita membuang masa baik kita baca buku daripada buang masa macam tu jee kan so yaa tajuk ni menarik perhatian Ryne untuk membacanya (ecehhh) 

Rupa-rupanya mata perempuan pun ada rahsia. Rahsia yang menunjukkan perangai diorang tu macam mana (mungkin) 

Saiz Mata Kecil

Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan. Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya.

Saiz Mata Sedang

Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra daripada semua orang.

Saiz Mata Lebar

Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah, bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa. Tapi boleh setia.

Mata Jarang Berkedip

Gadis ini cukup istimewa orangnya. Bijaksana, baik hati, setia, adil, bertanggungjawab, tidak cerewet, suka membantu dan mampu membahagiakan pasangannya.

Mata Selalu Berkedip

Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik.

Mata Cengkung

Kurang memuaskan, materialistik, hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.

Mata Redup

Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat.

Mata Seolah Tersembul Keluar

Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan, ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan cepat marah.


Jadi mata korang jenis mata yang macam mana? Ryne rasa mata Ryne yang jenis saiz mata yang sedang mungkin, entah lah tapi perangai yang dia tulis tu serupa macam perangai Ryne ehehehehe :p 


See into my eyes ~ 
Mata siapa? Mata Ryne :)

Adiossss!







Tutorial?

Hey love,
Ehemm, first of all Ryne nak cakap lah pasal cuaca sekarang ni. Seperti yang kita ketahui negara kita sedang dilanda jerebu yang teruk jadi Ryne nak update sikit mengikut apa yang Ryne baca dalam newspaper, bacaan IPU di Port Klang 319 dah tahap merbahaya dan IPU di Shah Alam 298 dikira tahap merbahaya juga so kepada rakyat jelata sekalian, kalau nak keluar rumah pakai mask dan selalu ikut perkembangan cuaca dari semasa ke semasa (dah macam pembaca cuaca ^_^)

Okay kita tutup cerita jerebu balik kepada tajuk kat atas tuuuu.... TUTORIAL? Huh? TUTORIAL? Hmmmmm semalam Ryne upload gambar ni kat dalam facebook 
..................




Yes, this picture. Then, ramai yang messages Ryne kat facebook dan ada juga yang mention Ryne kat twitter. Diorang tanya "Macam mane Ryne pakai pashmina ni? Boleh buat tutorial tak?" and I was like............... tutorial? Ehemm tak pernah-pernah Ryne buat tutorial tauu, terkejut juga sebenarnya sebab ramai yang tanya dan suruh buat tutorial. Ryne tak menjanjikan apa-apa dengan diorang sebab taknak diorang tertunggu-tunggu tutorial Ryne ni tapi Ryne just bagi link kat youtube macam mana pakai pashmina yang labuh and tutup 'that' part.

Ryne kalau nak pakai pashmina pun kadang-kadang refer to youtube juga sebab Ryne kalau nak pakai benda yang lilit-lilit like pashmina and shawl ni kadang-kadang tak gheti juga. Kat youtube Ryne akan cari yang simple, senang, cantik dan labuh untuk memakai pashmina or shawl. Semua ni Ryne cari kat youtube. So kepada sesiapa yang minta Ryne buatkan tutorial, Ryne minta maaf sangat sebab Ryne memang tak reti nak buat tutorial ni tapi jangan risau, Ryne akan letak link youtube yang Ryne refer untuk pakai pashmina or shawl.


Ini shawl/pashmina tutorial 1. Simple dan labuh :)


Ini shawl/pashmina tutorial 2. Simple dan labuh :)


Ini pashmina tutorial 1. Simple dan labuh :)


Ini shawl tutorial 2. Simple dan labuh.
Ryne lebih suka cara ni, macam yang kita tauu, shawl kita boleh pakai dengan cara loose kan? Tapi Ryne tak suka pakai shawl loose sebab nampak macam tergantung cemtu jee.


So yaa that's all for today. Entri kali ini pasal shawl/pashmina just for girl. Kalau yang lelaki jenguk blog Ryne secara sengaja atau tidak sengaja dan nak syorkan kepada adik, kakak, mak, makcik, nenek atau isteri untuk pakai cara-cara yang Ryne tunjuk tadi pun dipersilakan sebab semua cara tersebut hundred percent menutup aurat kita sebagai seorang muslimah :)

Ada juga yang tanya mana Ryne dapat baju tuu. Hadoiii, 'dapat'? Hahahahaha nak kata Ryne beli tu tak lah, sebenarnya best friend Ryne yang bagi baju tu sempena hari lahir Ryne 30May yang lepas. Kalau nak baju tu memang tak dapek le teman nak tolong, awok kena lah beli sendiri baju tuu. 

Okay lah. Berhenti di sini kita sambung hari lain. Ryne nak angkat kain, hari dah nak hujan ~ (dialog cerita Pendekar Bujang Lapok)

Adiosss amigossss!


Sunday 23 June 2013

Tahniah Kak Irine dan Abang Amirul!

Assalamualaikum and hai :) Harini kami cuti daripada belajar ehemm sebab jerebu kau jerebu. Jerebu sampai ke dalam rumah. Tahun ni jerebu teruk sangat bacaan IPU menunjukkan bahawa jerebu dah tahap kritikal so yaa Najib ishtiharkan suruh cuti so kita enjoy lah. 


Sebenarnya entri kali ini  Ryne nak cerita adalah satu blog ni Ryne selalu juga 'jenguk' dan 'intai'. Blog kak Irine Nadia Marcello :) so yaa first of all Ryne nak ucapkan tahniah kepada kak Irine dengan abang Amirul sebab dapat baby girl!!!! Kak Irine selamat lahirkan seorang bayi perempuan pada 6.6.2013/27 Rejab 1434. Nama baby nya Fiska Medina :) sedap namanya tapi sejujurnya sedikit pelik juga. Hehehehe tapi selalunya nama yang pelik-pelik lah orang selalu ingat kaaaan? 

Ini lah baby Fiska Medina anak kepada Kak Irine dan Abang Amirul :)



So kak Irine semoga dapat menjalani kehidupan berpantang dan sentiasa bahagia di samping keluarga tercinta.  Stay cute kak Irine walaupun dah jadi mak orang hehehehehe :D 

Nak tau lebih lanjut kisah kak Irine boleh lah jenguk blog kak Irine ni :) 

Wednesday 19 June 2013

I am a specky girl.......

Assalamualaikum awak awak yang cantik, handsome dan comel :) Terima kasih kerana sudi singgah ke blog tuan hamba yang tak berapa nak indah ini hahahahaha kay dah habis. Ehemm entri kali ni I would like to story about yaa macam tajuk di atas ini. Actually, ramai yang tak kenal Ryne bila Ryne tak pakai spectacles. Ryne pakai spect ni bila Ryne pergi sekolah tapi kalau Ryne keluar pergi mana-mana Ryne jarang pakai. Adalah satu hari ni Ryne pergi mall dengan abang Ryne time tu I don't wearing my spectacles then terserempak lah dengan kawan lama, Ryne tegur dia "Eh, ni Aishah Bt bla bla bla kan?" dan dia pandang Ryne dengan pandangan yang pelik (ayat tetiba skema) pastu dia tanya "Sorry, who are you?" speaking kauuu..... "Ini Ryne lah, tak ingat ke?" She "Ryne? Ryne mana ni?" pastu dia terus pergi cemtu jeee and I was like............... *sampainya hati dia tak kenal aku padahal kawan rapat dia ni* Malam tu Ryne tengok dia online kat facebook then Ryne tegur dia, Ryne cerita lah apa yang berlaku pastu boleh pulak dia kata "Lah, kau ke? Wehh, sumpah wehh aku tak kenal kau seriously muka kau lain gila tak pakai spect" See? Kawan sendiri pun tak kenal ini kan pula saudara mara yang jarang-jarang jumpa. 




No spectacles





Wear spectacles



Lain sangat sangat lain ke? Sometimes I feel so sad cause yaa orang yang rapat dengan kita pun tak kenal kita bila kita tak pakai spect. Hahahahaha kadang-kadang kelakar jugak.

That's all for today! Bye!




Tuesday 18 June 2013

Congratulations to my brother!

Petang yang indah bukan? Eheeem, assalamualaikum guyss :) Kaifa halukum? (Apa khabar) Kalau sihat angguk kalau tak sihat geleng dan pi tidur! Jangan paksa diri nak tengok blog Ryne ni, tak lari kemana pun blog ni. Okay, balik kepada tajuk hmmmmmm Ryne rasa perasaan kali ni gembira dan sedih..... Kenapa? The good news is my second brother got POINTER 3.41 in his exam last month. Pandai kan? Dia minat bussiness, no wonder lah kalau dia dapat pointer tinggi gunung ye tak and yaa the bad news is hmmmmmm he didn't get DEKAN sebab pointer dekan 3.50 ke atas so yaa dia sedih sebab dia target nak dapat kan dekan. Tapi nak buat macam mana bukan rezeki dia tapi pointer dia dah cukup membuatkan ummi dengan ayah bangga. So to my brother, Mior Ahmad Munir, don't be sad. Ummi, ayah, abang ki, kakak, ryne, ammar dah cukup bangga dengan apa yang abang ner capai sekarang ni dan in sya Allah abang ner mungkin boleh dapat sambung belajar di luar negara as you wish :') 





Let's meet my second brother, Mior Ahmad Munir, ni lah hero dalam entri kali ni hahahahaha

Monday 17 June 2013

Assalamualaikum, good news maybe :)

Guyssss, as the title ehem ehem the news is I ALREADY HAVE MY OWN BLOG and yaa that's all hahahahaha. Actually before this I already have my own blog account but yaa tak pernah buka pun sebab tengok blog ni macam tak best jee tapi sejak dua menjak tiga menjak ni Ryne suka 'intai' blog-blog yang famous like http://denakamarulbahrin.blogspot.com/ http://irinenadia.blogspot.com/  http://peliks.blogspot.com/ blog mereka semua AWESOME. Hmmmm I don't know why tetiba suka sangat layan blog-blog ni dan sekarang rasa menyesal pulak sebab tak 'jaga' elok-elok blog yang dulu tuuuuuu. Sedih medih pedih :( sooo guys this is the new me, life must go on tak payah tengok belakang and yaa enjoy my new Blog guyss!