Thursday 12 December 2013

Wish Me Luck!

Assalamualaikum

Ehh hai uolls semua hai hai. Lama tak jumpa kan? Yang si blogger ni pun satu tak sedar menyedar diri yg dia tu blogger choooorr. Kalau tak setakat 2 3 minggu tu boleh dipertimbang kan lagi la kot tapi ni dah hampir sebulan menghilangkan diri, blog pun tak berupdate apa jadah ye nok. Teruk perangai.

Well hello guys, selamat pagi, good morning, anyeong haseyo yo yo dan selamat bercuti sekolah hadek hadek hakak yg hakak sayang auwwwww minta tampar laju laju. perasan diri dah besar sangat ko. Ok. Ok. Bila sebut perkataan 'besar' ni, tak sangka tahun depan dah form 4. Bila dah form automatically umur pun dah meningkat ke 16tahun. Owww how time flying by T.T ikutkan hati ni nak je undurkan balik masa tapi yelah siapa kita yang nak sesuka hati nak mengundurkan masa kan. lagipun time is flying, never to return so nak taknak kena juga menghadapi masa hadapan walau seteruk mana masa hadapan kita tu. Manusia makin tua bukan makin muda. kalau makin muda, baik ko lahir lahir keluar dari rahim ibu kau tu terus tua pastu year by year you become young and terus jadi baby. Astaghfirullahalazim, dunia dah kiamat kot kalau macam tu.

Sebenarnya bukan nak cerita apa, ni lah masalah aku. kalau takde cerita, aku tidak lah update blog.Yelah ko bayangkan, takkan aku suka hati nak buat cerita sendiri sedangkan benda tu tak berlaku pun kat aku. yo yo o je cerita. SS [[ SYOK SENDIRI ]]. Aku beriya iya tulis panjang lebar, ko baca, ko percaya. Ok. ok. contoh; 

Tajuk entri "BERCUTI BERSAMA KELUARGA DI DISNEYLAND, HONG KONG"

Minggu lepas iolls pergi bla bla bla wahh happy gila uolls sebab first time jejak kaki kat hong kong. Iolls happy gila sampai sanggup tidur tepi jalan taknak balik hotel. Parents iolls pujuk iolls suruh balik jugak tapi yelah kan iolls taknak lah jadi anak derhaka so iolls pun follow lah. Baik tak iolls. 

*cari gambar kat google then save the picture pastu tempek kan dekat blog [[ lebih kepada mencuri gambar orang ]]*

haaa yang ni pulak kat dalam tandas disneyland. tandas dia lawaooo giloss meletopss kebaboom mati ko kat situ uolls. Iolls sampai tertidur dalam tandas tu sebab best. Parents iolls suruh iolls keluar dari tandas tapi iolls taknak. uolls tau, iolls sampai hentak hentak kaki sebab taknak balik so nak buat camne iolls dengan parents iolls pun tidur sekali dalam tandas. kami hidup bahagia hingga ke anak cucu.

Kejadah apa ye ko sampai tidur dan hidup bahagia hingga ke anak cucu dalam tandas? Kat rumah ko takde tandas ke acane?

Nampak tak apa yang aku cuba sampaikan kat sini? Sedangkan benda tu semua tak berlaku pun. Propa je lebih. Itu dah macam kau tipu diri kau. eeee dah lah tipu diri sendiri pastu tipu orang lain eee tak malunya eee. Jadi, daripada aku takde cerita nak dieceritakan atau nak di update kan di blog ni, lebih baik aku ambil pendekatan untuk mendiamkan diri. Hanya berhubung melalui facebook dan twitter itu sudah cukup memadai :)) 

Aku bukan apa lah kan, hengko tak perasan ke tajuk entri dengan isi kandungan entri ni sedang berlari berkejaran. i mean dah lari tajuk. Hiks. Panjang sangat mukadimah ye puuuun. Ampun.

Bukan nak cakap apa, cuma nak minta tolong jasa baik anda semua, tolong doa kan semoga Ryne kuat semangat untuk mengambil result pmr dan doakan semoga Ryne dapat keputusan cemerlang :)) Ryne target 9A hihihi sebab hati kuat yakin menyatakan yg Ryne pasti boleh dapat 9A tapi yelah taknak terlalu yakin nanti makan diri eee takut eee seram. taknak taknak. 

Result pmr keluar 19/ 12/ 2013. Minggu depan, hari khamis. 

Wish me luck ok. May Allah bless all of us. Amin.

Terima kasih, kamsa hamnida, nandre, xie xie, thank you and love you mmmmuahhh mmuaaahh :-*


Xoxo, Ryne 

No comments:

Post a Comment