Tuesday 4 February 2014

Rindu Opah[s] :'(

Assalamualaikum

Hallloooo *lambai tangan* so how was your CNY eve? Semua baik saja kan kan iya kan kan (nabil's version tetiba)

Ehm. Ok.

Terasa sangat tahun ni punya CNY Eve meriah. I don't know why emm maybe it is because of kak shida's wedding sebab tu happy semacam cause semua balik kampung semua saudara mara sibuk dengan majlis semua saudara mara berkumpul so it was look like macam hari raya. Gicewww. Well hello, kampung saya dah lama tak buat kenduri kahwin tau tak. Since my momde [ well it should be mokde or mak uda tapi.... eh biar lah ] and kak ja [ cousin ] lah majlis kenduri kahwin buat kat kampung. Tu berapa tahun punya cerita tah kemahen lama. Eh. Ko bayangkan sekarang anak momde merangkap cousin aku tu sekarang dah umur 14tahun dan anak kak ja merangkap anak buah aku tu dah 13tahun haaaa tak ke lama dah tuuu. 

Sebab tu lah kot CNY Eve tahun ni rasa macam sambut hari raya. Mungkin family aku je kot yg ada perasaan ni. Kot lah kot. Entah entah korang pun rasa benda yg sama tapi memalu hanjeng nak bagitau elelelelele.

Ok back to the story. *betulkan spect*

I miss my opah[s] hmmmmm :'( 

Kenapa opah kat belakang tu ada 's'? Sebab kita ada dua opah so it should be opah[s] lah kan untuk menunjukkan ramai. Plural hokay plural. Hihihi. Betul lah kan? Cett.

Well, kedua dua opah aku dah kembali ke rahmatullah. Opah Gayah which is opah belah ummi meninggal dunia tahun 2007 (kalau tak silap) sebab sakit tua. Ingat lagi, malam opah gayah meninggal dunia tu merupakan malam kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Hari khamis malam jumaat :) Hujan renyai renyai je malam tu. Sejuk. Rahmat Allah :)) Masa tu umur aku baru 9tahun, kecik lagi. Asyik pandang je muka arwah opah gayah. Aku perasan ada duit syiling seposen atas mata opah.. pastu aku tanya ummi " Miii, kenapa ada duit seposen atas mata opah tuu? Kenapa letak macam tu kat mata opah? Sakit kan mii?" Ummi jawab "Waktu opah meninggal dunia mata opah terbuka. Kalau nak tutup kan mata dia kita letak duit syiling. Sebab tu ada seposen atas mata opah" Hihihi :') ingat lagi tau walaupun insiden tu dah lama berlalu.

Opah Saadiah which is opah belah ayah pulak meninggal tahun 2008 (kalau tak silap). Opah Saadiah meninggal dunia sebab sakit apa tah nama dia emmm darah putih lebih banyak dari darah merah haaa tapi taktau apa tah nama penyakit tu. Berbelit lidah nak menyebutnya. Sebelum opah meninggal memang kitorang saudara mara, sekeluarga dah dpt petanda cuma tunggu masa jee. Cousin aku, kak lia, mimpi gigi depan dia patah, orang kata kalau mimpi macam tu salah seorang ahli keluarga kita akan meninggal dunia tapi kitorang anggap macam takde pape berlaku lah. Petanda kedua, ateh ( pakcik ) dan abang taqim ( cousin ) pergi keluar sarapan kat kedai, tetiba cawan yg abang taqim pegang terjatuh. Ateh dah rasa lain macam dan ateh dah pun tahu mesti akan berlaku juga.

Nak di jadi kan cerita malam tuu, tepat pukul 12 malam, opah Saadiah meninggal dunia :'(( Hujan lebat malam tuu. Sekali lagi Allah turun kan rahmat. Allah memberitahu sekalian makhlukNYA bahawa seorang lagi hambaNYA telah kembali ke sisiNYA :') hmmmm ini lah pengalaman pertama mandikan jenazah. Ummi bagi peluang cucu cucu perempuan mandi kan opah. Pegang tangan opah.. sejuk sangat. Bila dah siap kapan semua, sebelum nak tutup muka, semua keluarga cium opah. Aku pun taktau kenapa berani sangat masa tu, aku cium opah. Kalau tak sebelum ni mana berani dekat dengan mayat. Takut. Masa kecik laaa masa kecik, sekarang tak dah. Dapat lah cium dahi dan kedua dua belah pipi opah :') sejuk. hmmmm

*betulkan tempat duduk*

Aku dah takde opah[s]. Belah mak mahupun belah ayah :'( Walaupun aku berkesempatan lihat, kenal, sentuh, pegang and whatsoever opah opah aku tapi aku masih tak puas sebab tak dpt lebih mengenali arwah arwah opah. Yelahh waktu tu kecik lagi. Apa lah nak ingat sangat. Tapi takpe. Sekurang kurangnya aku dapat kenal rupa paras arwah arwah opah, dapat tolong arwah arwah opah hmmmm.

Semoga Allah tempat kan roh roh opah opah nurin di tempat orang orang yang beriman. Amin :') 

Alfatihah.



p/s : Ingat lagi, arwah opah Saadiah tengah baca alquran.. sampai satu ayat tu arwah opah tak dapat baca sebab ehm maybe tak berapa nampak sangat kot (opah lupa bawak spect) so arwah minta aku tolong baca kan. Opah "Nurin, sini kejap. Tolong pah baca kan ni. Pah tak berapa nampak sangat. Lupa nak bawak cermin mata" Hihihi ingat lagi ingat :') 

p/s: Nanti dapat cucu nanti nak suruh cucu baca kan alquran. Eh. Hahaha. Besar pahala cu kalau cu tolong nenek baca kan alquran :') Terkenang sampai bila bila. InsyaAllah.

Xoxo, Ryne 

No comments:

Post a Comment