Sunday 17 November 2013

Congratulation Abang!

Assalamualaikum

First of all i nak minta maaf sebab lambat menunaikan janji. Lambat takpee yang penting janji tu dilaksanakan. kalau janji tapi tak buat haaa tu lagi teruk tau. so dalam kes ni i tak bersalah. kenapa tak bersalah tetiba? haa i pun taktau. 

Ok. Dah 3minggu tak update blog sebenarnya ni. Agak blur juga lah nak tulis intro macam mana, nak ceritakan macam mana haha kekdahnya macam dah lama sangat jee tak tulis menulis ni. yo yo oo je kak jemah ni. kenapa lambat update? kita jujur laa eh jujur terus hati ke hati gitewww.

Alasan pertama; broadband dah habis quota. broadband takde internet takde ah cerita dia kan. Understood? 

Alasan kedua; bila broadband dah boleh digunakan seminggu selepas itu, adik pulak pergi guna main games. bila dah main games memanjang 24jam, maka apabila aku nak guna, menatang tu jadi lembaaaaaaaaaaap. Terlalu bagus sangat cara dia menggunakan broadband tu. ikutkan hati yg suci lagi murni ni nak je i lempang dia laju laju biar kepala dia berpusing pusing macam helikopter pastu terbang melayang ke gunung everest dan dgn eloknya kepala tu landing cantik baik punya tercacak kat atas gunung everest tu dgn siap ada bendera Malaysia. kalauuuu boleh laa kan.... tapi i taknak kotor kan hati i yg telah suci lagi murni ni so pasrah.

Dan sekarang, dah top up balik broadband tu naa dah laju. 

Ok. Back to the story uolls *petik petik jari banyak kali* motip? taktahu.

Majlis Konvokesyen abang di adakan di Skudai, Johor. Uolls tau tak betapa gembira hati ni sebab ini lah kali pertama aku jejak kan kaki kat Johor so jangan tanya lah kenapa batak sangat kan bila sampai Johor ni. Tahukah anda Skudai terlalu dekat dengan Singapura? cett. kita baru tahu laa sebab tu membatak. Tau tak betapa bersyukur sangat bila konvo ni di adakan di Johor. alang alang dah sampai johor untuk konvo abang tu sambil tu jugak lah kita melancong. 

Taktau nak cerita kan macam mana sebenarnya ni. Actually taktau nak mulakan macam mana sebab terlalu banyak cerita nak di ceritakan. I jamu kan uolls dengan gambar-gambar yg telah di ambil sepanjang kami sekeluarga di Johor. sebab Yuna kata "Setiap gambar ada lagu" apa kena mengena? haaaa aku pun taktau. cuma nak cakap kat sini, setiap gambar yg ditunjukkan nanti takde lagu tapi ada tersimpan 1001 cerita gitewww ayat ko. 



Masa ni kitorang on the way ke Skudai, Johor. Bagi mana mana pihak peiklanan yg tengah cari model gula-gula boleh call saya atau email ok. Anda pasti tidak akan kecewa dengan model ini tapi satu je laa model ini tidak boleh makan gula-gula yg keras i mean selain daripada gula-gula chew. Dia boleh terima gula-gula chew je sebab gigi taring model ini tengah goyang. Tinggal masa nak cabut jee. Harap faham lah ye. Adios.

Ohh ya by the way this is my lil bro. Seorang yang emmm emmm kay takpe lupakan.


So this is my sister. She's down syndrome :) Syurga sentiasa menanti dia. Pernah dengar ustaz kata "Jikalau ada seorang ahli keluarga kamu yang istimewa seperti kanak-kanak down syndrome and etc, kamu hargailah dia kerana apabila dia meninggal dunia, dia akan sentiasa berdoa kepada Allah untuk bersama-sama keluarganya di dalam syurga maka Allah akan makbulkan doanya itu" Ya Allah :') hamba bersyukur kerana dikurniakan seorang kakak yang terlalu istimewa. Terima kasih ya Allah.

Kami berada di Skudai pada 26/10-28/10. Since aku takde sedara mara di Johor, ayah tempah homestay for 3days 2night. Homestay dia perghhh tiptop meletop! memang terbaik. walaupun homestay ye tak lah semewah hotel tapi cukup selesa lah dengan kami yg hanya berlima. 


[[ Day 1 ]]
#ohohteedee Orange day.
Wide shawl beli kat Pasar Kemboja. Bagi sesiapa yg ada baca entry sebelum ni mesti tau mana dpt shawl ni.
Baju pun dari Pasar Kemboja.
Jeans tak ingat mana beli.
Beg tu hadiah daripada ummi :)



[[ Day 2 ]]
#ohohteedee White Purple day haha bantaii
Cotton square scarf, baju dan skirt beli di Pasar Kemboja. Beg ummi punya. pinjam.
Ok tu bukan shawl tau tapi square scarf kekeke kiranya square scarf tu ala ala 2in1 la sebab boleh pakai cara shawl dan cara bawal. nampak tak betapa kreatif ye i hihi.
Okay day 2 ni kitorang dah mula jenjalan di Johor.



Tempat pertama kami pergi ialah di Masjid Sultan Abu Bakar, Skudai, Johor. Reka bentuk masjid ni memang cantik. Rekaan dia tak macam masjid tapi lebih kepada macam istana lama. Haa reka bentuk masjid ni tak macam masjid sangat sebab masjid ni dah dibina laaaaamaaaaaa zaman dahulu masa Sultan Abu Bakar memerintah negeri Johor na kan dah masuk sejarah. Masjid ni besar dan kalau masuk dalam masjid ni memang kena tinggal kan jejak. takut kang sesat dlm masjid haa betapa lah ko dalam masjid kekeke.

Lagi satu, masjid ni sejuk sangat. ehem. takde aircond okay. Fan only. Sempat lah jugak solat dhuha kat dalam masjid ni. waaaa memang cool sangat. tersangat. tak tipu. betul. Kalau dah masjid tu sejuk, mesti lah keghairahan untuk tidur tu ada tapi bila kat dalam masjid ni tak boleh tidur sama sekali. tapi tapi dorang dah sedia kan tempat untuk kita tidur :) so bagi musafir tu, mudah lah bagi mereka.

Banyak lagi info tentang masjid ni tapi yelaa kan dah 3minggu berlalu, otak ni pun tak berapa nak betul sangat sejak akhir akhir ni. Gambar pun lupa nak ambik hahaha teruk betul photographer ye pun.



Haaa gambar tadi tu bahagian depan masjid ni kat bahagian belakang masjid pulak. Nampak tak apa yg aku cuba tunjuk tu? Tu lah Singapore uolls. Sebenarnya taktau pun tu apa then bila ayah datang ayah cakap "Ha tu lah Singapore. Tangkap gambar tangkap gambar. Tak dpt pergi Singapore, dpt tangkap gambar dari jauh pun jadi ah. Alaaaa dekat dekat ah tu... kiranya kita dah sampai Singapore lah lebih kurang. Happy happy" hahaha boleh laa boleh laa.




Model iklan gula gula tadi. Sekarang model ni cuba untuk promote Singapura yg terbentang luas nun. Serious talk la kan, adik aku ni memang kaku bila tangkap gambar dan dia suka rosakkan gambar. Bila dia nak interframe aku cakap "Ko kalau nak popular masuk blog ween muka ko jaga. Jngan nak rosakkan gambar."
haha rare sangat.



Ni bahagian belakang masjid. Best tau lepak kat belakang masjid ni. sumpah tak tipu. sebab kita dibentangkan dengan lautan yang luas. sangat menenangkan.



Singapura. Masa ni Running Man tak sampai Singapura lagi. Kalau lah Running Man dtg masa aku dtg Johor tuuu... dah lama aku pergi sana. cakap nak semangat jee haha. beria-ia minah ni. lempang laju laju kang.



Ayah dengan Ammar haha ayah yg beria-ia nak tangkap gambar Singapore tuu.



"Ummi pun nak ada gambar jugak" hahaha patik menunaikan hasrat permaisuri ini :) so this is my belove super duper mom, ummi.



Gambar ni agak gelap kerana cahaya tak menyebelahi diri aku. lighting tak mencukupi kekeke sedih.



Hahaha gambar ni agak funny. Gila tak kelakar, orang nak pergi ambik wuduk ayah panggil suruh tangkap gambar. Aku tanya "takkan nak tangkap gambar dengan sign tu kot?" ayah "apa salahnya. kitakan kat Johor so all of things that have in Johor mungkin dari Johor." and i was like "tak faham" ayah "tangkap jelaa" hahahaha yg model tu pun nak nyelit jugaa. bapa borek anak rintik sangaaaat hihihi.



Ni lagi satu hahaha aduhh... ayah ayah. Ayah "kat tangga pulak tangga. cepat cepat" Sejujurnya aku pun taktau apa masalah ayah waktu tuu haha. ikut jee cakap ayah. nak buat acane, dah aku PG so pasrah.



W/ lil bro, Ammar. Muka tak rela bergambar sebab....... ammar "cepat lah tangkap cepat lah nak kencing nii" hihi sorry maaar 'ter'bagitau pulak dan ween 'ter'letak gambak ni. sorry sorry ampun ampun.



Sedang merasa apa yg dirasa oleh tong sampah selama ini. berdiri tegak. tak bergerak sama sekali. duduk sesorang tanpa seorang teman. Perghh beratnya tanggungjawab tong sampah ni hahaha lol. Acah acah model tengah photoshoot untuk keluaran baju terbaru sebuah butik gamaknya. choii sangat. Tapi tak dinafikan bahawa gambar ni cantik. Ok. bukan niat nak masuk bakul angkat sendiri tapi benda ni emm kenyataan kbai.



Lepas solat dhuha terus tangkap gambar kat tingkap masjid ni. Wooo cantik gilooss uolls bila dibentang kan dengan pemandangan yg indah. Subhanallah. Ciptaan Allah tiada siapa boleh tandingi. Memang terasa macam duduk kat dalam istana dengan design tingkapnya macam tu.



Cerita apa yg puteri tu tinggal kat menara tinggi tu pastu rambut dia panjang. setiap kali bila prince dia datang, dia turunkan rambut dia untuk prince dia naik ke atas jumpa dia. Cerita apa eh? haa cemtu lah aku rasa bila kat tingkap masjid ni. Tapi i princess yg tutup aurat. Princess Malaysia gituu ko muntah pelangi sikit. Sedang menanti jodoh yg akan datang suatu hari nanti kekeke.



Ini yg aku tak faham ni. Aku kat Johor ke kat New York? tepuk tangan sikit.. ryne tengah buat lawak tuu. tepuk sikit tepuk. Cett. yelaa dlm banyak banyak hotel, new york jugak dia letak. lempang kang.



Lepas pergi Masjid Sultan Abu Bakar, kitorang pergi shopping pulak hihihi bila dah sampai tempat orang ni mesti lah kena beli souvenirs kan? so here we go to Metrojaya! Sempat lah jugak beli baju, tudung, kasut, cadar. Memang borong habis. Yang best ye adalah waktu tu memang tengah sale hahaha betul betul ikut timing kitorang membeli dan membelah.



Tuu ha bangunan bangunan di Singapura. Motif? Agak membatak jugak ah sebab tak pernah lagi pergi Singapura. Dpt tgok bangunan dia pun kira ok lah kan. 



Nii kapal kapal yg sedang berlabuh. Tengok macam kecik molek kecik kecik je tapi bila ko ada kat sana naaa kapal tu memang besar. Terlampau besar. Ohh ya sebenar benarnya kitorang nak pergi Danga Bay tapi mungkin bukan rezeki kami, Danga Bay ditutup buat sementera waktu kerana ada kerja penambah baikan. Pastu kalau nak tahuu, sekarang pantai kat Danga Bay dalam proses tambakan pasir. Haaa mungkin tahun depan Danga Bay dah cantik ah. Jalan dia pun tar baruuu. 

Yelakan, tahun 2014 kan tahun melawat Malaysia dan mengikut apa yg aku baca kat newspaper, kemungkinan besar Johor adalah negeri yg paling ramai pelancong akan melancong so dia pun buat lah sedikit penambahbaikan hahaha gituuu. Sekadar pengetahuan ye hadek hadek.



Motif gambar ini? Just nak tunjuk yg camera i ada fish eye lens. Oppp opp wait wait. I tak guna smartphone kay tapi i tangkap gambar guna Olympus Camera. Olympus Camera ni memang tiptop ah aku cakap. Walaupun ianya tak sehebat DSLR tuu tapi dia emm ahh susah ah nk ckp. Banyak sgt function dia. Memang berbaloi ah beli Olympus Camera ni sebab dia punya function tu lebih kurang macam DSLR :)



Ok Ok meh sini nak tunjuk homestay yg aku duduk selama 3hari keberadaan aku di Johor. 
Itu ruang tamu.



Ruang makan bersebelahan dengan ruang tamu. Homestay ni tak terlalu besar dan jugak  tak terlalu kecil. Maksimum orang adalah 8orang. 8orang ni pun memang dah cukup selesa apatah lagi kitorang yg cuma 5orang. Haaa memang tersangat selesa. Nama homestay yg aku duduk ni, Homestay Adek. Mempunyai 3bilik tidur, 1bilik mandi, 1bilik air, 1 ruang tamu, 1 ruang makan dan 1 dapur dan setiap bilik tidur mempunyai aircond haaaa ko nk apa lagi? Mesin basuh ada dan peti sejuk pun ada. COMPLETE! CUKUP SELESA.



Bilik Mandi



Bilik jamban hahaha popular ko jamban.



Bilik 1
Single bed
Aircond



Bilik 2
Queen bed
Aircond
Almari baju
Iron



Bilik 3
Queen bed
Aircond



Dapur



He keep acting like a Kwang Soo Running Man.
Hahaha tengok ah selimut dia tu kan corak zirafah.
So annoyed, yes he is.



W/ my love sister, kak sarah :)



Hahaha semua pakat lentok sementara tunggu azan isyak. Penat berjalan.



[[ DAY 3 ]]
#ohohteedee Black day
Baju beli di Pasara Kemboja.
Jeans tak ingat beli mana. Jeans lama.
Hari ke tiga adalah hari konvo abang. Actually, aku tak pegi pun konvo tu. Ummi dengan ayah jee pergi sebab hanya 2orang je yg boleh masuk dewan tu so oleh kerana tak sanggup nak berdiri tengah panas, i lebih rela duduk rumah nengok tv.



This. Untuk abang :) Sempat beli kat Fiesta Konvo. 



Majlis Konvokesyen Ke-51 
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.



Yeahh finally! Alhamdulillah, abang dah graduated.
Ummi w/ abang.



Ayah w/ abang.




Ummi ayah w/ abang



So here are the them.
Emm ini apa eh. Tak ingah ah kursus apa tapi yg pasti tu semua graduated dari Tentera Darat.






Abang, i would like to say congratulations on ur graduated. Im so proud with u bang. Keep it up on ur work. Walaupun abang dah taknak sambung belajar, abang nak kerja, ummi ayah bang ner kakak ween ammar sentiasa sokong kerjaya abang. Fighting!



Ummi :) Acah acah baru lepas ambik Phd dengan pangkat Doktor hahaha.



So this is the last picture. Abang abang abang :)

Oh alhamdulillah. Setelah berapa lama tersimpan dalam draft, akhirnya keluar juga kau dari kepompong haha sedeh. So this is my entry bout graduation of my bro.

Abang, for the third time i would like to wish u congratulations on ur graduation :) Lepas ni ween pulak kekekeke tak tak. Bang ner dulu baru ween hihi tak sabarnyaaaa. Whatever it is, im so proud with u. Walaupun abang selalu cakap kak ween, yg abang ni tak pandai lah, abang ni tak mampu nak buat ummi dengan ayah bangga, abang ni selalu buat masalah tapii ween tak kisah semua tu dan ween tak pernah anggap abang macam tu. Ween bersyukur sangat sebab dpt abang mcm abang :) 

Lot of love from ween ♡ 
Keep this love in ur heart abang..
Sayang abang sangat sangat!


Xoxo, Ryne 

No comments:

Post a Comment