Thursday 24 October 2013

Blackhead Kuasai Muka Anda?

Assalamualaikum

Title entri tak boleh nak gempak lagi kan. Macam tengah buat iklan.

Emm pukul berapa eh sekarang? 

1:42 a.m so what? 

i tak boleh tidur lah uolls. Taktau kenapa dan mengapa mata ni taknak tutup. as a blogger, bila kita dah bosan taktau nak buat apa maka blog kita ni lah yang kita asyik ingat ingat ingat ye dak? toksah aih nak nipu. i know u very well lah. nampak man-glish dia kemain teruk lagi.

Okay back to the story.

Kita toksah lah dok dolak-dalik lagi heh. Straight to the point, okay.

Most girls memang mengalami masalah bintik hitam terutama sekali di bahagian hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Motif masuk kan peribahasa? cuma nak cakap hidung tu jee sebenarnya emm kay lupakan. 

CARA NAK HILANGKAN BLACKHEAD 

1. Banyakkan minum air mineral. Yes i admit bahawa air mineral tidak sedap. tawar. tak rasa pape. TAPI did u know drink plenty of water can make your skin hydrated? Kulit akan produce less oil tau. Bila less oily, jerawat dan blackhead pun akan berkurangan.

2. Elakkan makan makanan yang berminyak:; dan banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Ya tahu yang sayur ni part paling korang tak suka kan including me sebab ianya pahit. tapi guyss, selalunya benda pahit pahit ni lah yang menyihatkan tau tak. dan ya satu lagi fakta menyatakan bahawa buah-buahan boleh melembutkan dan melicinkan kulit. Makanan yang berminyak bukan sahaja boleh menggemukkan tetapi boleh membuatkan kulit anda menghasilkan banyak minyak.

3. Elakkan kerap menyentuh muka dengan tangan kotor. Pernah tengok iklan dettol. kan dia siap tunjuk lagi berapa banyak kuman kat tangan kita ni. Haaaa jgn tak tahu, iklan iklan cemtu lah yg membuatkan aku tertarik untuk membeli barang-barang dorang. Jahat tau dorang semua. Gila. Oh ya sebab kuman kat tangan boleh transfer ke muka dan boleh menyebabkan wujudnya jerawat, blackheads dan skin diseases. *ambik dettol letak kat tangan* kuman uolls kuman.

4. Guna pencuci muka yang sesuai. kalau boleh beli lah pencuci muka yang tertulis 'Removing Balckheads'

5. Elakkan guna oil based cosmetics. Uolls pun tau kan minyak berlebihan boleh menyebabkan blackheads. so use water-based instead.

6. Paling penting jangan picit 'haiwan kesayangan' ya i mean blackhead anda tu sesuka hati. It will make them worse. Unless, anda pro dalam picit memicit blackhead ni. eh.



Ini pulak cara yang kita main alam semulajadi. Mesra alam lah katakan. gitewwww. 

Putih Telur
1. Pisahkan kuning dan putih telur di tempat yang berlainan. Kemudian pukul / kacau putih telur menggunakan garpu sehingga nampak buih buih kecil. Aku cakap awal-awal tau, tang pukul memukul ni kena ambil masa yang lama jugak lah. Uih lek ah brader, kata nak muka cantik. kena lah korbankan tenaga dan masa. sambil memukul telur sambil kita bersenam. senaman tangan. gituuu.

2. Menggunakan jari yang bersih atau tisu, rendam ke dalam telur putih tadi dan perah tisu sebelum di sapukan keseluruh muka. Avoid eye area. 

3. Biarkan kering. Bila kering muka anda bagaikan memakai botox sebab keras. haha !

4. Basuh muka seperti biasa dan keringkan menggunakan kain bersih.

Toothbrush
1. Yang ni syok sikit. Guna tooth brush yang bersih, gosok di sekitar hidung anda menggunakan lotion cleanser yang sesuai. Jangan samapi tertukar tooth brush untuk blackhead dengan tooth brush untuk gigi. Euwwww minta di jauhkan. Hati-hati di jalan ray kay ;)

2. Pastu bilas dengan air seperti biasa. Cara ni boleh menghilangkan kotoran yang ada kat hidung tuu dengan lebih terperinci.



"Mana main benda-benda leceh cenggini. I nak yang mudah, cepat dan pantas. I banyak lagi kerja nak di buat tau dari menghadap blackhead i yg semakin berleluasa kat hidung ni. Oh please lah"


eh eh pak guard ooo pak guard. macam mana boleh terlepas kak jemah kat sini ni?  Kan dia dah terselit kat dalam blog i ni. Suka masuk tak bagi salam tau kak jemah ni. Benci i. 

Okay okay. Cara paling cepat, mudah dan pantas.


Ha aku kalau dah malas sangat nak bermesra alam dengan putih telur dan berus gigi tuu, aku akan guna GUARDIAN CHARCOAL PORE STRIPS. Sekarang ni dok famous dengan arang batu semua ni yang boleh menghilangkan blackhead.

Nampak tak, kemain semangat berkobar-kobar nak hilangkan blackhead kat hidung ni dengan membeli dua packet. Satu packet guna sebulan tak habis-habis lagi. Dalam tu ada 10 strips. Just pakai sekali seminggu. Terpulang lah kat diri masing-masing, agak-agak geram sangat dengan blackhead tu, hang pakai lah 10 strips sekaligus seminggu. Eh jangan jangan. boleh rosak kulit hidung tuu. jangan buat eh jangan.



Tuan yang memakai ye mesti lah nak interframe jugak. Okay so cenggini lah rupanya memakai GUARDIAN CHARCOAL PORE STRIPS. Ya Allah eyebag macam tak boleh membesar dengan baik lagi. Ni lah padahnya tidur lambat. Jangan contohi akak ye adik-adik. 


Bahagian belakang yang tertampal kat hidung warna hitam. dan bahagian depan tu warna putih. so charcoal dia tu sebenarnya kat belakang tertampal kat hidung tuu. Muka rela tak rela je nak tangkap gambar. Abaikan. Tengok strips tu jee.

Hasilnyaaaa...




Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Segala blackhead semua tertanggal. Bila pegang kat hidung ni, ya Allah licin sangat. Rasa macam nak gesel gesel hidung kat orang untuk meluahkan perasaan bahawa hidung aku ni bebas dari blackhead hahaha teruk betul perangai. 

Blackhead ye tak nampak sangat. Ya saya mengaku bahawa saya tak reti meng fokus kan gambar. so ni lah hasilnya tak nampak sangat. Tapi uolls nampak kan benda putih yg tercacak kat strips tuu. Kira nampak lah kan.

Okay lah kak jemah. Lepas ni boleh lah kak jemah pergi guardian borong GUARDIAN CHARCOAL PORE STRIPS ni yeee? Selamat memborng kak jemah. byebye! *cara mengundur diri daripada blog*

p/s: Ohh yaa konvokesyen abang. In sha Allah, entri akan datang. dan doakan kami sekeluarga supaya selamat sampai ke Johor dan selamat pulang ke Selangor. Kalau ada ole-ole dari Johor akan ku beri kan kepada anda semua. Hanya tunjuk gambar di blog ni je lah ye. Esok kami sekeluarga akan bertolak ke Johor :D Semoga semua berjalan lancar. Doakan kami sekeluarga. Semoga Allah memberkati :) Assalamualaikum!

Xoxo, Ryne 




No comments:

Post a Comment