Tuesday 25 June 2013

Rahsia mata perempuan :)

Rahsia mata perempuan? Hmmmmm Ryne terjumpa tajuk ni kat dalam majalah ummi Ryne. Actually majalah tu just for women that 40++ years old tapi kita yang muda sangat ni pun tergedik-gedik nak baca juga sebab yelah, daripada kita membuang masa baik kita baca buku daripada buang masa macam tu jee kan so yaa tajuk ni menarik perhatian Ryne untuk membacanya (ecehhh) 

Rupa-rupanya mata perempuan pun ada rahsia. Rahsia yang menunjukkan perangai diorang tu macam mana (mungkin) 

Saiz Mata Kecil

Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan. Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya.

Saiz Mata Sedang

Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra daripada semua orang.

Saiz Mata Lebar

Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah, bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa. Tapi boleh setia.

Mata Jarang Berkedip

Gadis ini cukup istimewa orangnya. Bijaksana, baik hati, setia, adil, bertanggungjawab, tidak cerewet, suka membantu dan mampu membahagiakan pasangannya.

Mata Selalu Berkedip

Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik.

Mata Cengkung

Kurang memuaskan, materialistik, hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.

Mata Redup

Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat.

Mata Seolah Tersembul Keluar

Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan, ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan cepat marah.


Jadi mata korang jenis mata yang macam mana? Ryne rasa mata Ryne yang jenis saiz mata yang sedang mungkin, entah lah tapi perangai yang dia tulis tu serupa macam perangai Ryne ehehehehe :p 


See into my eyes ~ 
Mata siapa? Mata Ryne :)

Adiossss!







No comments:

Post a Comment