Thursday 27 June 2013

Tips muka licin dan bersih bebas dari jerawat

Sebenarnya takde niat pun nak tulis tips-tips ni semua tapi since kawan-kawan aku yang terchenta tanya macam mana muka aku boleh bebas daripada diserang jerawat yang ganas ( k over) so yaa terus terlintas di kepala ni nak tulis entri 'Tips muka licin dan bersih bebas dari jerawat' macam kak ton. Comel tak kak ton ~ ( kak ton mendenya nurin -.- )

Sejujur-jujurnya muka aku ni sensitif kalau salah pakai product muka akan gatal atau menggelupas. Jadi nak kata muka ni perfect sangat tu idok leee. Muka aku ni kalau nak kata tak berjerawat tu nampak sangat lah menipunya kan, remaja kalau takde jerawat tu bukan remaja namanya mesti ada jerawat kat muka tu even sebiji pun tapi jerawat aku ni malu-malu kucing, dia pemalu, dia suka muncul kat tempat yang tersorok seperti di kening dan ubun-ubun see, betapa malunya jerawat beta. Buat masa ni tak pernah lagi jerawat aku muncul kat tempat-tempat awam ( bahagian pipi, hidung dan dahi ) dia ni anti-social sikit ( emmm k merapu ) 



Ryne guna ni untuk mencuci muka. Lepas pakai pencuci muka Safi Balqis Perfect 10 ni muka ryne akan jadi lembut dan segar. Segala minyak yang lekat kat muka semua hilang tapi taktau lah kalau muka orang lain sebab lain muka lain kesan dia. Ryne guna pencuci muka ni bila mandi pagi, tengahari bila nak solat zohor dan malam bila mandi. 



Ini pula krim yang ryne gunakan. Dulu ryne guna safi balqis punya krim tapi tak boleh, muka ryne menggelupas bila guna krim tuu so ryne tengok iklan Fair&Lovely ni dan ummi ryne pun cadangkan cuba guna krim ni and yaa takde pape effect pun kat muka ryne yang best nya bila pakai krim ni, muka ryne langsung tak berbelak meaning tak berbelang, yelah kita kan pakai tudung bila buka tudung jee nampak perbezaan, muka yang terdedah gelap, muka yang tersorok putih so nampak tak sekata warna muka tu. Itu salah satu sebab lah kenapa ryne suka pakai krim ni :) Ryne pakai krim ni, waktu kita mandi pagi kan kita dah cuci muka dengan Safi Balqis Perfect 10 kan, pastu ryne terus pakai krim ni. Sebenarnya tertulis kat kotak krim tu yang kita kena pakai 2kali sehari pagi dan malam tapi ryne tak suka pakai krim waktu malam sebab entah, merimaskan.

Ohh yaa, one more thing is ryne ada lah baca satu fakta kat internet yang muka kita ni akan cepat berkedut jika kita tak pakai krim something or whatever krim lah sebab muka kita kan lebih tinggi terdedah dengan matahari yang sinaran UV UV tuuu kan so dia memberi kesan kepada muka sebab takde pelindung yang dapat melindung muka daripada sinaran UV tuu dan sebab itu lah muka cepat berkedut.


Comelkan bedak ni? Kecik-kecik jee. Bedak Silky Girl ni lah ryne guna lepas pakai krim Fair&Lovely tuu. Ryne lebih suka pakai warna hijau sebab bau wangi bedaknya tauuu. Cubalah beli pastu bau kalau taknak beli, nanti pergi pasar raya buka bedak ni senyap-senyap pastu letak kat tangan bau ( eh jangan buat ) wangi sangat. Sebelum ni ryne beli yang warna biru tuu tapi bau dia tak berapa nak menyelerakan bukan sebab busuk ke apa tapi bau gula-gula yang manis sangat. Kalau pakai bedak tu, ryne rasa macam ryne tempekkan gula-gula kat muka. Kalau yang warna pink tu ryne tak pernah cuba lagi sebab ryne dah jatuh cinta dengan yang warna hijau tuu ehehehe ^_^

Jadi ini lah rahsia yang tak berapa nak rahsia ryne gunakan. Nak kata ryne jaga muka tu sangat takdelah biasa je ryne rasa. Tapi ryne saran kan pencuci muka tuu PENTING ryne ulang PENTING sebab bila kita keluar pastu terdedah dengan segala kotoran dan berminyak. Kalau kita tak cuci muka tuu, maka jerawat tu semakin galak lah dia timbul kat muka kita bagai cendawan tumbuh selepas hujan ( ecehh, awak awak kita berperibahasa ahh ) jadi kalau nak cuci muka tu gosok sampai rasa dah penat baru berhenti ( k jangan buat, rosak muka tu nanti ) yang penting kalau rasa muka tu dah berminyak dan rasa tak selesa kat muka tu terus cuci jangan tangguhkan nanti tumbuh jerawat.

Satu lagi, kalau jerawat masih baru yang muncul kat muka tuu PLEASE PLEASE PLEASE JANGAN USIK, JANGAN SENTUH, JANGAN PICIT JANGAN SEGALA JANGAN LAH. Ini lah salah satu sebab kenapa jerawat banyak kat muka tuu. Mana tak nya, awak pergi usik jerawat tu maka jerawat tu pun ajak lah geng-geng dia serang muka awak so please again. Memang tangan tu gatal nak usik jerawat tu ryne tak nafikan tapi cuba elakkan dari buat segala jangan tu ehh.

Lapaaaaaaaaaaaaaaaaaar *pegang perut*  ryne nak makan :) kbai. 



No comments:

Post a Comment