Thursday 25 July 2013

Window Shopping!

Okay! Bila masuk bab shopping ni mesti yang boboy boboy semua malas nak hambek tau kennssss? Orang kata bab shopping meyopping gegurl gegurl jee yang suka ambik tau hal semasa tentang baju, yang suka dok terpekik telolong bila ada sales, yang dok membazir menghabis duit laki (suami, boyfriend). HELLO! Excuse me! Pada zaman teknologi sekarang, yang lelaki lah paling suka ber shopping. Jangan hang taktau. Lelaki zaman sekarang bukan macam lelaki zaman dulu, diorang lah yang lebih tahu hal semasa bila ada sales dekat mall tapi kebanyakkan lelaki mana main sales-sales ni katanyeeeeeee diorang lebih rela berhabis duit untuk baju yang mahal, perfume yang mahal, seluar yang mahal, tali pinggang yang mahal and etc.

Nampak tak? Zaman sekarang ni lelaki pun dah nak setanding dengan perempuan kalau bab membeli membelah ni. 

Kemain panjang pendahuluan Makcik kita ni. Haihh lah Nurin, masa exam bm takde pulak perenggan pendahuluan kau nak panjang menjela cemni. Okay lah, kita masuk cerita. Actually, aku baru balik dari PKNS Shah Alam yeahhh since ummi dah jadi bussinesswoman ni aku lah secretary nya yang sentiasa follow ke mana boss pergi. Biasa lah kan bila ummi dengan anaknya dua dua perempuan, masuk jee mana-mana mall nampak baju tetiba kaki tu melangkah ke tempat tu macam ada magnet yang menarik ecehhh. Banyak juga kedai yang kitorang keluar masuk tapi tak beli pun sebab tak bawa duit yang mencukupi nama pun window shopping kan tengok-tengok cemtu jee lah.

Yang bestnya baju-baju kat PKNS ehemmmm lawo-lawo pulak. Harga pun takde lah mahal sangat. Menyesal pulak beli baju raya awal. Tapi ummi suruh beli baju kurung cotton satu, senang nak buat kerja bila kat kampung nanti, nampak tak permainan ummi? Hahahahahaha xD Since tudung dengan kasut tak beli lagi, dapat lah beli nanti. Tudung dia pun boleh tahan. Haihh, nafsu nafsu *betul kan baju, kedut*

Tak sabarnya nak raya! 15 days to go! Alhamdulillah.....

SELAMAT BERBUKA PUASA ^^

No comments:

Post a Comment