Friday 20 September 2013

Qucik Tips : Makan Buah Sebelum Makan Nasi

Assalamualaikum

Entri sebelum ni tentang resepi sosej telur kannn... okay sekarang lepas dah makan, perut dah kenyang mesti makan dessert untuk mencuci mulut emmm pencuci mulut untuk dessert? Dessert dengan pencuci mulut sama kan? K abaikan....


Selalunya korang makan buah waktu bila? Sebelum makan atau selepas makan? K tak payah jawab, konpem 99% orang akan jawab makan buah selepas makan sebab buah tu merupakan pencuci mulut selepas makan. Okay, let's read these article. 

Buah biasanya dijadikan makanan segar untuk pencuci mulut selepas makan makanan utama.  Namun, amalan ini sebenarnya tidak bagus untuk kesihatan.  Cara yang betul adalah makan buah sebelum menikmati hidangan utama.

Kandungan gula di dalam buah memerlukan masa untuk dicerna. Jika kita makan buah selepas makan, cara ini membuatkan perut kita mengalami masalah pencernaan.  Ini boleh menyebabkan nutrisi makanan yang lain tidak dapat diserap dengan baik di dalam tubuh.  Jadi, walaupun kita makan makanan yang sihat sekalipun, nutrisi yang terdapat di dalamnya tidak dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Buah amat disarankan untuk makan ketika sarapan.  Makan pada waktu pagi dengan potongan buah dan jus berbanding makan sepinggan nasi berserta lauk-pauknya lebih diutamakan.  Ini adalah kerana buah boleh membantu kita meningkatkan gula darah dalam tubuh dengan perlahan.  Selain itu, makan buah yang sihat sebaiknya tidak dicampurkan dengan bahan tambahan seperti  mayones atau aiskrim.

Buah yang sihat untuk dimakan adalah buah-buahan segar.  Buah jenis ini lebih baik dibandingkan dengan buah yang diproses, di dalam tin ataupun buah yang dijadikan jus.  Makan buah ketika perut kosong sangat baik agar tubuh dapat menyerap nutrisinya dengan maksimum.



I got these article from ummi's mag. Well aku kalau bab jaga kesihatan ni memang teramat prihatin sebab satu benda yang masuk dalam badan kita boleh menyebabkan pelbagai effect lagi-lagi pada zaman sekarang ni mana boleh pakai beli je makanan kat tepi jalan tuu, kadang-kadang tu kena rajinkan diri mentelaah buku untuk dapatkan maklumat mana yang elok mana yang tak elok untuk di makan. Zaman sekarang, macam-macam penyakit dah wujud dah kat dunia ni so be careful guys.

Nak buat sepanduk "SAYANGI DIRI ANDA DENGAN MAKAN BUAH SEBELUM MAKAN NASI dan lauk pauk serta ulam serta kuah masak lemak tambah kicap sikit dan air tembikai" Okay jumpa kat tepi jalan nanti.... nampak sepanduk tu tolong berhenti tepi jalan untuk minum secawan kopi ali cafe dan menari beramai-ramai bersama Fahrin Ahmad.. jangan risau jangan resah, muzik a a a a a li ali cafe akan disediakan :-)


Xoxo, Ryne 



No comments:

Post a Comment