Thursday 10 October 2013

Shopping ♡

Assalamualaikum

Seperti yang dijanjikan naaaaa entri ni khas untuk girls okay. Guys, can u get out from here for a while? i nak culik gf u, bini u, fiance u, kawan u, sedara perempuan u dan yg seangkatan dengan girls semua lah boleh? 

Okay girls, if u ready come and get it nanananananana.

Okay melalut.

Back to the story.

Aku ada sebut kat entri sebelum ni yang aku nak cerita something special kaaaan so when the only girls yg ada kat sini automatik mesti ada kena mengena dengan shopping, make up, penjagaan diri, diet tu semua but today i just wanna share bout SHOPPING! Well heloo girls, shopping! Suka nau dak perempuan ni bila word shopping tu keluar. Gila tak suka. Perempuan mana yg tak suka shopping cer cakap dgn aku, biar aku ajar dia kehidupan dan keertian bershopping. 

Aku pergi shopping dengan ummi kat pasar kemboja. Well actually nak pergi sogo, ikut kan dalam perancangan ummi ajak pergi sogo but since dah ada title 'babysitter' kat diri kitorang ni so tak boleh lah bawa jauh-jauh. hehehe ummi pun terlupa yg dia kena jaga anak orang alahaii. So we decided to go to pasar kemboja. Emmmm dengar macam "pasar? eeeuuuu mesti ada ikan, daging busuk-busuk hanyir tu semua kan. mesti baju-baju kat pasar tu semua bau busuk kan. eeeeeeuuu tak kuasa i" apa kau ingat kalau pasar je jual ikan, daging busuk-busuk hanyir je ke hah. Pasar kemboja ni lain tau. Pasar ni hanya jual baju, tudung, seluar dan banyak lagi lah tapi barang-barang basah tu semua takde. Ia hanya jual pakaian. not bundle okehh not bundle. Aku pun tak main bundle-bundle ni. And for your information, pasar kemboja ni bukan sebarang pasar tau tapi pasar ni pasar yang sentiasa ikut trend. sentiasa up-to-date tau. Sumpah aku tak tipu. kalau korang pergi gerenti puas hati. mata tu sentiasa nampak cantik-cantik je semua baju-baju yg ada kat sana. betul. tak tipu.

Sebelum ni aku tak pernah lagi sampai ke pasar kemboja ni. Selama ni ummi je lah yg pernah jejak kan kaki kat pasar kemboja ni. Banyak kali juga ummi pergi. Ummi ajak kawan-kawan mengaji dia, kawan-kawan mesyuarat tingkap hahahaha biasa lah. macam tak faham-faham jee korang ni. Then, bila aku perasan ada benda baru kat dalam almari ummi, lagi-lagi kalau baju-baju yg ummi beli tu cantik, mesti aku tanya "mana ummi dapat baju ni?" hamboiii dapat. macam baju-baju tu semua jatuh dari langit je kan. Dan mula dari tu lah ummi cerita yg dia pergi pasar kemboja, banyak baju cantik, selendang, tudung, polazzo semua perghh sumpah wa jealous bila ummi cakap cemtu.  Hajat nak pergi pasar kemboja ni memang dah lama tersimpan tapi tak kesampaian but alhamdulillah, since pmr pun dah habis kan so why not kalau hari ni ponteng sekolah untuk bershopping! Excited nauu ko ni. 


Sebahagian barang yang di beli.

'Sebahagian'? Hahahahahaha yela yela. Sebenarnya satu pasar tu juga lah aku dengan ummi borong hihihi. Masuk kedai ni beli satu atau dua helai. Masuk lagi satu kedai, beli dua tegi helai baju hehehe borong kau borong. 

"Banyak nya duit Ryne"

Ehh takde lah banyak cuma kita ni bila niat kat hati tu nak shopping, kena lah bijak guna kan budi bicara tawar menawar kak semah oii. Baru lah orang jatuh chenta jatuh hati untuk turun kan harga tak gitu kak kiah? Kena pandai tawar menawar lah, kalau tak takde nya sampai satu pasar kemboja tu aku dengan ummi beli, keluar masuk kedai. Baru lah shopping tu terasa puas bila tawar menawar berlaku di antara pembeli dan penjual. gitewww.

Red polazzo

Aku dah jatuh cinta dengan polazzo ni uolls. Sebab? Gila tak fall in love. korang bayangkan bila aku pakai seluar ni, aku rasa macam aku tak pakai seluar hahaha ringan gila kaki ni bila berjalan. i'm serious. tak tipu. betul. tak tipu. cuba lah beli satu, gerenti ko cari aku minta maaf kat aku sebab ragu-ragu dengan kenyataan aku ni. cehh. Ohh ya, pakai polazzo ni senang gilosss uolls berbanding pakai kain. Memang pakai kain pun senang tapi, kalau pakai kain nak naik tanggan or esculator mesti kena angkat kain tu kan tapi polazzo tak payah angkat seluar tu just biar kan jee. Percaya lah. berkesan.


Baju ni lah yang aku tercari-cari selama ni. perhh merantau ke seluruh negara untuk cari baju ni akhir jumpa juga di pasar kemboja. melampau ko seluruh negara. Okay. baju ni kain dia selesa sangat. Best! betul-betul best. lembut, sejuk. memang terbaik ah.


Ni lagi satu. Lawo kan? Gempak kan? Kan aku dah kata.. pasar tu bukan semata-mata jual ikan daging lembu unta kambing tapi pasar ni satu-satunya pasar yg jual baju-baju up-to-date tau. Ko ingat aku memain ke hah. Sorry eh kalau bab shopping ni aku memang serious #t a k e n o t e :p


Tudung ni susah sangat nak cari. Satu satu kedai aku pergi, tak jumpa-jumpa juga. Aku taktau lah pasal apa susah sangat nak jumpa, sambutan beli tudung ni banyak sangat ke hah sampai susah nak jumpa but finally, ada juga tudung ni kat pasar kemboja. Hah, nampak tak betapa lengkapnya pasar kemboja ni. Semua ada. Ko cakap je apa ko nak. Yg pasti ko takkan pulang dengan tangan yang kosong. Trust me, girls. 

Wide Shawl

Cantik kan? Dua ton dalam satu shawl. Cantik sangat. I don't know why sejak dua menjak ni aku suka sangat benda warna oren. Oren ni macam emmmm macam mengancam tau. Mengancam? Emmm taktau ah nak cakap macam mana tapi warna oren ni dia macam ada daya tarikan tau err bagi aku lah.

Wide Shawl 

Sejujurnya wide shawl dah ada banyak kat dalam almari aku tu hehehehe tapi i takde shawl corak butterfly tau. Nampak comel jee shawl ni dari jauh sebab ada butterfly hahahaha alasan tak boleh terima langsung.


Cantik-cantik belaka kan baju, shawl, seluar tu semua. Oh lupa pulak nak bagitau, bagi sesiapa yg duduk area Sg, Buloh boleh lah pergi Pasar Kemboja ni. Pasar Kemboja ni terletak kat Kampung Merbau Sempak. Pasar ni kat dalam tau so bila dah masuk Kampung Merbau Sempak tu, kena masuk lebih dalam lagi baru jumpa pasar dia. 

Korang akan puas hati bila datang Pasar Kemboja ni dan takkan pulang dengan tangan kosong. Pastikan fizikal dan mental pun siap sedia sebab pasar ni panjang tau, dengan cuaca dia yg panas. Hah lagi satu, pasar kemboja hanya ada pada hari Isnin dan hari Jumaat. Mula di buka pada pukul 8.00pagi sampai pukul 12.00tengah hari. Kena cepat tau sebab ramai sangat orang. Kalau tak melepas lah.

Okay lah, sampai sini saja berita shopping dari Cik Ryne Anas. Semoga anda terhibur dengan berita yang disampaikan oleh saya. Terima kasih ;)


Xoxo, Ryne 






No comments:

Post a Comment