Wednesday 9 October 2013

When A Young Girl become A Babysitter

Assalamualaikum

Jap jap, sebelum masuk kepada tajuk sebenar let me tell you something. Nak caps lock ke taknak? Caps lock lah ehh senang sikit nampak apa yang aku nak tulis.

Okay... one two three..

 "WEH FREEDOM WEH FREEDOM!!!! PMR DAH HABIS WEH HABIS DAH WEH! WOHOOOO BESTNYEWW~ "

Okay dah habis dah. Terima kasih kerana sudi beri peluang untuk melepaskan tekanan dan luahan isi hati hikhikhik ;)



A young girl is refer to me, yes me.

A babysitter is refer to me, yes me too.

Ni nak cerita lah acane boleh terjebak dalam group 'Babysitter yang Comel' *muntah pelangi, winkwink*

Jiran sebelah rumah ni, ada seorang bibik. emmm i think almost 5years bibik tu dah berkhidmat dengan keluarga cik su (owner rumah jiran sebelah) dan masa hari raya haritu, cik su bagi lah bibik balik kampung dia kat indon nun sambut hari raya dengan family dia. Since bibik pun ada anak, ada suami so cik su pun bagi dia balik. Memang setiap tahun bulan raya jee cik su bagi dia balik indon tapi tahun ni, habis je hari raya, bibik tak balik-balik. Cik su call, sms dia tak reply, tak angkat. So nak jadikan cerita, cik su pun minta tolong kat ummi minta jaga Damia dengan Qisha. Since cik su dan suaminya bekerja, hence ummi pulak jadi suri rumah sepenuh masa so why not ummi jaga diorang kan. Ummi pun takde buat apa kat rumah, anak-anak semua dah besar, pandai urus diri sendiri (eh yeke?)

Jadi wujud lah babysitter kat dalam rumah ni. Mula-mula tu memang susah ah terima yelah sebab takut ummi penat jaga diorang, kecik-kecik lagi. Sorang 4tahun dan sorang lagi 2tahun. Tapi bila dah jaga diorang..... eleh, tak susah pun sebenarnya. senang sangat jaga diorang, tak menyusahkan langsung. 

Mandi kan diorang, tidur kan diorang, buat kan susu, pakai kan baju, pakai pampers, layan diorang main, memang best gilaaa jaga budak kecik ni hihihi. Ada satu masa tu ummi takde kat rumah, so aku lah yg buat semua benda tu and ayah said 

"Ayah tengok ween ni dah macam mak-mak dah buat semua kerja tuu. Ayah rasa macam ayah dah ada cucu dah hahahaha"

Suka nau ayah iolls. Tarikan babysitter cemtu ahh. Tak dinafikan bila aku buat semua kerja tu kadang-kadang rasa macam dah jadi mak budak dah. Mak budak ada anak dua orang hahahahaha. 

Ehem kay melalut.

Perangai gila-gila diorang tu yg best. Kadang-kadang rahang pipi ni rasa macam nak tertanggal je tengok diorang. Asyik gelak jeee. Lahai, budak-budak kan.. ada-ada je benda yg diorang nak buat :)



Annoying Damia. Yes, she is.
Ada je benda yg nak di buatnya.


Hijau kakak. Pink adik :)


Tengok tu tengok. Cemni ah bila nampak ummi balik semua melulu nak kat ummi.


Qisha Amani ;)
Banyak kerenah dia. Nasib baik comel.


Qisha nak buat gwiyomi ahahaha


Kakak tak lepas-lepas dengan botol dia tu.


Muka stress kena kejar dgn babysitterrazzi. gitewww


Qisha w/ Ammar (lil bro)


Gambar ni lebih kepada muka ammar (menyibuk)





Miaa, kak ween nak lesung pipit tuuuu.
Bolehlaaaaaa





Ni lah tempat diorang landing.
Bila adik duduk atas peha aku, kakak pun nak duduk.
Berat wehh berat. Tengok je macam ringan boleh lambung2
tapii ya allah, toksah ahh.


Kakak si penyibuuukk :p


Dia akan jadi cemni bila dia nak iyaaaak bahasa kasar dia berak.




Itu lah kehidupan seorang babysitter. Sangat menyeronokkan. Cemni ah, agak-agak kalau bibik ko tu tak suka dengan anak ko, ko hantar anak ko kat rumah aku, gerenti puas hati. Makan minum semua disediakan haaaaaa hebat kan? Tak payah bayar, ikhlas dari hati aku jaga anak ko hahaha.



p/s: insyaAllah, entri seterusnya akan ku update tentang shopping. Girlsss, get ready okay! Love u :-*




Xoxo, Ryne 

No comments:

Post a Comment